My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Saturday, January 25, 2014

4 Tips Untuk Backpackers : Travel Tips Murah

Selama tiga tahun di London, aku sempat untuk travel ke puluhan destinasi menarik di Eropah termasuklah Barcelona, Paris, Munich dan banyak lagi. Walaupun allowance bulanan yang takdalah tinggi sangat, aku masih mampu untuk cover banyak area berbekalkan semangat backpacker. Maka dengan itu, aku decide untuk share dengan rakan pembaca semua beberapa tips sebagai seorang backpacker – bagi membolehkan korang travel dengan minimum cost yang mungkin tapi pada masa yang sama still enjoy the journey.  Harap membantu yerk! XD


>Hanya ber-bag pack yang ringan travel ke mana sahaja<


>Pepagi punya snap di Portugal : nyaman betul<



>Nak backpack nie : stamina kena tinggi sikit<



Tips Backpacker Pertama : Tinggal di Hostel dan Dorm
Maksudnya? : Mungkin ramai antara korang yang ingat bahawa hostel nie hanyalah untuk golongan muda dan macam budget hotel kat Malaysia nie kan? Sebenarnya tidak. Amat tidak! Ada banyak hostel dan dorm di sekitar Eropah dan pelusuk dunia yang menempatkan pelancong dari pelbagai jenis usia. Pada masa yang sama hostel nie takdalah seteruk yang disangka. Kekadang perkhidmatan dobi, dapur, wifi dan banyak lagi turut disediakan. So not bad kan?

Tips Backpacker Kedua : Gunakan Kaki dan Ringankan Beg
Maksudnya? : Backpacker selalunya akan bawak beg yang besar dan choose untuk berjalan kaki di sekitar bandar. Aku percaya korang pun selalu nampak backpacker Eropah di sekitar Kuala Lumpur yang bawa beg dorang ke mana-mana sahaja kan? Selain daripada cara yang amat menjimatkan untuk travel, kita dapat discover lagi banyak dengan berjalan kaki. Oh ya, untuk memastikan pengalaman berjalan kaki korang takdalah teruk sangat; amatlah direkemen untuk korang ringankan beg korang. Pack bebenda yang berpatutan sahaja. Lagipun takdalah chance untuk korang kena extra charge fees kalau naik flight kan?



>Busy mencari arah tujuan dan baca map di Berlin<


>Tengah-tengah winter di tengah-tengah Brussels<


>Macam nie lah gayanya backpackers : makan maggi jer<



Tips Backpacker Ketiga : Sediakan Plan (Ber-Buffer)

Maksudnya? : Mempunyai plan yang teratur sebelum travel ke mana-mana adalah salah satu perkara yang paling penting tapi sediakan plan yang mempunyai buffer adalah lagi penting untuk seorang backpacker. Selalunya backpacker adalah antara golongan yang suka untuk tukar plan mengikut kesesuaian dan mempunyai buffer dalam planning adalah amat membantu. Selalunya aku akan cuba plan yang terbaik tapi kalau ada pilihan yang lagi murah dan menyeronokkan, aku akan tukar terus.

Tips Backpacker Keempat : Tak Salah Jadi Kepoh dan Kecoh
Maksudnya? : Malu bertanya, sesat jalan. Setiap kali aku ke mana-mana bandar besar dan tak jumpa nak cari jalan, confirm aku akan segera bertanya dengan orang local di sana. Selalunya peta yang aku gunakan sudah cukup tapi bantuan daripada orang tempatan memang lagi penting. Oh ya, kalau korang berinteraksi dengan rakan backpackers di hostel dan dorm, mungkin korang akan dapat banyak idea, tips dan tempat untuk jejalan lain. 


>Walaupun di Istanbul : peta navigation still di tangan<



>Waktu pagi ketika musim bunga di Cardiff : gloomy tul<


>Sibuk atur plan ketika sampai di Malaga<



Aku percaya sebelum korang travel ke mana-mana sahaja; tak kisahlah samada secara berprestij ataupun sekadar ber-backpacker, tips di atas amatlah diperlukan. Dalam mana-mana trip yang korang ambil, langkah keselamatan still antara yang penting. Sediakan number emergency untuk dihubungi sekiranya perlu, research mendalam pasal area-area yang perlu dielakkan dan sewaktu dengannya. In the end : have fun and enjoy! Yeehaaa!! 


*Dengar cerita Terengganu sejuk sangat sampai nak turun salji : betul kah?*
[Alright : memandangkan berat dah naik - jom pergi serbu gym kat KLCC - selamat free] 

Sunday, January 05, 2014

Happy New Year 2014 : Close Up Fireworks Video

Happy New Year 2014 to all friends and readers out there!
Hopefully this year will get even better compared to last year!! XD

Due to slow internet connection, now I managed to upload this
Sharing dengan kengkawan semua rakaman bunga api malam tahun baru dari pejabat aku
Close Up Fireworks New Year 2014 from PETRONAS Twin Towers



p/s : Sorry for too much noise and disturbance shouting background sounds..lol XD
Location : Level 57, Tower 1, PETRONAS Twin Tower, Kuala Lumpur, Malaysia.
Time : 20131231 235954
    Related Posts with Thumbnails