Kisah perjalanan aku dan tiga lagi member yang diceritakan sebelum ini dalam usaha untuk menjelajah bumi Sepanyol masih lagi belum berakhir. Setelah menerokai pantai di Malaga, mengkaji gua batu kapur di Nerja dan menjejaki keagungan Alhambra di Granada; kami berempat meneruskan perjalanan ke Cordoba. Kitorang bertolak ke Stesen Bas Granada dengan menggunakan taxi selepas kenyang breakfast di hostel dan ambil bas daripada sana untuk ke Cordoba. Perjalanan selama 3 jam itu memang memenatkan. So, aku just lepak menikmati keindahan matahari terbit ketika itu; manakala member-member aku lak semuanya tidur mati.
Sesampainya di Cordoba, kitorang terus ke Tourist Centre dan aku terus grab Cordoba Map untuk dipadankan dengan Peta Cordoba yang telah aku bawa daripada London sebelum nie. Memandangkan penempatan hostel kitorang di Cordoba bolehlah dikira as walking distance, kitorang terus bergegas untuk check-in dan simpan bebarang kitorang bebaik. Perut pun dah lapar, kitorang berempat ke hostel bersebelahan untuk masak meggi. Kitorang gunakan mangkuk or geleng untuk masak 4 bungkus meggi menggunakan microwave : survivor punya style gitu! Sementara lepak makan meggi, aku sempat berbual dengan 2 orang pelancong New Zealand yang pernah datang Malaysia dan sempatlah jugak aku exchange mail dengan diorang. Ahakz!!
Perut dah kenyang, urusan check-in pun dah langsai : maka kami berempat memulakan ekspedisi meneroka Cordoba. Tempat pertama yang menjadi tumpuan adalah Mezquieta yang mengandungi pelbagai tinggalan kesenian Islam. Di luar Mezquieta, kitorang terserempak dengan perempuan Gipsi tetapi sempat kami larikan diri sebelum diapproach mereka. Selepas langsai beli ticket, kitorang terus menjejalajah sekitar Mezquieta yang terdapat beberapa bahagian utama di dalamnya : yang utamanya adalah kawasan kesenian Islam dan Kristian yang ternyata jauh berbeza. Selepas dah penat bergambar di dalam Mezquieta, kami menjelajah ke beberapa kawasan lain seperti Cordoba Bridge, pusat Bandar Cordoba dan banyak lagi sehinggalah dah penat berjalan. So, kitorang terus balik hostel untuk tidur seketika pada lewat petang.
>Pemandangan malam ketika meneroka Istana Lama di Cordoba<
Once bangun hari dah pun gelap. Selepas mengalas perut dan bersiap-siap, kitorang ready untuk sambung perjalanan meneroka Cordoba. Kitorang ke sebuah istana lama yang terletak tidak jauh daripada hostel kitorang. Istana lama ini dibuka pada setiap malam untuk tatapan umum dan memang ramai pelancong sedang menunggu turn memasuki istana tersebut. Yang speselnya pasal istana ini adalah terdapatnya kawasan taman yang amat cantik dan disinari dengan lampu cahaya yang menambahkan lagi keindahannya. Walaupun malam tu terdapat ramai pelancong, nasib menyebelahi kitorang memandangkan berpeluang untuk masuk ke istana tersebut dan juga taman yang aku katakan tadi. Yeehaaaa! Sila jeles tau korang!!
On the way pulang ke hostel untuk berehat, kitorang ternampak banyak daging-daging babi yang tergantung di restaurant-restaurant dan bar-bar sekitar Cordoba. Sebenarnya pemandangan ini jugak dapat dilihat di Malaga dan Granada yang kami lawati sebelum nie : memang menabjukkan mungkin?! Papepon kitorang terus lepak-lepak kat luar hostel menikmati udara segar di waktu malam sehinggalah semuanya dah mula start mengantuk. Lagipun kebesokan harinya kitorang akan bergerak ke Sevilla pulak untuk meneroka last destinasi di Daerah Andalusia, Sepanyol. Dari sana kitorang akan ambil flight untuk ke somewhere pulak. Ke mana?! Teruskan mengikuti kisah ini! Yeszaaaa!!
*Mengira detik untuk kembali ke London : nak turun London atau tak yerk?!*
[Hampir setiap hari jumpa Ustaz Azhar Idrus dan Marzuki Yussof di Warung Pok Man]
30 comments:
jauh perjalanan..luas pemandangan..anda manusia bertuah..
thx sebb drop by :) seronok tgk entry jln, tq
wow bestnye..my friends pun cakap andalusia best. i kat scotland, tak menyempat nak ke london lagi :)
indahnya dpt berjalan2 kesana kemari.
seronoknya boleh jelajah dunia..boleh belajar budaya orang luar.... hope can share more place u visit here..:)
best2...
bestnyer jln2..
syiok giller..hehe
wow! Cordova...bestnya!
macam show off jeeeee ;(
wah cantiknye . syok nye lah :)
wah...gile best....jelez.....
best melawat negara orang....
bestnyer gi sana... terasa macam nak pergi pulak...
best nyer..
jeles ney..hoho
wah..seronok seronek ye awk..
bila nk bawak sis?
heheh
travel nie mmg best.. ishh.. geram lak ble tgk awk merayau ke sne ke mari.. best2!!.. hehe.. nie laa mse utk jelajah ye dok?.. pas nie kalo ade entry bru, g tau sy k.. thnx
sonok nye dpt jln2 kt ngre orang..huhuh
Salam.. waa, untung betul dapat pergi.. student ke?? kalau pergi dengan member2 lagi best.. hehe..:) nice2..
wahh bestnya dpt pergi sana :)
bila la nak dapat pi sana.
indahnya tempat orang. tempat kita pon indah juga.. (ayat cemburu!)
kesmpatan dok luar negara jelajah la sampai puas...
hujan emas di negeri orang,hujan baju di negeri sendiri,lebih baik di negeri sendiri. Hehe, padahal dalam hati jealous sebab kamu dpat jalan-jalan jauh. :)
Seronok kan dapat merantau tempat org.. Kenal budaya org..
*Tmpat lepak dy nmpk best je klu na lepak ngn kwn2.. :)
beznya klo sy jd haffiz...dpt jelajah dunia luar n menikmati hasil sejarah peninggalan dulu2..dpt feel mode haffiz skg...sronok tgk pic2 sume tu..amazing!
ade x suria d cordoba...ngeh3x...
Gembira membaca...hehe
syoknya jalan2 kt negeri org aka melancong
Indahnya pengalaman dapat melawat dan melihat negeri orang. Tipu la tak jeles k!
I missed spain..
Post a Comment