Agak lama aku menyepikan diri dilanda assignments yang bertimbun-timbun. Kalau dikumpulkan semua assignments itu dan dibakar : confirm aman hidup aku sekejap. Apa-apa kes pon, aku baru sahaja langsai melayan match Man U vs Chelsea yang dimenangi Chelsea 2-1. Sebagai penyokong fanatic Arsenal, aku menyambut baik keputusan nie! *wakakakaka*Oh ya, aku ada benda nak kasi promote korang semua. Sesiapa yang mempunyai akaun Facebook : bolehlah untuk like Fan Page aku dan sesiapa yang ada Twitter : dialu-alukan untuk follow Twitter aku. Senang untuk berinteraksi!! (^_*)/
Aku teringin untuk sambung kisah Europe Trip aku selepas empat hari merantau di Paris, Berlin, Konstanz serta Basel dan juga Zurich. Memandangkan pangkalan kami di Konstanz berada di selatan Germany dan agak jauh daripada bandar besar lain seperti Stuggart dan Frankfurt : maka aku, Zaki dan Nabilah membuat keputusan untuk turun ke Freiburg bersama member-member Germany kami. Freiburg nie terletak agak jauh jugaklah daripada Konstanz : dalam 2-3 perjalanan menaiki train. Namun yang bestnya adalah kami boleh guna regional group ticket berharga 29 Euro untuk 5 orang. *murah tu!!*
Selalunya semasa hujan, orang akan stay di rumah dan tidur kan?! Tapi aku, Zaki dan Nabilah tetap berkeras untuk tour Freiburg walaupun salji turun dengan seamat-amat lebatnya manakala member Germany kami pula pergi makan sushi. Aku planning untuk dapatkan peta Freiburg namun tourist centre tutup memandangkan kebesokan harinya adalah Hari Krismas. Maka, kami bertiga hanya berjalan tanpa arah tujuan : apa-apa bangunan ataupun binaan yang cantik, kami akan stop untuk ambil gambar. Kami terus berjalan hinggalah tiba di gereja terbesar di Freiburg dan mendapati bahawa ada laluan untuk ke bukit tertinggi di sana. Laluan itu bukanlah laluan jalan raya tapi jalan tanah yang diselaputi salji yang tebal. So?!!
So, aku dan Zaki amat excited untuk menawan bukit tersebut : Nabilah terpaksa menurut sahaja. Kitorang bertiga memanjat bukit itu dalam keadaan salji yang amat lebat dan jalan yang amat licin angkara diselaputi salji. Kami berjalan sehingga ke kemuncak tertinggi dan sempat untuk melihat permandangan bandar Freiburg yang dipenuhi dengan salji. Selepas penat bergambar dan mendapati salji makin lebat, kami mengambil keputusan untuk turun dan teruskan perjalanan tanpa arah tujuan di sekitar Freiburg. Yang bestnya, kami sampai ke kedai kebab orang Turki. Memandangkan memang dah lapar, kitorang stop untuk makan kebab yang besar gila. Orang Turki tu belanja kitorang minum teh panas jugak. Nyum3!!
Selepas dah penat berjalan-jalan, kitorang meet up dengan member Germany kitorang tu dan terus bersiap-siap untuk pulang ke Konstanz semula. Memang ternyata amat letih waktu itu dan kitorang terus berehat panjang selepas tiba di bilik. Then, bukannya kitorang masuk tidur tapi sempat bermovie marathon pulak. Ahakz!! Besoknya adalah 25 December yakni Hari Krismas maka malam tu lewat jugaklah tidur. Plan asal untuk 25 December adalah nak pergi main snowboarding tapi memandangkan suhu yang terlampau sejuk sehingga mencecah -25 degree dan letih yang amat, maka kitorang lepak rumah sahaja masa Hari Krismas tu. Ada makan-makan dan jamuan jer. Makan lagi!!
*Weekend lepas aku berjalan-jalan sampai ke Warwick berjuma rakan-rakan lama*
[Best of luck to Cik Asliza Ahmad yang akan menduduki exam tak lama lagi : besok yerk]
[Best of luck to Cik Asliza Ahmad yang akan menduduki exam tak lama lagi : besok yerk]