Kali ini aku akan membuat kejutan dalam post aku. Penggunaan bahasa Melayu dalam penulisan blog. So, jangan ketinggalan spesial edition nie (ops..terguna English lak~!!) Aku yakin korang mesti ada akaun Facebook (hari tu friendster -_-') kan?Jadi, mesti dah menjadi kebiasaan untuk korang mengupdate status FB korang.
Hari ini aku menjemput khas rakanku yang bernama Shaff untuk berkongsi status FB dengan korang semua. Yang speselnya status dia nie, korang kena baca banyak kali, baru lah leh paham. Kadang-kadang kena ada rujukan tambahan lak.
>Logo Facebook yang popular gila-gila<
>Yang nie logo ganas sikit. Tapi tetap facebook la<
Situasi : Menunggu boyfriend dia datang ke London
Status Shaff kata : "Berkersik alunan kasih, tiada tara redap berbirat. Perlip yang kutanang bikin lara meski tiada lagi linangan yang menyisir. Termangu-mangu kumelengung perihalnya; jauh di perantauan; hanya bisa kumenadah. Sayu kuterkenang bayanganmu; kunanti nafasmu di bumi London. Terkasima dalam fatamorgana."
Aku kata : Errr..sebijik pun aku tak paham..okaylah..ada lah sepatah dua bab photograph tu..yang aku paham, dia tak sabar tu~!!
Situasi : Budak-budak Melayu kolej dia mabuk dan kutuk dia sebab dia Muslim
Status Shaff kata : "Hampa kukegersangan iman; berpaling tampak saudara yang lena. Aku ketandusan di dada; membahas yang mempersoalkan cinta agung; lebur gagah; air mata berlinangan. Sebakku kekecewaan kerana yang terlelap bukan insan yang asing, tapi cintaku yang kedua. Namun, kalimat kasih masih silih kulafaz dan sujudku hanya pada-Mu."
Aku kata : Kalau jadi cam nie kat aku, for sure aku pergi tampar sorang-sorang. Laha**t!! (sabar-sabar..control hensem..)
Situasi : Rindu kat Malaysia dan rasa nak balik
Status Shaff kata : "Desir silir-semilir masih meresik; lebih redap daripada rindunya. Kendatipun bisa kumerentang panjang, walau kubibit rona siang malamku; tiada yang mengerti. Namun setebal manapun aku bercinta, tiada aku berbalik mudik kerana tekuku di sini mendukung nama bangsa. Sekelumit syahda dlm jihadku belum bisa diseranta; apatah lagi mencanang bangga. Jerah-jerihku belum bisa dimegahkan. Maka aku masih di sini. "
Aku kata : Aku tak mampu berkata-kata. Lidahku kelu memikirkan apa maksud perktaan-perkataan itu. Tanganku laju membelek kamus Dewan. Namun Shaff, aku jua rindu sama kampung halamanku.. (waa..waa T.T)
Situasi : Boyfriend dia dah nak sampai tapi hanya untuk seketika
Status Shaff kata : "Mungkin terubat seketika nestapa saat menatap wajahmu. Tari serimpi menghiasi sukma; bak disirami maulhayat, senja atmaku disambut kirana; kendatipun esok siangnya masih terobek hatiku diruntun. Alunan nostalgia bukan hanya berderap justeru berdesing meresik."
Aku kata : Janganlah blah cepat sangat. Lepak la lama sikit kat London nie..Aku belanja ko k??!
So, apa pendapat korang semua? Mesti ada yang rasa dia nie amik Sastera Tinggi kan?Takpun anak A Samad Said ke??TIDAK!!Dia hanyalah insan biasa yang sedang belajar IB di Wales. Hanya belajar dengan BM A1 SPM. Namun, disebabkan cinta dia terhadap bahasa Melayu, saksikanlah kehebatan bahasanya (ops...aku pun dah nak bersastera nie!! @.@)
Terima kasih kepada Shaff sudi berkongsi buah fikiran dia. Dan korang semua; termasuk diri aku gak, teruskanlah martabatkan Bahasa Melayu walaupun di UK atau di mana sahaj anda berada. Bahasa Jiwa Bangsa!!



15 comments:
Pegh... bahasa bapak tinggi... Salute~
Tu la pasal..
kalau difkirakn balik, dia nie hanya pelajar sekolah tinggi jer dan tak amik apa2 perkhususan dalam sastera..
fuyooo....
pandai berpujangga ek....
rasanya bleh buat buku ni..
hahhahaaa
@mie:
haha..cnfirm bukan aku yg hbt tu..
dia kut..
tp kl dia tulis buku,saper nk phm eh..ko phm ke bro??
tabekk spring!!.. toing2!!... bahasa sastera ler.. den tak reti langsung..
jngn risau lana..
aku [un xphm gk..haha
yang facebook logo kedua tu bukan logo ori. kapal tu logo piratebay. salah satu site torrent :)
apahal pun salam kenal dari aku :)
@tmukmkd:haha..aku tau..sajer amik..nmpk lawa jer..ahaka
copy ayat n credit to shaff...tgk kwn2 phm x..haha...boleh?
@hana:boleh2..silakan..haha..aku pun brzaman2 baru nk phm..
ni kwn ku translate yg no4
"wjahmu ibarat penawar bila ku kesakitan. sukma menari2 mengikut rentak tari tirana; sprti dibasahi hujan yg turun penoh kehayatan, kirana duk ditepi birai menanti senja; menanti siangnya menyebabkn hatinya druntun dn dirobek. lagu nostalgia menusuk ditelinga justeru berdendang dendang."
tibe2 tari tirana.pastu kirana lak duk tepi birai tu.haha~~
@hana:pergh..ak dh pening nie..haha..xyhla bahasa bunga2 sangat..
Kpd Hana Ghazali:
Bley tahan gak ar translation tuh...
tp sbnrnye:
mungkin ilang rsa sedih rindu biler tatap wajah face-to-face. hati akan rsa gembira (maulhayat tuh cam air sakti, air pengubat la sbnrnye), hati yang gelap sbb rindu tuh akan disinari chaya, walo bgaimanapun keesokan arinye biler DIA dh balik US, ati akan rsa sakit balik... memori lma msa b'sma2 bukan kedengaran/teringat2 sikit2 jer, tp berdesing2... cm tuh ler kirenye... :)
wow...bahasa dye...huhu..best...
@shaff:eh..kenapa aku xperasan ko post komen di sini..hahah..
@dhamira:cmpare ngn bhasa sy?ahakz//
Post a Comment