My Followers Who Follow My Blog

Sunday, April 25, 2010

Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park

Sekarang nie aku yakin bahawa di Malaysia mesti sibuk dengan urusan pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang baru sahaja habis mengundi tadi kan?! Aku pun ada gak ikuti update secara berterusan melalui Twitter, Facebook, blog dan banyak lagi cara di internet nie semata-mata untuk tahu result. Sebelum aku keluar pergi piknik tengah hari tadi, keputusan menunjukkan bahawa Datuk Zaid Ibrahim yakni calon PKR mendahului P Kalamanathan yakni calon BN. Terus terang aku memang agak suka dengan result nie mamandangkan aku memang agak lebih ke arah pihak pembangkang. Namun, bila aku balik dari piknik tadi, terus result bertukar. Calon BN menang!! Takpalah. Aku ucap congrate lah yerk~!!

Apa-apapon aku harapkan agar any Ahli Parlimeant dari bahagian mana pun di Malaysia tu diharapkan agar untuk berkhidmat untuk rakyat dan maintain sepanjang tempoh berkhidmat. Janganlah hanya bersungguh-sungguh semasa pilihan raya dan selepas itu terus lesap. Korang sebagai ahli parlimen di Malaysia perlulah untuk bersikap dan berperangai baik dan menjadi contoh kepada rakyat Malaysia. Kalau rakyat ada problem, silalah tolong dan jangan asyik nak tolong kroni-kroni masing-masing sahaja. Aku percaya ada banyak video youtube pasal politik yang pembaca entri nie boleh rujuk sendiri. Just perlukan usaha tambahan sahaja. Huuu~~


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Permandangan di Hyde Park tengah hari tadi<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Cam filem hindustan la pulak ambil gambar dengan bunga<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park
>Ramai jugak orang yang duduk lepak dan piknik<


Okay! Dah! Cukup-cukup soal politik. Aku taknak cakap panjang pasal politik sebab aku yakin korang tahu lagi banyak berbanding aku. Hanya dua perenggan ringkas pasal keputusan pilihan raya dan juga sedikit pandangan peribadi aku. Nak dijadikan cerita, besok aku dah start new term yakni summer term. Summer term yang spesialnya ialah semua exam diwujudkan di dalam term nie. Pastu, lagi tiga minggu, aku akan start aku punya exam besar. Takut, cuak, mengantuk, lalai dan macam-macam lagilah aku rasa sekarang. Jadi, memandangkan holiday dah habis dan tamat, maka aku pun ajak member-member aku yakni : Fahmi, Zaki, Amin, Khalil dan Ikmal untuk lepak dan piknik di Hyde Park. Tapi, Khalil dan Ikmal tak dapat join. T__T

Jadi, hanya tinggal kami berempat sahaja yang pergi piknik tadi. Plan asal nak pergi pukul 11.30 pagi tapi something terjadi tadi. Aku bangun tidur dalam pukul 10.45 pagi dan tengok ada SMS daripada Fahmi. Dia cakap yang sekarang hujan dan mungkin tak dapat piknik hari nie. Bila aku tengok di luar tingkap, memang betul-betul hujan tapi dah berhenti. Cuaca still maintain redup dan mendung. Aku bagitahu dia yang kitorang still on untuk piknik tapi forward kepada pukul 1.00 tengah hari. So, dalam pukul 1.15 tengah hari, kitorang semua berkumpul di Hyde Park Corner Tube Station sebab tube station nie paling dekat dengan Hyde Park. ^_^



Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Nama dia ialah Fahmi ataupun Nonnel<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Menikmati cahaya matahari yang tak panas<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Ini pula Zaki di sebelah kiri dan Amin di kanan<


Setiap orang ada tugas masing-masing. Aku bawak air minuman, Zaki bawak makanan, Fahmi bawak nasi goreng dan Amin bawak desert : semua bawak makanan dan part masing-masing. Ini dikira edisi port luck la. Nasib kami memang baik sebab bila kami sampai di Hyde Park. matahari mula duduk intai-intai. Last-last, cerah jadinya dan dapat juga aku rasa kepanasan matahari tu. Memang betul-betul segar rasanya. Kami duduk lepak sambil makan-makan dan borak-borak. Standard orang piknik di taman la. Sempat juga baring di atas rumput tadi sambil tidur kejap. Ala-ala berjemur gitu. Kalau nak berjemur di Malaysia, confirm 5 minit dah terus blah dan cancel. Ngeh2!!

