Sekarang nie aku yakin bahawa di Malaysia mesti sibuk dengan urusan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang baru sahaja habis mengundi tadi kan?! Aku pun ada gak ikuti update secara berterusan melalui Twitter, Facebook, blog dan banyak lagi cara di internet nie semata-mata untuk tahu result. Sebelum aku keluar pergi piknik tengah hari tadi, keputusan menunjukkan bahawa Datuk Zaid Ibrahim yakni calon PKR mendahului P Kalamanathan yakni calon BN. Terus terang aku memang agak suka dengan result nie mamandangkan aku memang agak lebih ke arah pihak pembangkang. Namun, bila aku balik dari piknik tadi, terus result bertukar. Calon BN menang!! Takpalah. Aku ucap congrate lah yerk~!!
Apa-apapon aku harapkan agar any Ahli Parlimeant dari bahagian mana pun di Malaysia tu diharapkan agar untuk berkhidmat untuk rakyat dan maintain sepanjang tempoh berkhidmat. Janganlah hanya bersungguh-sungguh semasa pilihan raya dan selepas itu terus lesap. Korang sebagai ahli parlimen di Malaysia perlulah untuk bersikap dan berperangai baik dan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia. Kalau rakyat ada problem, silalah tolong dan jangan asyik nak tolong kroni-kroni masing-masing sahaja. Aku percaya ada banyak video youtube pasal politik yang pembaca entri nie boleh rujuk sendiri. Just perlukan usaha tambahan sahaja. Huuu~~

>Ramai jugak orang yang duduk lepak dan piknik<
Okay! Dah! Cukup-cukup soal politik. Aku taknak cakap panjang pasal politik sebab aku yakin korang tahu lagi banyak berbanding aku. Hanya dua perenggan ringkas pasal keputusan pilihan raya dan juga sedikit pandangan peribadi aku. Nak dijadikan cerita, besok aku dah start new term yakni summer term. Summer term yang spesialnya ialah semua exam diwujudkan di dalam term nie. Pastu, lagi tiga minggu, aku akan start aku punya exam besar. Takut, cuak, mengantuk, lalai dan macam-macam lagilah aku rasa sekarang. Jadi, memandangkan holiday dah habis dan tamat, maka aku pun ajak member-member aku yakni : Fahmi, Zaki, Amin, Khalil dan Ikmal untuk lepak dan piknik di Hyde Park. Tapi, Khalil dan Ikmal tak dapat join. T__T
Jadi, hanya tinggal kami berempat sahaja yang pergi piknik tadi. Plan asal nak pergi pukul 11.30 pagi tapi something terjadi tadi. Aku bangun tidur dalam pukul 10.45 pagi dan tengok ada SMS daripada Fahmi. Dia cakap yang sekarang hujan dan mungkin tak dapat piknik hari nie. Bila aku tengok di luar tingkap, memang betul-betul hujan tapi dah berhenti. Cuaca still maintain redup dan mendung. Aku bagitahu dia yang kitorang still on untuk piknik tapi forward kepada pukul 1.00 tengah hari. So, dalam pukul 1.15 tengah hari, kitorang semua berkumpul di Hyde Park Corner Tube Station sebab tube station nie paling dekat dengan Hyde Park. ^_^

Setiap orang ada tugas masing-masing. Aku bawak air minuman, Zaki bawak makanan, Fahmi bawak nasi goreng dan Amin bawak desert : semua bawak makanan dan part masing-masing. Ini dikira edisi port luck la. Nasib kami memang baik sebab bila kami sampai di Hyde Park. matahari mula duduk intai-intai. Last-last, cerah jadinya dan dapat juga aku rasa kepanasan matahari tu. Memang betul-betul segar rasanya. Kami duduk lepak sambil makan-makan dan borak-borak. Standard orang piknik di taman la. Sempat juga baring di atas rumput tadi sambil tidur kejap. Ala-ala berjemur gitu. Kalau nak berjemur di Malaysia, confirm 5 minit dah terus blah dan cancel. Ngeh2!!
Semasa kitorang semua duduk lepak tadi, entah macam mana tiba-tiba ada anjing datang kat kawasan kitorang piknik tu. Mungkin anjing tu tertarik dengan bau ayam goreng. Masalahnya, bila kitorang menyahut ke arah owner anjing tu, boleh jer dia buat "derk" dan blah terus dari situ. Apa lagi, main kejar-kejarlah jap dengan ajing tadi. Tapi aku buat lepak sahaja sebab aku tahu anjing tu tak kacau orang yang tak nampak gabra. Dia datang duduk sebelah aku. Selamat tak gesel-gesel, kalau tak memang aku sepak terus. Last-last, Fahmi halau anjing tu jauh-jauh! -_-"

>Masa untuk lepak, santai dan makan di tengah hari<
Ramai jugalah yang berada di tempat kejadian tadi. Semua pakat nak piknik dan lepak-lepak. Tapi semasa aku pergi semalam, cuaca adalah lagi cerah dan lagi ramai. Memang jarang nak nampak situasi macam nie di tengah-tengah kota Kuala Lumpur memandangkan di Malaysia payah nak jumpa taman di tengah-tengah bandar. Seingat aku hanya ada taman di KLCC sahaja. Tapi tak pernah pulak aku jumpa orang buat piknik di situ. Kan tak pasal-pasal kena halau dengan DBKL kan~!! Lagipun, di Malaysia orang selalunya piknik di pantai ataupun kawasan air terjun. Kawasan sungai pun ramai juga sebab lagi sejuk dan lagi santai kan?!
Endingnya, kitorang balik daripada Hyde Park tadi dalam pukul 3.30 petang. Kira okaylah lepak di sana dalam 2-3 jam. Lama-lama pun tak tahu nak buat apa gak memandangkan kitorang tak bawa apa-apa bahan bacaan ataupun bola ataupun benda-benda lain. Kitorang hanya bawa makanan untuk makan. Walaubagaimanapun, yang penting kami dah dapat rasa taste lepak-lepak dan piknik di atas rumput di tengah kota London. Musim bunga lagi tu. Memang betul-betul cantik dan lawa tul bunga-bunga di area itu. Kalau di Malaysia, memang jarang nak dapat peluang macam nie la. Puas hati sudah!! (*_*)
Untuk pengetahuan semua, besok aku akan mula untuk betul-betul fokus dalam aku punya study. Sebelum nie still dalam gear tiga tapi sekarang dah nak masuk gear empat. Jadi, aku meminta jasa baik semua untuk doakan yang terbaik untuk aku. InsyAllah : aku akan usaha sebaik mungkin dan sedaya upaya aku. Mungkin blogwalking dan entri tak sekerap sekarang tapi aku akan usahakan sedata upaya sebab aku yakin korang selalu ada untuk support aku. Teruskan melawat di sini selalu dan secara berterusan. Doa pun jangan lupa yerk!! 0_0
*Besok masa untuk mulakan term baru : Mari kita study*
[Aku sedang menaip entri baru nie sambil dengar video politik Malaysia di Youtube]