Lama benar rasanya aku tak update blog memandangkan sebulan lebih aku sibuk dengan urusan career. Kalau korang nak tahu, aku akan habis degree aku dalam Accounting and Finance di London School of Economics (LSE) Julai nanti. So, aku dah pun belikan ticket flight untuk mak aku dan kawan aku bagi membolehkan diorang datang Julai nanti. Ahakz!! Papepon aku minta maaf sesangat sebab lama tak update cerita baru kat korang semua yerk. Sepanjang sebulan lebih aku mendiamkan diri nie, banyak jugaklah interview yang aku pergi : accounting firms di UK dan juga di Malaysia. Aku sempat pergi interview dengan PwC UK, PwC Malaysia, Ernst and Young Malaysia, Flemmings UK dan juga beberapa firm lain. Memang banyak yang aku apply memandangkan aku plan nak buat Chartered Accountancy (CA) dan sponsor aku yakni PETRONAS pun highly recommend program nie tau (^_^)/
![]() |
| >Sedang berfikir apakah yang terbaik yerk!< |
Untuk buat Program CA, aku perlu dapatkan placement kerja di accounting firm. Pastu aku kena bekerja dan juga belajar pada masa yang sama untuk dapat kelulusan CA nie. Selepas dah dapat CA, barulah aku akan kembali ke sponsor aku yakni PETRONAS semula. Faham korang semua?! *kih3!!* So, pendekkan cerita yang panjang, aku dah pun ditawarkan dengan dua placement kerja yakni Ernst & Young Malaysia dan Flemmings UK. Namun aku still tak dapat buat keputusan antara small firm di UK ataupun big firm di Malaysia. Kalau tanya aku directly, aku rasa nak balik Malaysia jer terus tapi mungkin kengkawan pembaca ada idea lain kan? So, aku sharekan details pasal kedua-dua firm nie kat bawah yerk!!
![]() |
| >Inilah logo audit firm Flemmings< |
Flemmings UK – A Small Firm di Hujung London
Details : Firm nie kecil jer sizenya yakni dalam 50 to 70 orang pekerja dan ada cawangan di Chennai, India. Kebanyakan urusan dalam firm adalah menguruskan kewangan company kecil dan professional seperti doctor, dentist, lawyer dan sebagainya.
Working Life : Waktu bekerja adalah standard yakni dari pukul 8.15 pagi sampai 5.45 petang. Memang agak jarang untuk ada overtime. Pastu firm ada sediakan lunch vegetarian free setiap hari dan yang specialnya adalah korang tak boleh on handphone or tablet or ipad dan sewaktu dengannya langsung waktu kerja. Kerja sepenuhnya dan memang takda nak lepak-lepak or hang around sekeliling. Senyap : sunyi sepi. TT__TT
Contract : Contract kerja adalah 4 tahun dan nie buat aku rasa berat sikit. Gaji yang ditawarkan adalah dalam GBP 18,000 setahun yakni agak rendah berbanding gaji standard di UK. So, lepas tolak tax, bayar rumah dan sewaktu dengannya : maximum leh save adalah GBP 400 sebulan kot. Alright la kan?!
![]() |
| >Menara Milenum : Terletaknya office Ernst and Young Malaysia< |
![]() |
| >Ernst and Young (EY) Firm< |
Ernst and Young Malaysia – A Big Firm di Kuala Lumpur
Details : Ernst and Young merupakan salah satu daripada empat accounting firm terbesar di dunia dan ada puluhan ribu pekerja dan cawangan di seluruh dunia. So, memandangkan nie antara the Big 4, maka clients pun besar-besarlah semua kan?!