Semasa kitorang semua duduk lepak tadi, entah macam mana tiba-tiba ada anjing datang kat kawasan kitorang piknik tu. Mungkin anjing tu tertarik dengan bau ayam goreng. Masalahnya, bila kitorang menyahut ke arah owner anjing tu, boleh jer dia buat "derk" dan blah terus dari situ. Apa lagi, main kejar-kejarlah jap dengan ajing tadi. Tapi aku buat lepak sahaja sebab aku tahu anjing tu tak kacau orang yang tak nampak gabra. Dia datang duduk sebelah aku. Selamat tak gesel-gesel, kalau tak memang aku sepak terus. Last-last, Fahmi halau anjing tu jauh-jauh! -_-"


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Antara pemandangan ketika musim spring di London<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Antara bekalan makanan yang dibawa : Banyak kan?!<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Sekali tengok macam pelakon hindustan. Dua kali tengok?!<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park
>Masa untuk lepak, santai dan makan di tengah hari<


Ramai jugalah yang berada di tempat kejadian tadi. Semua pakat nak piknik dan lepak-lepak. Tapi semasa aku pergi semalam, cuaca adalah lagi cerah dan lagi ramai. Memang jarang nak nampak situasi macam nie di tengah-tengah kota Kuala Lumpur memandangkan di Malaysia payah nak jumpa taman di tengah-tengah bandar. Seingat aku hanya ada taman di KLCC sahaja. Tapi tak pernah pulak aku jumpa orang buat piknik di situ. Kan tak pasal-pasal kena halau dengan DBKL kan~!! Lagipun, di Malaysia orang selalunya piknik di pantai ataupun kawasan air terjun. Kawasan sungai pun ramai juga sebab lagi sejuk dan lagi santai kan?!

Endingnya, kitorang balik daripada Hyde Park tadi dalam pukul 3.30 petang. Kira okaylah lepak di sana dalam 2-3 jam. Lama-lama pun tak tahu nak buat apa gak memandangkan kitorang tak bawa apa-apa bahan bacaan ataupun bola ataupun benda-benda lain. Kitorang hanya bawa makanan untuk makan. Walaubagaimanapun, yang penting kami dah dapat rasa taste lepak-lepak dan piknik di atas rumput di tengah kota London. Musim bunga lagi tu. Memang betul-betul cantik dan lawa tul bunga-bunga di area itu. Kalau di Malaysia, memang jarang nak dapat peluang macam nie la. Puas hati sudah!! (*_*)


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Comelkan burung itu?! Comel macam apa yerk?!<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Antara pemandangan bunga-bunga di sana untuk korang<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Ramai jer yang lepak dan piknik di Hyde Park<


Berkelah di Tengah Kota London : Hyde Park>Just tunggu sahaja pokok nie untuk berbunga<


Untuk pengetahuan semua, besok aku akan mula untuk betul-betul fokus dalam aku punya study. Sebelum nie still dalam gear tiga tapi sekarang dah nak masuk gear empat. Jadi, aku meminta jasa baik semua untuk doakan yang terbaik untuk aku. InsyAllah : aku akan usaha sebaik mungkin dan sedaya upaya aku. Mungkin blogwalking dan entri tak sekerap sekarang tapi aku akan usahakan sedata upaya sebab aku yakin korang selalu ada untuk support aku. Teruskan melawat di sini selalu dan secara berterusan. Doa pun jangan lupa yerk!! 0_0


*Besok masa untuk mulakan term baru : Mari kita study*
[Aku sedang menaip entri baru nie sambil dengar video politik Malaysia di Youtube]

52 comments:

dayangredzuan said...

amboi nape x posing guling2 je..
hehe..
say hye to Fahmi, Zaki n Amir..
gudluck untuk exam besor ye..


*kakak tinggal 3 paper je lagi..

