Waaa!! Panasnya London sekarang nie. Sebenarnya suhu di London dah naik menjadi 13 darjah celcius yakni lagi rendah dari suhu biasa aircond di Malaysia. Tapi aku still rasa panas memandangkan sekarang dah masuk musim spring dan dah nampak matahari juga. Sebelum nie mana ada nak nampak matahari kan?! Matahari dah muncul : dapat juga rasa kesegaran dan keterikan sinar matahari. Tapi, aku tak tahulah macam mana or apa jadi bila aku balik Malaysia nanti. Setiap hari berpeluh kut. Eeee..tak sukanya berpeluh~!! -_-"

>Dah nampak matahari : Aku merinduimu<
Kalau korang perasan, aku dalam beberapa hari lepas yakni dalam tiga or empat hari lepas, aku tak update apa-apa pon pasal blog kan?! Tiada blogwalking yang aku biasa buat tiap-tiap hari dan tiada entri baru juga. Ini disebabkan aku amat busy minggu nie. Minggu nie adalah minggu terakhir dalam term nie. Jadi, ada banyak assignments dan juga course work nak kena hantar. Aku completely tolak internet ke tepi. Aku online FB dan check mail pun guna blackberry aku saja. Memang busy yang melampau-lampau!! Tu la pasal, aku suruh korang tolong aku buat assignments, takde sorang pun nak tolong. T___T
Oh ya, kepada semua yang join kontest poskad London aku sebelum nie, aku hanya nak bagitahu yang aku dah post semua poskad korang itu semalam dan hari ini. Tapi ada beberapa orang lagi yang masih belum berikan address. Jadi yang itu lambat sedikitlah. Penat aku mengarang dalam poskad korang tu memandangkan setiap poskad, aku tulis benda yang lain-lain. Kan kalau tulis benda yang sama semua kan, takda lah nak rasa spesel pulak kan?! Aku tanya mamat Bangla yang kerja di Post Office tu, dia cakap yang poskad akan sampai dalam lima sehingga tujuh working days. Tapi, once sampai di Malaysia nanti, aku tak tahu lah macam mana jadinya. Korang pun tahu kan servis di Malaysia tu macam mana. Adoi2!!
Oh ya!! Mahu kasi cerita sama semua. Hari itu, Anuar Ibrahim datang ke universiti aku yakni LSE. Eh, bukan hari itu tapi semalam lah. Dia dijemput oleh LSE untuk memberi talk yang bertajuk "Religion and Pluarism in a Divided World". Untuk pengetahuan semua, this talk diadakan di Sheikh Zayed Theatre yang boleh memuatkan dalam 300 sehingga 400 orang dalam satu masa. Memang ramai orang yang datang dan lecture hall tu penuh dengan orang ramai. Selain Anuar Ibrahim, Azman Ali datang juga. Talk tu start pukul lima petang sampai pukul enam tapi aku dah beratur start pukul 4.00 petang semata-mata untuk dapatkan seat paling depan. Memang panjang tul barisan semata-mata untuk talk Anwar Ibrahim nie. Selamat aku dapat seat barisan kedua~!!
Memang ramai betul yang datang. Bukan sahaja orang-orang Malaysia, tapi ramai juga orang-orang asing dan juga wartawan-wartawan yang buat liputan. Memandangkan aku duduk di barisan depan, so, aku rasa ada gambar yang diambil tu ada gambar aku (Ngeh2!!). Selama sejam sepanjang talk tu, Anwar Ibrahim hanya memberi talk selama 15 minit dan remaining 45 minit tu, dia buka kepada sesi soal jawab. Sebenarnya yang talk tu, takdalah menarik sangat. Tapi yang menariknya adalah bila sesi soal jawab dan semua soalan adalan berasaskan politik Malaysia. Apa isi kandungan soal jawab : tu korang tanya aku sendiri!! Tapi, aku memang respek cara dia jawab sebab memang meyakinkan walaupun soalan-soalan semua bercirikan untuk "memangkah". Bangga jap as Malaysian~!! ^_^
Sebenarnya hari ini aku nak tulis entri pasal apa yang aku belajar di LSE. Ini adalah disebabkan ada yang request dan bertanya pasal apa yang aku study di London. Asyik-asyik cerita aku jalan-jalan. Asyik-asyik cerita aku shopping. So, sekarang nie nak minta aku cerita pasal study pula. Untuk pengetahuan setiap orang, aku ambil degree in Bsc Accounting and Finance in LSE. Pasal universiti aku, ada diceritakan di entri yang ini. Aku masih di tahun pertama dan selepas buka universiti selepas break nie, akan terus ada exam. Jadi, aku nak share dengan semua tarikh exam aku dan juga pandangan aku pasal modules di dalam course aku nie. Sila ambil perhatian!!
