Masih tak terlambat sekiranya aku nak wish "Eid Mubarak" kepada semua rakan pembaca dan diharapkan agar lebih banyak pengorbanan ke arah yang lebih baik dibuat. Jangan asyik nak fikir daging korban dah la. Papepon, di Malaysia Aidiladha disambut pada hari Rabu namun di London, ianya tiba sehari lebih awal. Tak kisahlah cepat atau lambat : yang penting semua orang tahu maksud sebenar pengorbanan. So, jom aku berceloteh serba sedikit mengenai kisah aidiladha di perantauan. ^_^
Tahun nie merupakan tahun kedua aku beraya Aidiladha di London. Aidiladha tahun nie lebih meriah dan best sebab ada lagi ramai warga melayu di sini. *muehehehe* Sehari sebelum Aidiladha, kita akan menyambut Hari ‘Arafah yakni pada 9 Dzulhijah (Isnin lepas). Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.“ Jadi aku tak lepaskan peluang berpuasa pada Hari 'Arafah dan berbuka bersama umat Islam lain di LSE. Oh ya, Maghrib di sini masuk jam 4.00 petang : ngam-ngam aku baru habis lecture masa tu. Ahakz!!

>Baru keluar daripada rumah di pagi raya : beginilah kesejukannya<
Malam raya, housemate aku yakni Syafiq planning nak masak rendang ayam. Memandangkan dia semangat, so teruskan sahajalah. Selepas itu, kitorang layan live streaming takbir raya dan kuliah daripada ustaz kitorang. Aku pun pasang lagu raya sepanjang malam. Pagi raya aidiladha, cuaca serendah 2 degree dan memang sejuk yang teramat. Aku dan member aku berpakaian baju melayu dan kitorang menuju ke Kedutaan Tinggi Malaysia di London untuk bersembahyang raya. Di sana kitorang bertakbir dan bersembahyang raya. Selepas itu, sesi photografi beramai-ramai dengan member-member semua. *kuikuikui*
>Sup kambing tambah dengan roti Perancis dan campur teh tarik : Pergh!!<
Aku ke LSE hari Selasa lepas dengan berpakaian baju melayu. Walaupun tak lengkap tapi dah cukup untuk menambah bahan aidiladha. Member-member aku yang lain ada yang berbaju kurung dan berbaju melayu penuh. Selepas langsai lecture dan kelas, sempat jugaklah kitorang buat sesi photografi di taman. Mana tahu boleh hantar untuk “Salam Perantau” tahun depan pulak kan. Ahakz!! Pastu aku balik rumah dan rehat sahajalah. Malam tu ada jugak tetamu yang datang beraya. Terasa cam kat Malaysia jap!! (^_^)/
>Selepas bersembahyang raya : di dalam tube menuju ke universiti<
>Calon gambar Salam Perantau : kami warga LSE tahun kedua<
Hari Rabu petang ada agihan daging kambing korban dan ada sedikit jamuan. So, sempatlah aku seisi rumah mengambil dalam 4-5 kilo daging kambing untuk stock rumah. Selain itu sempat jugak untuk makan makanan yang ada. Contohnya sup kambing yang panas dan banyak lagi. Pergh!! Sedap!! Hari Khamis pulak, aku pergi tolong ustaz untuk buat agihan daging lembu korban. Kitorang potong-potong daging tu dan isikan dalam plastic bag untuk diagihkan. Sebelum balik, sempatlah jugak aku ambil dalam 4-5 kilo daging lembu untuk bekalan rumah. Wakakaka!!
Begitulah kisah Aidiladha aku di perantauan. Lagi menarik berbanding tahun lepas tapi pada masa yang sama, teringat jamuan dan makan-makan di Malaysia. Oh ya, sempat jugaklah aku call mak aku semasa Hari Raya Aidiladha. Tahun lepas dia pergi haji, so tahun nie ada kat kampung la. Gambar-gambar yang ditangkap tahun nie pun lagi cun : sesuai bangat untuk hantar Salam Perantau nanti. Sebagai ucapan penutup, aku ingin ucapkan Good Luck dan All The Best kepada Cik Asliza Ahmad dan semua rakan pembaca yang nak jawab exam. InsyAllah : Allah bersama kita selalu!! Chayok!! Gambattee dan Aja Aja Fighting!!
*Trimas kepada member-member atas gambar cun di atas : Eid Mubarak to all!!*
[Tengok Match Arsenal di Emirates, Brussels dan Germany Winter Trip : Coming December!!]