Amira is mira said...

parlimen hulu selangor BN menang...hi hi hi..

show off la gmbr bunga je...tgh suke bunga nie.wat tawu entry pasal bunga je

aion said...

wah , hyde park ..
best baring2 tp takde anjing golek2 ke time korang berpicnik tuh ?
sbb slalu tgk tmpat2 cmtuh mst ade je anjing gedik nk golek2 atas tuh ..

areev19 said...

waah...siap berkelah tu... :O
gud luck ye final exam ko.. :)

politik? ramai student kat malaysia nie x ambil tahu pasal politik, samada risau AUKU ataupun bosan dengan politik kotor ataupun cuma baca Kosmo. :P

Weh, daripada ko pergi berkelah, baik pergi Stamford Bridge tengok Chelsea pesta gol tadi..hehehe

Ayako A. said...

sekali tgk cam pelakon hindustan..
2 kali tengok macam kasim selamat pon ada..haha..

cantik pic piknik.. siap leh berjemur..kat malaysia jangan mimpilah.. panas x hengat..

Unknown said...

salam dari johoor, malaysia..

wow, mmg bestnya..popular gitu,,.
sekali pandang macam hindustan, 2 kali pandang sis perasan mcm zul helmy...heheheheheh...

yg terbaik yer, kak doakan adik berjaya dalam apa yg di impikan, sis doakan semoga yang baik2 sahaja berlaku pd adik..chaiyok..

Elle Jay said...

dua kali tgk, eh2...hafiz rupanya...hehe
best gle!!!!!i'll be there one day...hehe

~ ( LayDee_N ) ~ said...

waaa... ni buat x sabar nak pegi ni London ni. huhuhuhu... bukan takat bkelah jer, nak bkemah skali! hahhaha... blh ker?

cha said...

ah jelesnya.bila la i nk sampai sane ni huhu T_T

Elie Lily said...

ala..cantiknya kat sana!
jeles tao..hahhaha

gudluck 4 ur study:))

Anonymous said...

wahhh behnya piknik...bila agaknya nak p sana jugak ni...ishhh...ishhh

abangfaizul said...

kami baru balik berkelah dari ULU YAM... best... mistik... hahaha...

nanti balik malaysia leh join kitorang

RedLife2Love said...

bestnye! kat malaysia ada jgk mcm ni x? hehehehe..

Mis Erika said...

wah best!agak terjeles kjp :)

Unknown said...

time aku pergi hyde park ni dah nk winter..daun banyak berguguran seperti gugurnya bunga cinta..memang cantik banget..

zai said...

kalo kat malaysia, siap la rentung kulit ko ahha, kan rakyat malaysia obsessed nak puteh he2x.

long, post bunga2 kat situ balik malaysia sikit...
k k focus study gud luck wehh

Azrul Hisham said...

good luck...selamat menduduki peperiksaan :)

Unknown said...

bagusla dia siap goreng nasi agi buat bekal..bestnyeee.

Unknown said...

good luck for ur exam!

Chik chuMeLL said...

cam pelakon hindustan??sape??sape??ajay devgan??hehehe...

kt m'sia bleh picnic kt taman tasik perdana..dah cantik da skrg ni..

psttt...tiba2 memori berpicnic kt kings park,perth menerjah kotak fikiran chik..huhuu..windu kenangan itu..

Anonymous said...

jeles ohhh..rase nak ajak anak2 piknik kat taman depan umah...haha!!

tehr said...

rasa pelik la pulak piknik kat tengah padang - kita ni biasa piknik kat tepi pantai / air terjun je...

Mindbreaking said...

cambest jer, kt malaysia mat bangla jer wat mcm 2..hahaha..

Menderas said...

Bestla dapat rasa cahaya matahari yang tak panas.

Bazilah (^0^) said...

wah seronok!

Firhan A. said...

wah, cambest jer.. nak jeles jap, boleh?? haha..

Han$ Xy said...

fuh...teringin nak pi sana..cam best jer...he4...ermm..best of luck exam~~

Zasillah Ariffin said...

hihihihi...dia amik picture sama lar macam abg2 hindustan kat sini amik gambar...lokasi tetap mesti kat taman2 dekat ngan bunga2...tp yang nie punya version ada class lebih sikit lar...hikhikhik...jeles tol tengok dia bersuka rai kat pokok bunga...mesti melekat bau wangi bunga ker badan ek??..hukhukhuk

Anonymous said...

best nye..;(

Yuni Aisyah said...

cantiknya pemandangan kt taman tu...
kt kl leh la piknik kt taman tasik perdana..tgh2 bandar gak..hehehe..