Working Life : Aku rasa korang pun mesti dah familiar dengan working life di Malaysia kan? Kekadang kena bekerja sampai lewat malam kalau ada dateline. Bukan sahaja kerja sampai lewat malam tapi kekadang weekend pun angkut sekali. TT__TT
Contract : Berbanding dengan Flemmings UK yang contractnya adalah 4 tahun, Ernst and Young pula menawarkan kontrak hanya selama 3 tahun. Gaji starting adalah RM 2,800 dan insyAllah PETRONAS yakni my sponsor akan topup sikit lagi. Tapi hidup bujang cukuplah nie kan?!
![]() |
| >Nanti kena sembahyang istikharah insyAllah< |
So itulah sedikit sebanyak pasal dua tawaran kerja yang aku dapat; yang lain-lain aku dah tolak tepi awal-awal. Flemmings dah pun hantar formal letter tapi Ernst and Young still pending bab formal letter tu. Kalau ikutkan hati aku, aku lebih berminat untuk balik dan sambung kerja di Malaysia sebab kontrak kerja yang lagi pendek yakni hanya 3 tahun dan boleh belajar lagi banyak sebab Ernst and Young nie adalah firm yang amat besar. Tapi pada masa yang sama, kalau compare gaji secara direct, kerja di London lagi masyuk walaupun tak boleh guna phone langsung the whole time masa kerja. Lagipun kerja di London bolehlah kita balik on time kan? Ahakz!! Papepon aku nak tahu pendapat dan idea korang yerk. InsyAllah malam sebelum aku kena buat keputusan, aku akan sembahyang Istikharah untuk dapatkan petunjuk yang paling terbaik : yakni dari Allah SWT. (^_^)/
>Kasar-kasarnya tinggal lagi 2 minggu lebih sebelum final exam : cuak!!<
[Aku baru jer lepas beli Kamera Baru : Olympus Pen E-PL1 untuk bergambar sakan]





34 comments:
ernts and young please... bukan big firm di KL je. tp, in a world kot :D
Cuma nak memberi pandangan...
Akk rasa kerja di uk boleh carik pengalaman yg luas....sbb kat sana budaya kerja x mcm kat m'sia dik....
Kerja kat m'sia ni mcm xde life...24-7 kerja2....
Dan bg akk gaji yg nak diorg bg tu rendah sgt la dik berbanding kelulusan adik yg dr LES obersee plak tu...
Btw akk yg gaji 3k kat keyel ni ibarat kais pagi makan pagi...kais ptg mkn ptg...
Rasanya carikla pengalaman 3-5 tahun dulu...tapi terpulangla kan....
Mesti mak ayah suruh kerja kat m'sia kan....sukahati nkau la....
setuju komen pembaca blog diatas.
Kalau akak diberi peluang akak pilih kerja di UK..pengalaman dan work enviroment yg jauh berbeza di Malaysia. Dan satu lagi gaji RM2.8K tu sebenarnya tak besar mana kalau tinggal di KL..Cost living sangat tinggi..Tak kisah la bermula dengan company yg kecil, pada akak once you dah tamat kontrak dan nak apply kerja di Malaysia, work experience awak di UK tu pun dah boleh bukak mata empployer di sini.. Boleh la kot demand sikit.. =p
Just my 2cents.
tempat yg tak pressure sbb nk kena belajar gak at the same time kot.kalo tpt presuure camno nk belajar.
Long! saya rasa lebih baik terima tawaran dari Flemmings UK. Selepas 4 tahun menimba pengalaman di rantau orang, nescaya bila pulang bekerja di M'sia, pasti tawaran gajinya nanti lebih tinggi. (Besalahhh, kalau yang pengalaman dari Barat ni selalunya org pandang hebattt).
Jgn sekali-kali mengharapkan overtime untuk dapat income yg banyak setiap bulan kerana kerja lebih masa tidak selalu ada.