Module Pertama : AC100 Accounting
Tarikh Exam : 17 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Alhamdulillah
Penerangan : AC100 Accounting adalah modul wajib ambil untuk course yang aku buat ini. Module ini bolehlah dibahagikan kepada tiga bahagian utama-financial, finance dan managerial. Memandangkan hampir 75% daripada modul nie aku dah belajar semasa aku buat persediaan di Malaysia dulu, jadi aku dapat menguasai modul ini dengan baik setakat ini. Mungkin ada beberapa part yang a bit theory tapi kalau aku fokus sepenuhnya dan revise balik nanti, aku rasa tiada masalah nanti. Kebanyakan soalan yang disediakan adalah theory dan bukannya pengiraan seperti di universiti lain. Jadi, pemahaman tahap mendalam memang bebetul perlu untuk modul nie. Bunyi macam payah jer kan?!

>Lecture Pack for Economics aku punya<
Module Kedua : EC102 Economics B
Tarikh Exam : 19 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Stabil
Penerangan : Seperti AC100, E102 juga adalah modul wajib untuk course aku nie. EC102 boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama yakni Macroeconomics dan juga microeconomics. Kebanyakan yang dipelajari di dalam EC102 adalah berlainan yang pernah aku belajar di kolej persediaan dahulu. Lecturer EC102, Alwyn Young adalah antara lecturer terbaik di LSE. Lecture dia memang best dan energetic. Tapi yang tak bestnya ialah soalan-soalan exam dia memang tahap dewa punya payah. Soalan-soalannya amat susah dan memang sukar untuk score. Kebanyakan orang give up saja : termasuk ada kes yang masuk exam hall, belek-belek kertas soalan dan terus keluar direct. Harap-harap aku tak camtulah~!! o.O
Module Ketiga : MA100 Mathematics
Tarikh Exam : 21 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Stabil
Penerangan : MA100 juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian yakni Calculus dan Algebra. Sebut dua part nie, mesti korang boleh bayang betapa susahnya modul nie kan. Bukan intergation biasa-biasa, tapi lagi ekstrem. Semasa mula-mula, aku memang payah nak kuasai modul nie memandangkan aku tak dapat fokus dalam lecture hall. Jadi, aku buat keputusan untuk tidak lagi pergi ke lecture Maths dan aku hanya menonton rakaman lecture di website LSE. Best tengok rakaman sebab korang boleh pause dulu untuk lepak-lepak dan boleh restart kalau tak paham. Setakat nie, semua berjalan lancar. Cuma aku perlu banyakkan latihan sebab dah paham konsep, latihan la pulak!!
>Study dengan kusyuk : Yakah?!<
Module Empat : ST102 Statistics
Tarikh Exam : 25 May 2010
Penguasaan Subjek Sekarang : Cedera Parah
Penerangan : Semasa lecture stats tahun lepas, aku dapat paham dan menguasai stats dengan baik. Tapi bila masuk tahun nie, kitorang tukar lecturer lain. Lecturer baru nie macam hampeh tul. Dia terang kat depan macam terang sorang-sorang. Last-last, aku buat keputusan untuk ponteng segala lecture dia dan buat revision sendiri. Ini adalah module yang aku paling hadapi masalah sebab aku langsung tak paham apa-apa untuk tahun nie. Tapi aku masih lagi berusaha sebelum exam yang sebenar tiba. Lagipun, aku ada ramai member-member yang terror. Jadi, bolehlah aku minta diorang ajar aku nanti. Kalau diorang tak nak ajar, aku paksa lah diorang. Wakaka~!!
Jadi, itulah empat modules dalam aku punya course. Bunyi macam sedikit dan simple kan tapi sebenarnya amat payah dan mengcabar. Lagipun, kitorang banyak belajar sendiri dan bergantung kepada usaha sendiri memandangkan lecture hanya 2 jam seminggu dan tutorial pula sejam seminggu untuk setiap modul. Aku harap korang semua boleh mendoakan untuk aku berjaya score dengan cemerlang nanti. Kalau semua pakat doa dan tambah dengan usaha aku, insyAllah benda itu takkan mustahil untuk berlaku kan?! kan?! kan?!
*Ada satu lagi minggu yang sibuk : Pastu study sungguh-sungguh*
[Payah?! Memanglah semua benda payah. Sebab tu lah kena study]





