My Followers Who Follow My Blog

Thursday, April 01, 2010

Jalan-Jalan di London : Buckingham Palace

Pengumuman : Aku ada menyediakan slot iklan kepada sesiapa yang berminat. Hanya RM10 sebulan. Apa yang perlu anda buat sekiranya berminat?! Caranya ialah korang mail aku di llonghaffiz@gmail.com dan selepas itu sediakan banner untuk diletak di slot itu. Bayaran melalui bank-in CIMB Bank. Selepas itu, aku akan letakkan banner itu di sidebar kanan blog aku ini. Jangan ketinggalan untuk menempah slot iklan ini!! Cepat2!! Oh yer, gambar-gambar adalah tahun lepas punya-yakni sebelum aku gunting rambut dan shave janggut~!!


buckingham palace london>Gambar intro dari Buckingham Palace, London<


buckingham palace london>Hanya RM10 sebulan : Murah dan berpatutan<


Aku percaya yang sekarang nie, satu Malaysia sedang bersedih dengan peninggalan Allahyarham Din Beramboi (termasuk aku sendiri). Aku juga percaya yang ramai blogger sedang menulis entri mengenai allahyarham. Jadi, aku serahkan hak menulis entri itu kepada yang lagi pakar. Apa-apa pun, kita sama-samalah berdoa dan sedekahkan al-Fatihah kepada allahyarham. Pada masa yang sama, kita juga mengharapkan agar allahyarham akan berada di kalangan orang-orang yang akan dikurniakan jannatulfirdaus olah Allah SWT. Al-Fatihah~~ Pemergian allahyarham bermakna ajal itu bila-bila sahaja mendatang. Terpulang kepada kita untuk bersedia ataupun terus leka~~


buckingham palace london>Berposing di kawasan sekitar Buckingham Palace<


buckingham palace london>Statue yang terletak betul-betul di hadapan Buckingham Palace<


buckingham palace london>Inilah Buckingham Palace pada hari yang gloomy<


Buat julung-julung kalinya aku menulis dua biji or dua jenis or dua karangan entri pada hari yang sama untuk blog nie. Sebenarnya entri tersebut adalah copy paste daripada laporan ataupun petikan dari The Independent. Ini adalah hanya untuk bertujuan berkongsi dengan korang semua keadaan pelajar-pelajar muslim di UK yang sebenar-benarnya. Mungkin ramai yang tak tahu tapi itulah kenyataan yang terpaksa dan sedang kami hadapi di sini. Moga-moga semua settle dengan licin!! Jadi, apakah yang mahu dikongsi hari ini?! Suspens?! Teruskan scroll down~!!

Ada peminat ataupun pelawat yang meminta aku untuk menulis entri pasal Buckingham Palace. Memandangkan aku juga seorang yang bertindak sebagai agen pelancongan London dan juga tourist guide pada masa yang sama untuk rakan-rakan aku yang datang melancong ke London, maka Buckingham Palace merupakan tempat yang aku sendiri pun dah naik bosan pergi. Tapi tak mengapa, aku akan bercerita ataupun membebel pasal Buckingham Palace yang mana merupakan tempat tinggal Queen Elizabeth. Entah betul ke tak?! Aku tak tahu!! *_*


