Entah kenapa sejak balik ke London nie, jadual aku menjadi amat padat sehinggakan tak dapat nak luangkan masa seketika untuk menulis entri. Jadual agak pack dan aku masih cuba membiasakan diri. Kadang-kadang aku tak sempat nak makan lunch pun dan just beli coklat bar ataupun mineral water daripada vending machine. Di sini memang ada banyak vending machine di mana-mana sahaja. Ada vending machine untuk air, coklat dan ada jugak untuk kondom. Pergh!! Kondom pun ada jual jugak eh?! -_-"
Walaupun ada banyak jenis vending machine di London yang menjual pelbagai jenis bahan tetapi still tak boleh nak compete dengan Jepun. Jepun adalah sebuah negara pencipta yang paling hebat aku rasa. Diorang ada vending machine untuk pelbagai jenis benda : ada untuk air, makanan, pakaian bayi, kondom dan jugak pil perancang tau. So, hari nie aku nak share antara vending-vending machine di Jepun : yang mungkin sebahagiannya agak pelik. Korang semua boleh tengok gambar-gambar yang dah aku mampatkan di bahagian atas perenggan nie dan juga di bahagian bawah. Banyak woo!!
Terkejut tak?! Diorang memang hebat gila dalam gadget sehinggakan motor polis trafik boleh bertukar menjadi seperti di atas. Ingat transformers ker?! *muehehehe* Entah bila Malaysia mahu menjadi secanggih tu yerk?! Kan senang kalau ada banyak vending machine pelbagai jenis di Malaysia : tak perlu berjalan jauh untuk pergi shopping market. Papepon, yang penting ialah vanding machine itu digunakan ke arah kebaikan dan bersesuaian dengan masyrakat setempat. Tapi kalau ada vending machine untuk kondom dan pil perancang memang tak bagus lah sebab nanti banyak lagi bayi yang tak berdosa akan dilahirkan. Malaysian kan?! Korang sendiri pun boleh faham kot. Ahakz!!
*Nanti aku capture vending machine yang terdapat di sekitar London pulak*
[Tadi dah pergi satu open house : malam karang ada satu lagi di Queensway]






















