Eh?! Macam mana follower aku boleh berkurang daripada 1183 kepada 1182? Ada yang dah tak sudi untuk follow blog aku ker?! Tapi tak mengapa. Aku tak kisah memandangkan angka follower itu boleh berubah pada bila-bila masa sahaja. Mungkin yang menarik diri as follower aku itu adalah yang berulang-ulang kali meminta aku follow dia. Aku minta maaf sangat kalau itu tidak dapat aku tunaikan. Ehem2!! Oh yer, sila ikut blog ini dengan ikhlas dari hati yang nurani. InsyAllah, entri terbek akan terus disupply dari masa ke semasa~!!
Petang tadi, aku dengan semangatnya pergi ke library LSE untuk meneruskan pengajian bab Statistics. Tetapi library LSE penuh dan memang pack. Aku pun keluar dari library dan tengok cuaca memang okay dan ceria saja. So, aku pun pergi ke Green Park dan lepak di sana dalam 3-4 jam. Memang ramai orang yang piknik memandangkan matahari yang tak panas dan suhu pun memang boleh tahan. Sempatlah aku bergolek-golek di atas rumput tadi sengsorang diri. Aku pun buat keputusan untuk ajak member-member aku pergi piknik besok. Yahoo!! Excitednya nak pergi piknik di tengah bandar London. ^_^
Eh jap, tak perasan la pulak yang dua chapter di atas langsung tidak menerangkan pasal tajuk entri aku kan?! Jom kita masuk ke topik utama. (Sorry : Tadi excited sangat nak pergi piknik~) Aku yakin sangat-sangat bahawa setiap daripada pembaca blog nie mesti dah tahu pasal Mylook.com dan juga berkenaan apa yang sudah terjadi dengan Mylook.com. Memang tak puas hati betul aku dengan Mylook.com nie memandangkan banyak usaha dan masa aku dihabiskan semata-mata untuk melakukan research di web itu untuk menambah earning share aku. Ops! Aku tak rasa semua tahu pasal Mylook.com kan?! Jom aku explain dengan pendek, ringkas dan padat!!
Untuk sesiapa yang masih belum tahu, Mylook.com ialah satu enjin carian yang baru (macam Yahoo dan Google.) Tapi yang speselnya pasal web nie ialah ia akan bagi share ataupun earning bagi setiap search yang kita buat dan orang yang kita refereed. Demam Mylook.com nie dah tercetus dalam 2-3 bulan lepas yang mana hampir setiap blogger promote this Mylook.com : termasuklah aku. Sebenarnya aku kurang minat nak join asal-asal tapi kalau semua pakat join, takkan aku nak ketinggalan kan?! So, aku pun join gak. Malangnya, last week, bila aku buka website tu, lain pula yang jadi. Ditulis di situ bahawa "You don't have permission to access this server." Nanti aku sertakan gambar di bawah untuk korang yerk~!!

>Apabila cuba masuk website Mylook.com : Nie yang jadi<
Aku memang tak kisah sangat pasal kegagalan website ini memandangkan aku punya share memang sedikit saja. Tapi aku tengok blogger-blogger lain yang share bertimbun-timbun tu memang kesianlah sebab aku yakin yang diorang dah habis banyak masa di Mylook.com. Mesti owner website nie tengah gembira sekarang sebab dia berjaya menipu seluruh orang : not just Malaysian tapi seluruh dunia berdasarkan kajian Google aku pagi tadi. Bukan Malaysian sahaja join, negara-negara lain pun ada yang join. Kesian2!! Aku tumpang nangis untuk korang yerk. T__T
Jadi, memandangkan aku agak rajin pagi tadi, maka aku pun pergilah membuka Google untuk search pasal Mylook.com nie. Antara komen yang aku jumpa pasal Mylook.com ialah "It's just another typical online scam site targeted at young people - you will never earn anything. If you don't believe me, feel free to sign up and waste a lot of time and effort for nothing in return. I don't care." Nampaknya komen mamat nie memang terbukti betul sebab Mylook.com tidak lagi boleh dibukak dan aku percaya semua earning korang sudah diperolehi oleh mamat penipu yang setup Mylook.com nie. Kesian2!! Nangis lagi yerk. T__T
Aku pun meneruskan research aku di Google sehinggalah menemui satu penemuan yang amat "mengejutkan" kot. Aku mendapati bahawan domain Mylook.com sudah di letak untuk di jual dan ownernya sedang mencari penjual yang ingin membeli domain tersebut. Adakah ini bermakna kita semua sebagai empunya akaun Mylook.com sebelum nie sudah totally kena tipu?! Yang itu aku taknak komen apa-apa. Yang penting, aku just nak kongsi dengan korang semua fakta bahawa the owner of the domain is looking for the potential buyer. Tak caya or tak nampak sangat gambar yang aku print screen tu : boleh rujuk di sini yerk. Tak tahu lah betul or tak yerk~!!
Jadi, itulah akhirnya kepada segala usaha kita semua dalam Mylook.com dan aku tak rasa yang website ini akan berfungsi lagi setelah apa yang berlaku nie. Apa-apapun, nasihat aku untuk semua dan diri aku sendiri juga adalah untuk berwaspada dalam join apa-apa program yang memberi imbuhan di internet. Selamat Mylook.com nie tak minta apa-apa bank details. Kalau tak, bankrupt semua!! Wakaka!! *Gelak kejam*
*Besok mari kita bersama-sama pergi piknik. Yahoo!!*
[Eh..besok hari yang teakhir untuk cuti easter?! Mohooo!! Exam!!]




