Dalam entri aku yang sebelum nie, aku sempat untuk cover 5 jenis kuih-muih utama yang boleh didapati di Bazaar Ramadhan. Kelima-lima kuih tersebut ialah roti jala, puteri mandi, seri muka, karipap dan juga sekaya. Segala penerangan dan gambar kelima-lima kuih-muih tersebut telah disertakan di dalam entri kuih-muih nie. Kepada sesiapa yang masih belum melihat entri tersebut, korang dialu-alukan untuk berbuat sedemikian. Oh ya, semalam aku berbuka di rumah atuk aku dan sempat untuk “berjumpa” dengan lima lagi jenis kuih-muih lain. Antaranya ialah :
Kuih-muih 01 (Ketayap) : Orang Terengganu selalunya memanggil kuih ketayap nie dengan gelaran kuih gulung. Dengan purata harga hanya 35 sen satu, memang kuih nie menjadi tumpuan utama sepanjang masa : samada di bulan Ramadhan ataupun tidak. Inti utamanya adalah nyiur kelapa manis. Memang sedap sangat!!
Kuih-muih 02 (Kuih awan) : Aku memang tak tahu nama sebenar kuih nie apa tapi memang sejak daripada kecil lagi, aku memanggil kuih nie sebagai kuih awan. Bentuk part atasnya yang seakan-seakan awan memang lembut berbanding layer bawah. Kadang-kadang aku makan part awan tu saja. *muehehehe*
Kuih-muih 03 (Kuih cara) : Yang nie pun aku tak tahu nama skemanya yang sebenar. Kami memanggil kuih nie di Terengganu dengan nama kuih cara. Inti di dalamnya ialah air manisan yang manis. Kuihnya yang lembut dan air manisan yang manis boleh membuat air liur ter-melelehla. Nyum3!! ^_^
>Nama kuih nie adalah kuih cara dan intinya air manisan yang sedap<
Kuih-muih 04 (Kuih Tokyo) : Kuih nie bernama kuih Tokyo kerana bentuknya yang seolah-olah kipas Jepun : bukannya kerana ia berasal daripada Jepun yerk. Inti di dalam kuih Tokyo ini ialah kaya ataupun inti nyiur kelapa. Selalunya aku lebih suka berintikan kaya sebab lagi manis. Memang antara kuih favret aku sepanjang zaman. Pergh2!! Sedapnya~~
Kuih-muih 05 (Nganang) : Memang namanya agak pelik dan aku tak rasa ramai orang tahu mengenainya. Seriously memang aku tak tahu nama kuih nie kalau di luar Terengganu. Yang penting, kuih nie adalah acuan yang sama seperti akok : cuma saiznya yang lebih besar. Memerlukan telur yang banyak untuk membuatnya : so, memang lemak berkrimlah jawabnya. Sedap2!!
Jadi, inilah lima lagi kuih-muih tambahan kepada lima kuih-muih yang telah aku ketengahkan dalam entri sebelum nie. Aku percaya yang kelima-lima kuih di atas masih dapat dijumpai dengan mudah walaupun bukan lagi di bulan Ramadhan. Bagi sesiapa yang belum pernah mencuba lima kuih-muih di atas, aku dengan sepenuh hatinya menggalakkan korang untuk mencubanya. Belanjakan satu ringgit di Bazaar untuk mendapatkannya. Aku jamin korang takkan menyesal dengan rekemen aku nie!! Koang taknak rekemen kuih apa-apa kat aku ker?! Ahakz!!
*Semata-mata untuk online : Aku membeli mouse RM15 yang tak best langsung*
[Mari memulakan ekspedisi meriahkan raya : tapi jangan lupakan Ramadhan!!]