buckingham palace london>Cubaan untuk posing yang sama macam statue itu<


buckingham palace london>Statue MALAYA : Di kawasan sekitar Buckingham Palace<


buckingham palace london>Buckingham Palace pada hari yang cerah la pulak<


Sedikit Sebanyak Mengenai Buckingham Palace

1. Salah satu tempat perlancongan utama bagi pelancong yang datang melawat London. Setiap kali aku bawa orang ke London, mesti akan penuh dengan orang yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Selamatlah Buckingham Palace tu luas kawasannya.
2. Boleh sampai ke sini dengan turun di stesen tube Green Park, St James Park dan juga Hyde Park (semua park-park nie!!). Maknanya semua link utama seperti Piccadilly Link, Victoria Link dan juga Circle Link boleh digunakan untuk sampai ke Buckingham Palace.Memang senang nak sampai sini.
3. Dari Buckingham Palace, korang boleh nak berjalan kaki ke tempat-tempat menarik yang lain seperti Oxford Street, Trafalgar Square dan juga Hyde Park. Tapi berjalan tu memang penat dan kena sangguplah. Mahunya berjam-jam nak cover semua tempat itu.
4. Rakan aku yang dah masuk ke dalam Buckingham Palace cakap tak ada apa-apa pun kat dalam dan membazirkan duit sahaja sekiranya masuk. Lagipun, dia cakap, bukan boleh jumpa permaisuri atau queen pun. Nak ambil gambar pun tidak dibenarkan rasanya~!!
5. Di hadapan pintu pagar Buckingham Palace, akan ada askar yang akan berjaga ataupun mengawal di sana. Askar-askar itu adalah askar-askar dari negara Komenwel dan mereka akan rotate tugas ini sepanjang tahun. Jadi, askar Malaysia pun ada jugalah. ^_^
6. Buckingham Palace sebenarnya berada amat jauh daripada pintu pagarnya dan pelancong hanya dibenarkan untuk ambil gambar dari depan pintu pagar sahaja. Bukan pintu masuk yerk. Jadi, kamera yang boleh zoom amat berguna saat dan ketika ini kalau nak ambil gambar istana nie!!
7. Di depan Buckingham Palace, ada satu statue ataupun menara ataupun gabungan kedua-duanya yang agak besar. Di sinilah tempat untuk pelancong selalunya lepak dan rehat setelah penat berjalan-jalan. Diingatkan bahawa tempat itu tiada atap or tempat berlindung. Kalau hujan, nasiblah!! Ngeh3!!


buckingham palace london>Di pintu pagar Buckingham Palace for the first time<


buckingham palace london>Bersama para pelancong ke London<


buckingham palace london
>Keempat-empat mereka adalah dari luar London<


Fakta Malaysian di Buckingham Palace

1. Untuk pengetahuan semua, askar Malaysia pernah dihantar ke London untuk menjadi penjaga pagar Buckingham Palace. Meraka ini adalah terdiri daripada Rejimen Armor DiRaja Tentera Malaysia. Kalau ada berita mereka nak bertugas, berita ini akan diheboh-hebohkan di kedutaan Malaysia.
2. Setiap askar negara masing-masing akan cuba untuk show diorang punya budaya memandangkan pelancong yang datang akan tengok mereka. Jadi, askar melayu Malaysia ini bertugas dengan memakai baju melayu, lengkap dengan samping dan songkok. Aku pun hairan gak. Diorang nie tak sejuk ker?! -_-"
3. Berdasarkan fakta daripada Google, rejimen askar Malaysia pernah dihantar bertugas di London (tugas menjaga Buckingham Palace, St James Palace dan Tower of London) bermula 18 April sehingga 12 June 2007. Kos menghantar 122 orang askar itu adalah RM 1.9 juta. Bapak mahal~!! Btw, semua gambar diorang di bawah adalah daripada sumbangan abang angkat aku, Pak Cik Google!!

Aku rasa itulah serba sedikit fakta mengenai Buckingham Palace. Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, anda digalakkan untuk membuat kajian sendiri sebab aku sendiri pun tak tahu banyak. Aku punya kerja ataupun tanggungjawab ialah hanya untuk membawa orang berjalan-jalan ke sana dan ambil gambar sebanyak-banyaknya. Aku rasa aku memang ada bakat untuk menjadi cameraman memandangkan dah banyak kali aku diapproach orang sekitar untuk ambil gambar diorang~!!


buckingham palace london>Rejimen askar Melayu sedang berkawal di pintu pagar<


buckingham palace london>Diorang diberi kebenaran untuk berarak di jalan utama di sekitar palace<


buckingham palace london>Pembarisan di hadapan Buckingham Palace<


buckingham palace london>Lagi gambar pembarisan askar Malaysia di London<


Oh ya, sebagai kata-kata akhir daripada aku-ini ada sedikit permintaan ataupun pesanan sebenarnya. Tadi aku masuk website Youthsays.com. Eh, korang tahu tak website ini berkenaan pasal apa?! Website ini adalah pasal remaja-remaja Malaysia. Sesiapa yang dikira belia boleh join website ini dah berpeluang untuk memenangi ataupun mendapat banyak wang ringgit ataupun hadiah. Nak tahu lagi?! Aku pun tak tahu sangat. Yang penting, dapat earning banyak!! Kalau tak tahu lagi, sila google sendiri yerk.


*Sesiapa yang nak iklan RM10 sebulan, sila mail aku yerk!!*
[Sudah masuk minggu kedua cuti tapi macam tak buat apa-apa pon~!!]
    Related Posts with Thumbnails