My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Monday, November 15, 2010

Rangupnya Popia Nestum Nie!!

Kalau sebut tentang hari raya, salah satu benda yang mesti kita semua terfikir adalah pasal kuih raya : yang lebih sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri. Antara kuih raya yang paling best adalah tart nenas, almond london dan jugak popia serunding. Popia serunding?! Nyum3!! Popia serunding tu memang biasa korang dengar tapi kalau popia nestum pernah dengar tak?! Inilah yang aku planning nak story dengan korang semua nie : popia kahwin dengan nestum jadi apa agaknya yerk?! *muehehehe*


popia nestum>Apakah di sebalik bungkusan Akak Fara dari Malaysia ke London nie?!<


Untuk pengetahuan korang semua, tarikh Hari Raya Aidiladha di Malaysia dan di London adalah berbeza sehari. Hari nie (Isnin) adalah Hari ‘Arafah dan besok pulak adalah Hari Raya Aidiladha. Manakala, di Malaysia pulak adalah lewat sehari berbanding di sini. Namun, tak kisahlah samada awal ataupun lambat, yang penting adalah kita semua dapat menyambut Hari Raya Korban. Eid Mubarak to all!! ^_^

Aku sendiri pun tak tahu kalau popia combine dengan nestum jadi macam mana tapi yang penting, aku tahu rasanya amat sedap, crunchy dan aku tak berhenti makan. Salah seorang pembaca Blog Coretan Perantau nie yang bernama Akak Fara kirim 400 gram popia nestum ke London khas untuk aku rasa. Memang terjamin sedap. Luckily Akak Fara nie hantar banyak jugakla popia nestum. Kalau tak, confirm dah habis dan tak sempat nak tunjuk kepada korang semua.


popia nestum>Agak-agak kalau nestum nie bergabung dengan....<


popia nestum>...popia nie jadi apa yerk?! Nampak macam makanan lagi ker?!<


Pada pendapat aku, popia nestum yang dihantar oleh Akak Fara nie memang lazat, crunchy dan pada masa yang sama menyihatkan sebab ia mengandungi nestum yang bagus untuk kesihatan. Kalau nak dijadikan sebagai salah satu makanan semasa Hari Raya ataupun dijadikan bekal ke asrama, memang sesuai 100%. Tambahan pula kalau korang memang jenis yang suka makan something sambil lepak-lepak ataupun tengok movie ataupun apa sahaja aktiviti, popia nestum nie memamg ternyata sesuai untuk korang semua!! Ahakz!!

Tapi mana boleh aku beri korang semua popia nestum aku nie. Kalau korang rasa nak tempah popia nestum nie, korang bolehlah menempahnya dengan Akak Fara nie. Biasanya kalau korang beli biskut raya 500 gram, berapa harganya?! Selalunya boleh mencecah RM30 kan?! Tapi Akak Fara nie kasi special price untuk popia nestum dia nie yakni RM25 untuk sekilo. Sekilo tu!! Pastu, kos pos laju adalah hanya RM8. Namun sekiranya korang stay area Putrajaya, kos penghantaran adalah percuma. Pergh!! Best chance nie!! Sedap, crunchy, rangup, lazat, menyihatkan dan paling penting : murah!!


popia nestum>Inilah dia popia nestum yang aku bagitahu : kalau sekilo tahan sebulan lebih<


popia nestum>Inilah yang Akak Fara hantar kepada aku : sedang rangup makan nie<


Jadi, sekiranya berminat korang boleh contact Akak Fara di nombor 0122265570. Gunakan nombor phone tersebut untuk order popia nestum tau, bukannya untuk hantar mesej lucah ataupun whatever. Akak Fara jugak boleh dihubungi di kelisalari@yahoo.com atau http://kelisalarishoppe.blogspot.com/ Cepat!! Ini peluang kepada korang semua untuk menempah popia nestum yang rangup dan sedap nie!! Nyum3!!


*Entri Hari 'Arafah dan Hari Raya Aidiladha di London akan disiapkan khas nanti*
[Marilah kita semua check beg duit dan mula menempah popia nestum untuk sesisi family]
    Related Posts with Thumbnails