My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Friday, November 19, 2010

Aidiladha di Perantauan London

Masih tak terlambat sekiranya aku nak wish "Eid Mubarak" kepada semua rakan pembaca dan diharapkan agar lebih banyak pengorbanan ke arah yang lebih baik dibuat. Jangan asyik nak fikir daging korban dah la. Papepon, di Malaysia Aidiladha disambut pada hari Rabu namun di London, ianya tiba sehari lebih awal. Tak kisahlah cepat atau lambat : yang penting semua orang tahu maksud sebenar pengorbanan. So, jom aku berceloteh serba sedikit mengenai kisah aidiladha di perantauan. ^_^


raya korban di luar negara>Sesi bergambar di taman di LSE selepas habis lecture<


raya korban di luar negara>Gambar selepas habis sembahyang raya di Kedutaan Tinggi Malaysia<


raya korban di luar negara>Masih lagi berada di dalam Kedutaan Malaysia : beraidiladha semuanya<


Tahun nie merupakan tahun kedua aku beraya Aidiladha di London. Aidiladha tahun nie lebih meriah dan best sebab ada lagi ramai warga melayu di sini. *muehehehe* Sehari sebelum Aidiladha, kita akan menyambut Hari ‘Arafah yakni pada 9 Dzulhijah (Isnin lepas). Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang ertinya : “Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang.“ Jadi aku tak lepaskan peluang berpuasa pada Hari 'Arafah dan berbuka bersama umat Islam lain di LSE. Oh ya, Maghrib di sini masuk jam 4.00 petang : ngam-ngam aku baru habis lecture masa tu. Ahakz!!


raya korban di luar negara>Iftar berbuka puasa Hari 'Arafah bersama umat Islam yang lain di LSE<


raya korban di luar negara>Takbir raya online dan diteruskan dengan kuliah online oleh Ustaz<


raya korban di luar negara
>Baru keluar daripada rumah di pagi raya : beginilah kesejukannya<


Malam raya, housemate aku yakni Syafiq planning nak masak rendang ayam. Memandangkan dia semangat, so teruskan sahajalah. Selepas itu, kitorang layan live streaming takbir raya dan kuliah daripada ustaz kitorang. Aku pun pasang lagu raya sepanjang malam. Pagi raya aidiladha, cuaca serendah 2 degree dan memang sejuk yang teramat. Aku dan member aku berpakaian baju melayu dan kitorang menuju ke Kedutaan Tinggi Malaysia di London untuk bersembahyang raya. Di sana kitorang bertakbir dan bersembahyang raya. Selepas itu, sesi photografi beramai-ramai dengan member-member semua. *kuikuikui*


raya korban di luar negara>Pagi raya di Kedutaan Tinggi Malaysia di London : segak berbaju melayu<


raya korban di luar negara>Suasana di malam Rabu : agihan daging korban kambing di Malaysian Hall<


raya korban di luar negara
>Sup kambing tambah dengan roti Perancis dan campur teh tarik : Pergh!!<


Aku ke LSE hari Selasa lepas dengan berpakaian baju melayu. Walaupun tak lengkap tapi dah cukup untuk menambah bahan aidiladha. Member-member aku yang lain ada yang berbaju kurung dan berbaju melayu penuh. Selepas langsai lecture dan kelas, sempat jugaklah kitorang buat sesi photografi di taman. Mana tahu boleh hantar untuk “Salam Perantau” tahun depan pulak kan. Ahakz!! Pastu aku balik rumah dan rehat sahajalah. Malam tu ada jugak tetamu yang datang beraya. Terasa cam kat Malaysia jap!! (^_^)/


raya korban di luar negara>Selepas bersembahyang raya : di dalam tube menuju ke universiti<


raya korban di luar negara>Calon gambar Salam Perantau : kami warga LSE tahun kedua<


raya korban di luar negara>Gambar pilihan jugak untuk Salam Perantau tahun depan<


Hari Rabu petang ada agihan daging kambing korban dan ada sedikit jamuan. So, sempatlah aku seisi rumah mengambil dalam 4-5 kilo daging kambing untuk stock rumah. Selain itu sempat jugak untuk makan makanan yang ada. Contohnya sup kambing yang panas dan banyak lagi. Pergh!! Sedap!! Hari Khamis pulak, aku pergi tolong ustaz untuk buat agihan daging lembu korban. Kitorang potong-potong daging tu dan isikan dalam plastic bag untuk diagihkan. Sebelum balik, sempatlah jugak aku ambil dalam 4-5 kilo daging lembu untuk bekalan rumah. Wakakaka!!


