Sejak bekerja di accounting firm yang bernama Ernst & Young nie, aku mula berani untuk membuat investment aku sendiri. Sebelum nie aku hanya baca berkenaan investment di dalam surat khabar, forum dan juga blog tapi kali nie, aku sendiri yang membuat research dan bacaan untuk tahu investment mana yang paling berbaloi. Walaupun terdapat pelbagai jenis investment seperti saham, shares, commodities dan bermacam lagi yang lain tapi kebanyakannya memerlukan modal yang besar. Memang agak payah untuk orang-orang seperti aku; yakni fresh graduate yang baru mula bekerja untuk mempunyai modal yang besar bagi memulakan sebarang pelaburan. Jadi selepas melakukan banyak research secara mendalam, aku nak listkan empat investment yang dapat dimulakan dengan modal yang rendah yang boleh korang cuba. Harap membantu yerk! (^_^)/
 |
| >Nie kadar dividend dan bonus tahunan ASB< |
 |
| >Pastikan korang siasat sesuatu sebelum keluarkan duit< |
Investment Satu : Amanah Saham Bumiputera (ASB)
Kelebihan dan Kekurangan : ASB yang memberi pulangan on average dalam 8% to 10% setiap tahun memang sesuai untuk dijadikan tempat bagi menyimpan duit. Sebagai contoh, ada member aku yang simpan semua duit gaji dia direct ke dalam ASB dan kalau dia nak pakai duit, dia terus withdraw daripada ASB jer – buat cam gaya bank biasa. Walaupun ASB hanya available untuk bumiputera, terdapat banyak lagi scheme lain untuk bukan bumiputera seperti ASW, ASN dan lain-lain. Selain dijadikan tempat simpanan, korang jugak boleh buat ASB Financing yang mana kita pinjam duit daripada bank dan simpan duit itu di dalam ASB. Contohnya; korang pinjam RM10,000 daripada Maybank untuk dibayar dalam tempoh 9 tahun. Jadi setiap bulan korang bayar ansuran loan itu tapi RM10,000 itu pulak diletak dalam ASB dan setiap tahun korang akan dapat dividend daripada investment ASB itu. Selalunya bila masuk tahun kedua or ketiga; duit dividend tahunan yang korang dapat tu dah boleh tanggung bayaran ansuran bulanan tersebut. Awesome kan? Ngeh3!!
Investment Dua : Saham Bank Rakyat
Kelebihan dan Kekurangan : Kalau korang semua nak tahu, Bank Rakyat asalnya adalah sebuah koperasi dan bila dorang switch kepada bank, ahli-ahli asal mereka diberi saham Bank Rakyat. Saham Bank Rakyat adalah antara investment yang paling okay sekiranya korang mempunyai modal yang rendah memandangkan pulangan tahunannya on average dalam 15% dan boleh mencecah sehingga 20%. Namun apa yang tak best pasal saham Bank Rakyat ialah wujudnya limit pembelian dan kalau tak silap, limitnya for now adalah RM500 – sekiranya nak isi lagi banyak, kena isi boring permohonan. Namun kalau korang interested, korang hanya perlu pergi ke any cawangan Bank Rakyat dan cakap nak beli saham Bank Rakyat. Aku sendiri pun belum sempat pergi beli lagi memandangkan bank hanya bukak hari bekerja. (TT___TT)
 |
| >Sketsa Saham Bank Rakyat< |
 |
| >Ini adalah Dinar Muslim : emas 22 karat yang berpatutan< |
Investment Tiga : Emas dan Perak (Gold and Silver)
Kelebihan dan Kekurangan : Sejak kebelakangan nie, makin ramai yang mula membeli emas dan perak untuk dijadikan sebagai simpanan dan juga pelaburan. Instead of focus kat gold paper yang dijual oleh bank, aku lagi berminat dengan emas dan silver fizikal yang dijual oleh Nubex dan Public Gold. Caranya adalah amat mudah yakni beli, simpan dan jual. On average harga emas dan perak naik dalam 10 to 20% per year dan memang sesuai untuk dijadikan as investment jangka masa panjang; yakni 2 hingga 5 tahun. Selain itu kepelbagaian jenis emas dan silver fizikal yang dijual membolehkan seseorang melabur berdasarkan kepada kemampuan sendiri. Kelemahannya pula adalah investment nie lebih bercorakkan jangka masa yang panjang dan harga emas serta perak memang selalu berubah-ubah mengikut world market. Namun aku still rasa nie antara investment yang bagus jugaklah untuk starter; tapi make sure korang buat homework sebelum beli any gold dan silver fizikal. Kalau tak; nanti rugi lak sebab buat keputusan tanpa ilmu!