Artikel yang menarik .. (Y)
Kunjungan balik gan .. :)
www.amargentle.blogspot.com
Dik better kerja di UK sebab kawan akak ramai attach di big firm (different bidang ie law) however tak belajar apa pun sbb senior lawyer bz manjang... kalau awak attach d small firm awak tend utk belajar banyak benda. multitasking gitew.
takat RM2800 di KL tu tak yah lah dik. better kumpul pengalaman sini dulu then balik m'sia insyaallah nanti employer tengok pengalaman awak di UK ni confirm terjojol bijik mata kasi gaji mahal. cost of living KL lagi mahal dari UK ni dik.
Good luck dik. If u turun manchester meh la singgah umah akak. :)
in my opinion, kerja kat UK dulu la. selagi masih muda, ada peluang dan boleh timba lebih banyak pengalaman hidup (bukan pengalaman kerja je tau), better grab this chance. lagipun, disiplin kerja kat Flemmings tu lg worthy daripada nak kejar overtime and kerja mcm org gila kat KL.
long, requote balik
"Tapi hidup bujang cukuplah nie kan?!"
bujang lame2 ke??hehe
ko lagi 2mggu final,goodluck r,ktoerang kat mesir,mcm aku dah mula dah final..all the best r
long, requote balik
"Tapi hidup bujang cukuplah nie kan?!"
bujang lame2 ke??hehe
ko lagi 2mggu final,goodluck r,ktoerang kat mesir,mcm aku dah mula dah final..all the best r
selamat pagi sahabat
berbagi sedikit inspirasi pagi..^_^
"Kesuksesan itu tidak memandang siapa kita, dari mana kita, dan bagaimana kita.
Tapi kesuksesan itu hanya melihat doa dan kesungguhan kita saja.."
semoga hari ini lebih baik dari kemarin..^^
ditunggu kunjungnnya sob http://www.nolimitadventure.com/
long, saya rasa better terima tawaran kat flemmings tue, bezanya setahun jer..pastu kalau kompeni kecik banyak benda kita boleh belajar sebab semua keja nanti kita yg kena buat..hehhee
kalau kat KL nie walaupun kontrak keja 3 tahun tapi gaji banyak tue apa2 tak cukup. Memang hidup bujang cukup, kang tiba2 awek ajak kawen dah tak cukup plak nak sara anak org kat KL nie
my heart oso suroh long pilih kat london tu
Salam Long! Lama akak x singgah kt cni..akak tertarik topik ni..
Akak rasa mmg sokong pendapat kwn2 yg dh bagi komen di atas. Memandangkan akak pon pena keje kt EY ni tp dh resign since yr 2008. Pd akak..tawaran dari Flemmings UK jgn dilepaskan. Insyallah..pas 4 thn kemudian..blk Msia..masih boleh apply keje kt EY blk. Masa tu..bolehla demand lg tinggi..keje kt mana2 pon pressure sama jugak..tp biarlah setimpal dgn gaji yg diterima.
small firm london..kalo xnk rasa lifeless..hehe..big firm susah kita nk survive..
Wakjan sarankan kamu kerja cari pengalaman di luar negara dulu. dah puas baru balik negara sendiri ...
Kalu rasa nak melepak kat London 4 tahun lagi...ok ler...
Kalu nak rasa kerja firm besau boleh ler cuba kat Malaysia..
My Opinion..baik kerja firm besau ..nanti bila nak tukau kerja sonang sikit...resume tu...
Support me by daily vote me for blogger of the year
Kalu rasa nak melepak kat London 4 tahun lagi...ok ler...
Kalu nak rasa kerja firm besau boleh ler cuba kat Malaysia..
My Opinion..baik kerja firm besau ..nanti bila nak tukau kerja sonang sikit...resume tu...
