My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Monday, May 23, 2011

5 Snack Pilihan 1 Pound di London

Aku rasa makin pack jadual exam aku, makin kerap pulak aku update entri baru yerk. Tak sedar diri betullah : kena focus exam kut! Oh ya, aku perlukan sedikit bantuan daripada korang semua. Jadi kalau rasa macam malas nak baca entri nie, boleh terus ke perenggan terakhir sebab aku memerlukan idea bernas korang semua. Ahakz! By the way, orang selalu cakap yang hidup di London nie memang high living cost. Nak makan pun kena berjimat-cermat, tak dapat nak berjalan-jalan dan bermacam-macam lagilah. As salah seorang Malaysian di tengah-tengah London : aku pun tak terlepas daripada high living cost nie. Kih3!!


>Saimsbury vs Tesco : Dua syarikat utama pembekal makanan murah<


>Ini koleksi aiskrim di dalam peti sejuk rumah aku tau<


Kalau korang nak tahu, banyak jer cara yang boleh digunakan untuk survive hidup di London : lebih-lebih lagi kalau bab makanan. Biasanya student akan masak sebab lagi menjimatkan. Kalau nak jimat lagi, lunch boleh skip ataupun just makan snack. Memandangkan aku nie selalu jugaklah skip lunch dan hanya makan snack, maka aku teringin nak share dengan korang semua lima snack 1 pound yang biasa aku beli di sini. Kalau korang datang London dan nak jimat kos, bolehlah amalkan tips aku nie. Lima snack 1 pound aku adalah :

Pilihan Pertama : Tesco Chocolate Éclairs
Tahap kesedapan : Ini memang favret aku sepanjang zamanlah kiranya. Éclairs yang mengandungi krim di dalam beserta lapisan coklat di atasnya memang pilihan terbaik tau. Kalau di Malaysia, harganya agak mahal dan payah nak cari tapi kalau di London, aku biasa beli brand Tesco sahaja. Dengan hanya 1 pound, aku dah dapat empat bijik Éclairs (sekotak). Selalunya setiap hari dalam 1-2 kotak jugaklah aku angkut kalau ngidam. Ngeh3!!


>Favourite sepanjang zaman aku nie tau : Memang sedap betul<


>Ini pulalk kalau dah dibuka kotak Eclairs tu<


Pilihan Kedua : Croissant Coklat
Tahap kesedapan : Éclairs di atas tu mungkin agak tak mengenyangkan tapi kalau roti croissant nie, memang confirm mengenyangkan. Dengan hanya 1 pound, aku akan dapat dua biji croissant coklat daripada Tesco ataupun 2 biji croissant kosong daripada Siansbury. Selalu time lunch aku makan roti nie sahaja sebab sedap, kenyang dan mudah. Lagipun memang dah ready ada di supermarket besar. Ahakz!

Pilihan Ketiga : Pisang
Tahap kesedapan : Aku rasa tak perlu explain tahap kesedapan pisang kan memandangkan korang semua confirm dah tahu. Pisang biasanya aku beli sesikat yang dah ready untuk dimakan samada di Tesco ataupun kedai-kedai tepi jalan. On the way pergi university ataupun jejalan di taman, bolehlah kunyah pisang sambil baca surat khabar. Boleh kata camtu jugaklah rutin harian aku di waktu pagi.


>1 Pound boleh beli croissant tau<


>Tengok tu : pisang satu sikat harga 1 pound<


Pilihan Keempat : Fries ataupun Samosa
Tahap kesedapan : Ini hanya berlaku sekiranya aku rajin nak berjalan jauh untuk pergi beli fries ataupun samosa dekat kedai pak arab. Samosa tu selalu aku angkut samosa vegetables kalau beli di Student Union Shop. Selain itu, aku selalu jugak beli fries dekat Student Union Shop nie tahun lepas sehinggalah ada keraguan cakap diorang masak fries tu guna minyak yang sama masak makanan tak halal. But still fries dan samosa dengan harga 1 pound ada di mana-mana sahaja

Pilihan Kelima : Sushi
Tahap kesedapan : Kejadahnya kan sushi harga 1 pound? Tapi itulah kenyataanya. Sushi harga 1 pound nie hanya boleh dijumpai di supermarket Tesco ataupun Sainsbury. Kekadang aku nie buang tabiat jugaklah yakni mengidam nak makan sushi. Jadi kalau nak pergi kedai besar, mahal pulak kan. Jadi angkut sushi 1 pound kat Tesco pun okaylah. Sekurang-kurangnya lepaslah mengidam tu. Kih3!!


>Sushi harga 1 pound : walaupun tak fresh dengan ikan<


>Inilah sushi yang sedang siap untuk dimakan<


>Korang boleh tak cadangkan domain yang sesuai untuk blog aku nie<


Itulah dia lima jenis snack yang biasa aku beli waktu lunch ataupun time aku rasa nak mengunyah. Semuanya hanya beharga 1 pound ataupun kurang. Biasanya aku akan focus kepada tiga pilihan utama di atas sebab itu paling aku selalu beli. Tapi bila fikir balik, 1 pound sama dengan RM5 kan? Pisang harga RM5 mungkin agak mahal jugaklah bunyinya. *wakakakaka!!* Oh ya, aku nak minta tolong korang semua nie yerk. Next week lepas aku habis exam, aku planning nak beli domain untuk blog aku nie. Jadi aku nak minta korang semua kasi cadangan domain yang best. Kalau boleh aku nak domain yang simple, mudah diingati, mesra pengguna , ada kaitan dengan nama aku, catchy dan paling penting : tak skema! Antara yang aku terfikir buat masa sekarang adalah akulong.com, longhaffiz.com, dotlongspot.com, dotlong.com ngan longspot.com. Harap dapatlah sedikit cadangan daripada rakan pembaca semua yerk!! (^_^)/


*Aku harap korang dapat untuk rekemen any domain yang sesuai untuk aku yerk*
[Hari Jumaat nie exam yang kedua yakni Economics : memang payah benar tullah]

25 comments:

Peri PiA said...

