Hari Rabu lepas aku terserempak dengan tiga orang pelajar daripada Alexandaria Universiti, Mesir yang sedang bercuti sambil menyelamatkan diri di London. Memandangkan aku memang agak free ketika itu, maka sempatlah aku menemu-ramah mereka semua berkenaan dengan situasi Mesir sekarang. Menurut mereka situasi seperti tengok orang bermain parang ataupun askar di merata tempat memang sudah menjadi satu kebiasaan di Mesir : sebab itulah diorang tak sedar bahawa ada krisis sedang terjadi. Ketika krisis nie terjadi, mereka semua boleh nampak askar-askar dan kereta kebal di mana sahaja : walaupun berhampiran dengan universiti mereka. Bapak seram kan?!
>Hosni Mubarak : diktator di bumi Mesir : Harta USD 70 Million<
>Trafik penggunaan Internet di Mesir selepas pemotongan<
>Christian Egyptian melindungi Musmim Egyptian untuk sembahyang<
>Anti-Mubarak dan Pro-Mubarak bertempur di Tahrir Square, Cairo<
Tiga pelajar medic Alexandaria Universiti nie sempat untuk keluar daripada Mesir sebelum krisis lagi besar berlaku. Menurut mereka terdapat rumours yang 40 orang ditembak mati di airport Sharm al-Sheikh dan ini menyukarkan mereka untuk terbang keluar. Selain itu, tiga bandar tumpuan utama krisis nie adalah Cairo, Alexandaria dan satu lagi aku lupa. Begitulah sedikit sebanyak update daripada yang mengalaminya sendiri. Aku percaya yang korang memang serba tahu mengenai apa yang berlaku menerusi pelbagai media sepertiFacebook dan surat khabar. Namun tak semuanya benar tau! Kisah bahawa ada student Malaysia dirogol adalah sama sekali tidak benar! Selain itu, pelajar Malaysia ditembak memang berlaku tetapi hanya dengan peluru getah. Pastikan sumber maklumat korang benar dan tepat!!
>Gerakan pro-kerajaan menunjukkan foto Hosni Mobarak<
>Lagi gambar golongan yang menyokong Presiden Hosni Mobarak<
>Ketika di Military Checkpoint di Tahrir Square, Cairo, Mesir<
>Gambar yang lagi jelas menunjukkan rusuhan yang berlaku<
Mungkin ada yang tak tahu sangat kisah di belakang krisis nie kan?! Tahu-tahu dah huru hara dan penuh dengan perbalahan. Ini sedikit kronologi di sebalik krisis tersebut :
Jan 17 : Seorang lelaki berumur dalam 50-an membakar dirinya sendiri di luar Parlimen Mesir. Ini dikatakan sebagai rentetan kepada pemuda yang membakar diri sendiri di luar Parlimen Tunisia yang mengakibatkan Presiden Tunisia, Ben Ali diusir
Jan 18 : Lagi banyak cubaan membakar diri sendiri sebagai bukti ketidakpuasan hati terhadap kerajaan Mesir dibawah pimpinan Hosni Mubarak. Seorang di Alexandaria dan seorang lagi merupakan peguam di Cairo
Jan 25 : Beribu gerakan anti-kerajaan demonstrasi diadakan di jalan-jalan sekeliling Mesir. Dua demonstrators terbunuh di Suez selepas bertempur dengan polis. Manakala di Cairo seorang polis terbunuh
Jan 26 : Puluhan ribu penduduk Mesir mula untuk turut serta dalam demonstrasi walapun strictly ban oleh Kerajaan Mesir. Seorang protestor dan seorang polis terbunuh di Cairo.
Jan 27 : Pasukan sekuriti mula member tumpuan sepenuhnya terhadap Cairo. Sambil itu berlaku pertempuran antara demonstrators dan polis di Suez dan Ismailia. Seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Sinai.
Jan 28 : Selepas sembahyang Jumaat, lebih banyak demonstrasi diadakan di Suez, Cairo dan juga Alexandaria. Selepas itu, servis internet mula diputuskan. Pemenang anugerah nobel, ElBaradei turut bersama dalam gerakan nie. Hosni Mubarak mengarahkan tentera Mesir untuk sertai polis Mesir dalam menentang gerakan anti-kerajaan ini.