Support me by daily vote me for blogger of the year
hurm,sy pn ada mslh yg hmpr sama skrg ni,cuma bezanya sy akan hbs ACCA june 2012 and nak gamble cr keje cni lepas tu, tp,dah dpt offer petronas+pwc msia. skrg duk tggu kpmg uk reply. ptt say "yes "ke utk msia companies?
ikut membaca disini, sambil belajar hal menarik ini ... :)
info menarik
Kena tunggu petunjuk dari Allah la bro. Ada pro and cons mcm komen2 di atas. Kalau bro tanya aku, aku pilih balik Malaysia.
www.untuqsemua.com
Salam sahabat
Informasi yang bisa membangun pembacanya
Terima kasih dan maaf terlambat
Sbg seorg CA, akak galakkan u practice account kt medium size firm..biasanya kt medium firm, kita akan ada rotation, mb 3-4 bln u akan attach kt audit dept, thn another 3-4mnth kt dept tax, & so on, so on..so u akan all rounders, kl kt big firm cm e.y. Or pwc, u cm concntrt kt satu2 dept jer..tu exprncs akak dulu2 la, 10 yrs lps.. Skrg x tahu la plk
kat firm kecik byk peluang n perkara yg bole blaja berbanding firm yg besar.. tp nape gaji kat flemming kecik ehh?? tak bole mintak lebey lg ker???
kerja dulu diUK, simpan duit byk2 then bru blik malaysia.. :)
Wah hebt. Tahniah.
dah terlanjur belajar kat uk jd lebih elok timba pengalaman kat sana...bila dah selesai semuanya barulah kerja di tempat sendiri...sebagai orang baru jangan kita over demanding pasal gaji...mereka sendiri akan menilai kebolehan kita bila start kerja nanti...
Aku sarankan kau ambil kerja dengan Flemming sebab faktor masa bekerja.
Faktor masa bekerja akan mempengaruhi kehidupan seharian kau nanti. Sekurang-kurangnya kita boleh buat aktiviti sendiri lepas waktu kerja dengan gembira.
- Sekadar pengalaman aku yang baru mula bekerja.
Pandangan menarek... terima kasih bang...
ASsalammualaikumWarohmatullah ...
Pada pandangan Saya ..lebih ahsan / baik kerja di luar negara walaupun hakikatnya Saya tidak bekerja lagi masih belajar tetapi ...
Kelebihannya ..
1.Pengalaman pengurusan efisien
2. Gaji luar negara dan Malaysia
berlainan ..
3. Bangga Family anaknya bekerja di luar negara ..
4. boleh kerja part time bantu rakyat Malaysia or pelajar overseas lain terutama pelajar Malaysia di Negara Arab yang teringin hendak melancong London, sO boleh Tuan .. bantu saudara kita dan paling Utama Saya nanti InsyaAllah ke sana ..
dan Banyak lagi sebenarnya kelebihan ..apa-apa pun bergantung kepada Tuan punya diri ..
Saya dan follower lain hanya memberi inspirasi dan dorongan yang baik hanya Tuan sahaja yang akan menentukan ...ok ..
Saya sendiri pun sudah buat perancangan akan bekerja di Tanah Arab untuk mendalami Bahasa lebih Pro taraf Professor selepas tamat belajar InsyaAllah doakan bersama ..
Terima Kasih ..
Just get experience from overseas first...
Kumpul harta baru balik msia bukak bisness...
Keje Wif top 5 co in mesia pun x tentu lg dpt naik pangkat adik ku.
Silap hb suffer jer kene buat keje clerical...
X de value added...
EY KL pon not bad kalau nak cari experience. Sebab end up, ko akan keje kat PET jugak kan. so EY boleh la. EY antara gaji paling tgi dlm line audit. walaupon starting die below 3K, dlm masa 2 3 tahun, increment die byk sgt. boleh smpi 5k plus OT claim dlm 6k. kira ok la untuk orng bujang y baru kerja 2 3 tahun kan. xoxo...
sebagai seorang CA saya nasihat kan kerja di London dulu. dah puas baru balik malaysia. kerja big 4 di London adalah sangat2 berbeza dengan big 4 di malaysia. kerja big 4 di London tidak se-stress di big 4 malaysia. percaya lah!
Post a Comment