raya korban di luar negara>Proses pengangihan daging lembu pada hari Khamis pulak<


raya korban di luar negara>Yang berbaju kelabu tu Zaki : duduk potong daging sementara aku rehat<


raya korban di luar negara>Kami antara pelajar di London mengucapkan Eid Mubarak kepada semua!!<


Begitulah kisah Aidiladha aku di perantauan. Lagi menarik berbanding tahun lepas tapi pada masa yang sama, teringat jamuan dan makan-makan di Malaysia. Oh ya, sempat jugaklah aku call mak aku semasa Hari Raya Aidiladha. Tahun lepas dia pergi haji, so tahun nie ada kat kampung la. Gambar-gambar yang ditangkap tahun nie pun lagi cun : sesuai bangat untuk hantar Salam Perantau nanti. Sebagai ucapan penutup, aku ingin ucapkan Good Luck dan All The Best kepada Cik Asliza Ahmad dan semua rakan pembaca yang nak jawab exam. InsyAllah : Allah bersama kita selalu!! Chayok!! Gambattee dan Aja Aja Fighting!!


*Trimas kepada member-member atas gambar cun di atas : Eid Mubarak to all!!*
[Tengok Match Arsenal di Emirates, Brussels dan Germany Winter Trip : Coming December!!]

30 comments:

saya_arief said...

fuh..
jauh dari family.

myoliza said...

selamat hari raya korban,Long,..merasa jugak daging korban,yer.

En iLham said...

salam aidil adha jugakk
seronok beraya di perantauan kan
hehe

cik panadol said...

kt obesi pon meriah sambut raya haji...aku jugak yang tak meriah nak sambut...


weh! rase2 makan pizza?hahaha....betol2 mat salleh ar....

*Laut China Selatan* said...

besnye tgk korang.. bila lah aku dpt rase penglmn tuh..hmmmmm. :)

izyan_5025 said...

salam aidiladha...waa..beshnye tpi jauh dri family, tahun ni saya pn xberaya dengan family, tpi masih berada di dalam malaysia~~ hehe

CiK UnGu ViOLeT said...

salam aidiladha :D

cOnfuSeME said...

huhu..mesti best dapat rase raye kt perantauan..hehe..

"salam ed adha" ^_^

izulman said...

Mcm meriah je raye korban kt London hehe

AiDa AzRyN said...

Salam belated aidiladha!! :D

sweetsal said...

banyak nye 4-5 kilo dpt daging kambing..mau darah tinggi naik ni Long..org lelaki memang suka makan kambing erk..

HaRuhi said...

selamat hari raya aidil adha!.
mmm sorry sama tempat dengan ikmal yer. Dia kawan saya waktu sekolah menengah.

IxoR@ said...

biarpun jauh dari family, raya tetap raya...

meriah jugak tu!

;D

IRAH HAJERAH AZMAN said...

raya di perantauan, even jauh, tapi bila ada member yang lain yang sama jauh, tak de la sentap sangat di hati. Dia jadi sentap bila actually dekat, tapi tak kenal sanak saudara maka jadi jauh. raya sorg2.ok.itu sentap ~..~''

farahwahida said...

mesti teringat kat famili kan,maklum la nun jauh disana:)

ASSOYFINGER67 said...

salam eiduladha buat kao Long....moga di mudahkan urusan kao dan kejayaan sentiasa bersama kao...salam dari tanahair buat kao...

LaDY YeLLow said...

meriahnyerr ry walau pun jauh dr family...tp mesti terasa gak kan xdpt ry ngn family

{ finieViolet} said...

salam singgah sini.. thnx sudi singgah blog sy. wah..bestnya duduk London..

amira ramizan said...

mcm bes je raye kt perantauan..
=]

rossoneri said...

wahhhh meriahnyaaaa...xadalah terasa sedih sgt

miszes ugly said...

best:)

miera momo chan said...

meriahnye raya wpun jauh di perantauan..sekurang2 ade gak rakan2 sebangsa kt sane..terubat gak rindu...:)

Mama Zharfan said...

salam edidul adha utk long..meriah gak raya kat london tu :)

Fareed said...

den akan bersabar...suatu hari nanti gambar2 camni lak den post.ngehehehe

Firdani said...

wah, bestnyee b'raya rmai2..

Shazmiey Abdurahman said...

hehhe..1st time tgk org braya dgn pizza..haha

dya adriza said...

meriah betul.. di Malaysia pun x semeriah sana kot~

ASSOYFINGER67 said...

harapan agar korang jadi insan2 yg terpilih dalam membentuk hala tuju peradapan umat Islam dan manusia....kerana hidup dan keseronokan hanya amat sementara..all the best!

Nell said...

sambutan di perantauan pun meriah...

Cik Mizah said...

meriahnya...

    Related Posts with Thumbnails