Éclairs tu nmpk sedap sgt

bygkan xpayah convert,nmpk murah

kat sini baskin ke hagen ke besar mcm tu dan nak dekat rm30

aduh,corentan perantau mcm dah ok..x de idea

Faez Rusni said...

Snack tu rase mcm mane?? mcm sedap je..nak jgak stu bro..

Pisang?? kenyang k???

JHaZKiTaRo said...

salam.. jemput2 la ke my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau berminat nak baca my travel experiences ke 46 buah negara.. :)

Dai said...

longdon.blogspot.com.



hehe =)

kak ina kl said...

aiseymen rugi lak tak mencuba masa gi ke situ..betul macam kamu kata..klu gi uk baik lawat tempat lain gak..duk kat london lelama pun tak best..

terima kasih sudi jadi tour guide auntie dan uncle..nanti datang kl bagitau ek

kak ina kl said...

luper lak..kamu cari nama yang senang di ingat dan pendek..skrg ni panjang bebeno nama blog mcm blog auntie gak dulu

tiha said...

wah haagen daze...sedapnya...
huhu hmm coretan perantau tu ok jer..

Imran@Copenhagen said...

www.longdon.com tu ok gak..tapi kalu dah balik malaysia nanti nak kena tukar plak...tapi lain la kalau bertahun2 kat sana sampai buat MSc dan phD..

SyuhadaRed said...

here are some of my idea..^_^

www.akusiperantau.blogspot.com

www.senggamaminda.blogspot.com

www.hafizalbanna.blogspot.com

www.kemanajejakku.blogspot.com

www.jiwaperantau.blogspot.com

bla bla bla~ hehe..

dayanaazhar:) said...

eclairs tu takde pun kat tesco malaysia. tak pernah lihat. tapi croissant mmg best...hehe

mizzura said...

coretanperantau.com sudah...

|Singapore : MRT & Singapore Tourist Pass|

Wafa Aznan said...

wahh , same lahh . dulu time duduk kt UK pun suka sngt chocolate eclairs tu XD

neyra shazeyra said...

heeee 1 pound mahal la juga. :p

Puteri Iqa Izyan said...

1 pound mcm murah. sebab satu. haha
tp kalau banding dgn duit malaysia mmg la terasa mahal =P

zmah said...

Kasihannya makan budget,tak mengapa nanti habis study dapat kerja makan lah apa saja...TAPI ingat jasa orang yang disebalik kejayaan ANDA!

Anonymous said...

hhaahaha
cmnie la hidup..
tak terasa mahal tu
btw, dah terfikirkan pasal domain tu
antara yang terlntas adalah :
1.akulong.com
2.justlong.com

hyazz said...

hahaha...mahal tu... 1 pound 5 inggit kite... kat tmpt kite 2 hinggit jer stu ikat pisang tu

NADIAH KZAMAN said...

kalau beli brg jgnla convert kn..wlaupun kdg2 perlu..hehe..btw sushi tu nmpak sdap..siap ade bijan lg!

Amanda Eltiqaz said...

malas nk pk psl makanan sbb tgh sakit perut. so straight pd cadangan hehe.

Sy rasa better stay pd coretanperantau sbb nama tu kira dah ada brand, i mean, org dh tau. so klau pendatang baru nk gi page awk pn, mana tau tetiba kwn dia suh baca page awk kan, dia just search google nama coretan perantau trus gi kat site awk. klau awk tukar nama, mcm susah payah je 3 taun ni awk naikkan nama tu pastu nk tukar. btul tak?

mcm saya yg dh ikut blog awk sjak awk first time brtolak dr mesia dulu, sy suka nama ni lg. ada sentimentel value la konon..hihihi

De7na said...

longhaffiz.com is better! Senang nak carik and kenal. Hehe...Good luck with your exam dude! :D

old_trafford said...

ya longhaffiz.com rasanya sesuai ngan tuan blog ni..

adibb said...

aku rasa..baik pakai coretanperantau.com..
atau macam orang bagi cadangan longhaffiz.com..

sbb kalau coretanperantau nnt bila dah balik malaysia..dah tak dikira merantau..apapon..semoga berjaya dalam exam..semoga dapat domain yg menarik.

ALLAH yubarik fik..

caliph shuriken said...

rsa sesuai longhaffiz.com

Scarlett O'Hara said...

Hidup di rantau mematangkan seseorang kan? Anyway, gd luck for exam.

harleena said...

Murah tu, 1 pound ajer pun dah boleh kenyang... Alhamdulillah. Dapat jimat duit..

    Related Posts with Thumbnails