IxoR@ said...

ohh cik pora tingin nak guling-guling kat situ....

tak pun, duduk bersantai kt kerusi 1 pound tu ke...????

kirim sekali kopi panas kt warung hujung tu.....

hehehehehe.....

Asliza said...

p/s: terasa nk komen plak blogpost kamu yang ni

nampak bunga, nak yang kaler purple tu, yang macam rose tu..boleh?

hahaha!

SaEidah SyamIelah said...

bestnye,,nak ke sana jugak,,=C..
apepun,,bile dh tgk gmb td,,ase cm dh dtg sane je,,=D

REMEDY KARUNG GUNI said...

yang paling remedy x tahan bial ko posing macam hisdustan tu...agak2 masa ko posing tu..ada tak minah saleh yg jeling2 mata nak mengorat ko?

WNA said...

bestnye la picnic cmtuh. rajin plak korg masak bwk bekal picnic ye :D

Rina Rossoneri said...

kem salam kat fahmi yerk.. hakhakhakahk...kat taman tasik perdana kan bley berkelah, cuma waktu petang lah, kalau tengah hari, memang terlebih tan kulit t...
aku ingatkan macam exam ko dah start..rupanya belom eh.. aku dah habis exam mwahahahah.. hakhakahk...Ganbatte anatano shiken des!

Qaira Haffieze said...

Kalo kat Malaysia sure kita taknak buat koje berpiknik kat taman2 camni kan...bese bleh nmpk bangla atau foreign lain2 jek...tp kat london, bangsa mereka sendiri pun ramai yg memilih santai camni..mungkin cuaca kita bezanya kut...

daezz said...

inche long..buat pertama kaliny aku rasa teramat laa jeles ngan entry ko ni !!! so tahniah pd ko berjaya wat aku jeles tahap gler ni!!

smpt lg kuar jln1 piknik2 time2 nk exam ni..waaaa..

pic posing ko x blh blah~~

siti nur fadhilah said...

jeles gila kot... (da gila)

i really wish i could have an experienced to stud oversea... :D
oh Allah, please let me... not in Alaska plz...London is enough... :')
if better, i would be more thankful..

2R said...

wah sonoknye besantai..cantik je bunga2 kt ctu ;p

Penakumenulis said...

Bunga itu sangat cantik......heheheh..tulip ke tu?

Ren said...

Fuyooo comel betol burung itu! Jinak kah? sejibik macam dalam filem industan tu,...

Anyway dato zaid tu kalah yer.
BN yang menang. tapi aku tak kesah pon sebab aku still cam gini gak huhuhu.

Jericho said...

Hafiz, Cantiknya surrounding dekat sana... Thanks for sharing

F. A said...

wah...bestnya *jeles jap*
bila agk2 dpt jejakkan kaki ke sana? *fikir jap*...

papepun...kalau kat malaysia nk bjemur...lupekan sj...

btw...good luck for your exam...

Ninis said...

wah wah wah.ala2 hindustan ehh.best gilosss~~~teringin nak pegi sane T__T

gooseberries said...

wah..beshnyer g piknik..lagi2 de banyak bunga.. =))

Cik Alin said...

salam
wah2..berpicnik ye long..
huhu..
mmg bes sbb pemandangan g cantik ditambah pulak ade makanan yg banyak kan..hek2..

wish u gud luck..
buat yg terbaik yek..
cik alin tinggal 2 paper je lagi..hehe..

Anonymous said...