Investment Empat : Pasaran Matawang Asing (Forex)
Kelebihan dan Kekurangan : Kalau dengar Forex, kebanyakan orang ramai akan terus buat conclusion bahawa ini adalah sumber keuntungan yang paling cepat. Tapi sebenarnya tanpa ilmu yang bersesuaian sebelum mula melabur dalam Forex, ini jugak boleh menjadi sumber untuk kerugian yang paling cepat. Antara kelebihan Forex adalah korang boleh bermula dengan modal serendah RM500 dan semua transaksi boleh dibuat menerusi internet. Namun risiko pelaburan dalam Forex adalah amat besar dan modal korang boleh lesap dalam sekelip mata sahaja. Bagi yang ingin mencuba pelaburan dalam Forex, pastikan korang dilengkapi dengan ilmu yang berpatutan dan make sure jugak korang cuba untuk trade dengan menggunakan akaun demo terlebih dahulu. Oh ya, kalau tak silap ada fatwa yang cakap bahawa urusniaga Forex adalah haram. Jadi make sure korang bebetul clear part nie yerk. Taknaklah dapat dosa free-free nanti kan? \(^_^)/
 |
| >Sebelum mula menceburi Forex, pastikan tahu hukum-hakamnya dulu< |
 |
| >In the end korang kena fikir pro dan kontranya jugak< |
Itulah empat jenis pelaburan ataupun cara simpan duit yang mungkin korang semua boleh cuba sekiranya ada duit lebih untuk di-spare-kan ataupun ada minat untuk melabur dengan modal yang kecil. Selain daripada empat pilihan di atas, korang jugak boleh melabur dalam unit trust fund. Tapi trust fund ada banyak jenis dan boleh didapati daripada pelbagai jenis bank; contohnya Hong Leong Bank, Public Bank, OSK dan lain-lain. Memandangkan terlampau banyak pilihan unit trust, aku pun malas nak mencuba buat masa sekarang. *Ngeh3!!* Ini hanyalah sebahagian yang aku terjumpa ketika aku buat research sebelum nie. Sekiranya korang ada cadangan investment or perlaburan lain yang hanya memerlukan modal yang kecil, bolehlah korang rekemenkan kat aku yerk. InsyAllah aku akan buat research lagi sebelum commit. Research non-stop!! Wakakaaa!!
*Artikel nie aku tulis sekadar sharing research aku dengan kengkawan semua*
[Kalau ada yang diluar sana yang ternampak aku salah kasi info; pastikan sound aku tau!]
8 comments:
emm entri yg bagus
pasal B.Rakyat tu ada kaitan dgn saya
7 tahun lalu penah buat loan dgn bank rakyat dan secara otomatik jd ahli koperasi dan ada saham sebanyak rm500
tp itu jelah.xmenambah pun dan menten itu je.nak keluarkan pun byk nau proses..so biarlah dlm tu
good info...:)
bagus info ni..so far dua tu akak bt lah..lagi dua tak bt..sbb takut risiko..setakat ni still lagi berpegang pada asw2020...tu..ada duit simpan situ..sbb bila betul2 takde duit..baru korek situ..kedua ..emas..akak beli emas utk akak n anak2 pakai..kedua..ni kira longterm invesment jugaklah emas ni kan..eh emas mahal skrang tau
info yang menarik .terbaik .. ;)
Salam Long,
yess..been yr silent reader fr a week ..dah khatam pun.. mana taknya waktu kerja ppn bc blog u..tsk tsk.. (contoh tak baik jgn ikut taww..Long pun baru jer kerja..)
pape pun tahniah dah dpt ijazah, dapat lak kerja tpt best..syukur tu..
jadi anak, abang sulung dan boyfren yang baik .. :)
sis (kalau 'akak' terasa matang sgt) doakan yg terbaik buat Long..
gegood info mr belog
hi do you mind sharing whether public gold is shariah compliant or not
nape dah lama tak update blog ?? :(
Post a Comment