Jan 29 : Puluhan ribu protestors melancarkan gerakan memenuhi jalan-jalan di Cairo, Alexandaria dan juga Suez. Perintah berkurung yang bermula jam 4.00 pm sehingga 8.00 am diingkari. Tentera mula untuk masuk campur dan banyak kedai yang dipecah masuk. Hosni Mubarak berjanji untuk meletak jawatan di dalam kerajaan dan Ahmaz Ezz meletakkan jawatan daripada National Democratic Party.
Jan 30 : Ribuan banduan terlepas daripada penjara disebabkan tiada sekuriti untuk mengawal diorang. Bilangan polis tidak cukup untuk menampung rusuhan yang terjadi. Kerajaan mula cuba untuk membawa keluar rakyat mereka daripada Mesir.Perintah berkurung ditukar kepada 3.00 pm sehingga jam 8.00 am. Selama enam hari nie, dijangka dalam 125 orang awam mati.
>Bendera Egypt dibawa berarak oleh para penyokong Hosni Mobarak<
>Pro-kerajaan di sebelah atas dan anti-kerajaan di sebelah bawah<
>Gerakan anti-kerajaan mengusung rakan gerakan yang cedera<
>Yang cedera dibantu semasa pertempuran pada 2 Feb lepas<
Itulah sedikit sebanyak kronologi pencetus kepada yang berlaku sekarang. Gerakan nie adalah untuk meminta Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan meminta pimpinan Muslim Brotherhood untuk mengambil alih pemerintahan. Selain itu Hosni Mubarak turut menuduh Muslim Brotherhood sebagai dalang dalam krisis nie dan tidak menyalahkan diri mereka sendiri. Sekarang situasi di Mesir adalah lebih kepada pertempuran di antara Gerakan Anti-Kerajaan dan Penyokong Hosni Mubarak. Wartawan turut diserang oleh penyokong Hosni Mubarak nie. Dijangka angka protestors sudah mencecah 1 jutaorang di Cairo Square terutamanya. Ratusan ribu lagi adalah dari bandar-bandar utama Mesir yang lain seperti Alexandaria, Sueza dan Senai. Ini petikan daripada salah seorang rakan di Mesir : Mubarak resigns, interim transitional government is formed that includes all Egyptians & prepares for free & fair election, Protesters go home, I go to sleep,Problem solved.
>Gerakan penentang tidur berehat di Tahrir Square, Cairo, Mesir<
>Di sebelah kiri adalah pro-kerajaan dan sebelah kanan anti-kerajaan<
>Walaupun cedera, semangat mereka tinggi menentang Hosni Mobarak<
>Clash antara kedua-dua gerakan walaupun perintah berkurung<
Aku yakin ramai di antara korang semua yang sudahpun tahu dengan situasi para rakan pelajar kita di Mesir. Kebanyakan mereka mematuhi perintah berkurung dan hanya keluar awal pagi untuk membeli barang bekalan makanan. Mereka hanya mampu tidur-tidur ayam setiap malam dan bersenjatakan pisau ataupun garfu sambil tidur untuk tindakan kecemasan. Maklumat daripada member aku lagi : itu sahaja yang mereka mampu lakukan dan terus berdoa. Ramai pelajar Malaysia di Mesir sedang dalam proses evakuasi dan kebanyakan mereka dalam proses untuk ditransit ke Jeddah. Daripada Jeddah mereka akan dihantar kembali ke Malaysia. Aku rasa korang semua sudah pun tahu dengan prosedurnya bersumberkan akhbar-akhbar dan online di Malaysia. Kita semua hanya mampu untuk berdoa agar mereka dapat selamat sampai ke mana sahaja yang mereka target. Untuk lebih maklumat, korang semua boleh ikuti update di link nie : Elshaheed, Elshahedd FB Page, SuhaibWebb, Blog Krisis Mesir dan Blog Krisis Mesir FB Page. Oh ya, all the photos are belong to Reuters and Google of course.
*Berdoa agar diselamatkan Malaysian dan Egyptian berada di jalan yang benar. Amin!!*
[Selamat Hari Lahir buat yang tersayang : Cik Asliza Ahmad : Moga dirahmati Allah segalanya]
[Selamat Hari Lahir buat yang tersayang : Cik Asliza Ahmad : Moga dirahmati Allah segalanya]