@dayang:say hye?say hye sendri aci tak?seganlah..kui3..
@amira:nnti klo aku ader maser bru aku gie tngkp gmbr2 bnga tu..skrg xder masa lagilah.
@aion:ada jer anjing dtg..smpt men kejar2 lgi ngn anjing t..kui3
@areev19:ikutkn ati mmg aku nk gie tpi ticket mmg sllu jer sold out..aku xleh nk wt perla..
@kasih:skali sakal berjemur kan..pasnie entah bila la pulak ada masa dan peluang cmnie..
@siti:nah..amik dia..sekali pelakon lak nampak eh..cmmustahil jer kan..
@liana:hehe..mmg la aku..bile rko nk dtg tu?tmph ms singkt or lama?
@laydee_n:bleh2..xder masalah la anka buah ku..kui3
@sasha:ahakz..entahla..hnya kamo tahu jwpn ntuk sklan tu kan..
@cartoon:trimas2..doakn lah selalu yerk..sy hrgainya amat2..
@izan:hehe..entahlah..sy pun takda jwpn ntuk sklan anda tu..
@faizul:haha..bleh..japo2..ulu yam..cm biasa dngr jer nm tmpt tu..
@redlife2love:haha..entahla..tp s biasa jer lepakbwh rumah kt ganu tu..
@erika:sure ker hanya sekejap?hehehe

Anonymous said...

@fahmi:ada seorang mmber aku tu amik gmbr cm ala-ala winter sonata gitu..
@zaizax:pos bunga?ko ingt ad perkhidmatan pos bunga ker?hehehe
@azrul:trimas n jazakallah khair bro..
@zazas:haha..org len dtg lepak..kitorg dtg mkn jer terus..huk3
@chik:haha..tu zmn biler tu chik?cm dah lama jer
@makdara:jom2..leh ajk sy sekali kan..akak masak sedap yerk..
@tehr:haha..tu la pasal..asal2 aku pun pelik tp lama2 cm baisa saja..layan jer..
@mindbreaking:kt sini lak mat bangla jer yg xbuat cmnie..
@amrul:skali sakal bersantai kan..pdhl xsedar diri nk exam..
@buzzy:mmg srnok pun..best sngt..ahakz
@aya-chan:huk2..jeleslama skit pun xper..xkn jejas pape kan..
@hans:trimas2..teruskan doakn sy yerk..insyAllah sy wat yg terbek..
@shiela:eh..bukan sy golek2 ats bunga..sy golek2 atas rmput jer..huk3
@yatie:tau xper.mmg best poin..lalala..jeles?
@yuni:tmn tasik perdana?ngn tmn titiwangsa kan?aah kan..xpernh gie sanerpun..huhu
@ixora:haha..mmg layan la pekena kopi tp skrg dh pnas..xleh ;yn kopi..

Anonymous said...

@asliza:nnti sy crikn untuk kamo masa kt malaysia nnti..enth jumpa or x..
@saiedah:haha..tu la tujuan sy berkongsi..arp memanfaatkn semua..
@remedy:pergh..rmai jer bro..just aku xlyn..
@cik qemm:kl xbwk mknn, xtau nk wtperkt sana nnti..golek2 jer ker?
@rossoneri:oit..ckp melayu lah..aku org melayu..
@qaira;hehe..org2 sini jarg jumpa matahari..sb tu kt mner ader sinat matahari, kt stu diorg brkmpul..
@greenrose:aku tau aku ensem..ko xyh bgkitkn xper..hehe
@siti:eh..relaxc2..jngn jdi gila lak..kn nnti ad yg seludup masuk flight kan..
@tora:tora dtg lgi..hehe..btw, tau xper..cntik cm model yg amik bersama bnga tu kn..
@ilyah:erk..sy xamik bio dlu..so,xtau jenis bunga..huk3
@janggel:haha..org ckp,pas pkr amik selangor, cm better jer..
@jerciho:no prob..tu pasal blog nie dwjudkn..ntuksemua org sharing maring..
@zana:leh berjemur di tepi pantai kan?
@ninis:huk2..sabar2..jngn nagis..jngn nagis..sedih2 lak dia nieerk..
@goos:semua girl suka bunga eh?hehe..kena tnya awek sy nie..
@alin:sy xstart paper pape pun lgi nie..huk2

Aida Effarina said...

pe kata balik malaysia nanti try picnic kat tgh2 KL masa tengahari.. then posing ala2 hindustan gak. HAHA ;p

Haffiz Al-Banna said...

@aida:ko join aku sekali deh?

    Related Posts with Thumbnails