My Followers Who Follow My Blog

Thursday, October 06, 2011

5 Benda di London Yang Ingin Aku Bawa Pulang

Lebih kurang seminggu lebih dah aku sampai ke London dan seminggu lebih jugaklah blog aku berada dalam keadaan silent mode : harap tak vibrate jer. Aku baru sahaja move in ke rumah baru aku di Turnpike Lane, London hari Sabtu yang lepas dan memang sibuk dengan segala macam urusan. Lagipun kitorang baru sahaja dapat internet connection semalam : so struggle jugaklah hidup nie. Bila difikirkan balik, aku ada setahun lagi untuk tamatkan degree aku di LSE dan pulang ke Malaysia. Confirm once aku balik ke Malaysia, mesti aku akan rindukan London nie. Ahakz!! Kalau diikutkan hati, mahu jer aku bawa balik beberapa benda ke Malaysia. Antara yang terlintas ialah :

01. Transport dan Pedestrian : Antara benda paling awesome pasal London adalah system transportnya yang lengkap dan teratur. Walaupun aku tau KTM dan RapidKL nampaknya makin maju sekarang tapi kita mungkin masih lagi ketinggalan jauh berbanding mereka. Selain itu ruang yang disediakan khas kepada pejalan kaki dan juga pengayuh basikal memudahkan urusan kehidupan seharian. Walaupun London memang amat padat dan sibuk tetapi confirm korang takkan mengambil masa yang lama untuk bergerak ke mana-mana sahaja.


london zone 3
>Di London, pengemis kena jual The Big Issue untuk dapat bantuan<


02. Peminta sedekah : Semalam masa aku tengah lepak-lepak depan Sainsbury, aku ternampak seorang peminta sedekah yang menjual majalah The Big Issue menggulung kertas kosong, bakar dan terus isap cam hisap rokok. Memandangkan aku tak smoking, tak dapatlah nak offer rokok kat dia. Kalau aku dapat angkut para peminta sedekah nie semua kembali ke Malaysia, insyAllah diorang punya kehidupan dan pendapatan seharian mereka will get better. Malaysian kan antara manusia paling pemurah? (^_^)/

03. Cuaca : Yang nie aku tak sure samada nak bawak balik Malaysia or tak sebabnya aku tak suka dengan panas terik di Malaysia tapi pada masa yang sama, aku pun tak suka jugak dengan kesejukan melampau semasa winter di London. Tapi seriously, kalaulah aku dapat exchange cuaca Malaysia ke cuaca di London, confirm korang semua enjoy dengan 4 musim di sini. Kalau nak main salji, tak perlulah bayar mahal-mahal pergi iCity kan?! Ahakz!!


london zone 3
>Inilah antara kejadah paling akan dirindui nanti kan?!<


london zone 3
>Sejak berlakunya riot hari itu, aku rasa cam takut nak jejalan<


04. Damage Safety : On the way aku ke LSE semalam, aku melalui kawasan pembinaan yang memang terletak betul-betul di tepi jalan. Kalau di Malaysia, selalunya kawasan sekitar akan dikosongkan tapi berbeza dengan London yang padat, kawasan pembinaan mungkin terletak di tengah-tengah tempat orang ramai. Yang bestnya, semua buat tak kisah sahaja memandangkan safety memang diutamakan berbanding dengan Malaysia yang lebih utamakan cost saving kut. Riot hari tu punya damage pun dah siap clean up semua semasa aku gie usha. Wonderful tul eh!!

05. Komuniti UK : Semasa aku borak-borak dengan member-member aku yang origin daripada London, antara benda yang diorang jeles pasal Malaysia adalah pasal cuaca Malaysia yang panas dan banyak pantai-pantai yang cantik lagi awesome. Diorang semua nie memang minat betul-betul dengan pantai sebab diorang semua boleh berjemur dan Malaysia pun lagi murah living cost berbanding London. Tapi bahaya jugak kalau bawak balik orang-orang London ke Malaysia : semua pakat turun pantai nak gie usha diorang berjemur kan?! *wakakakaa!!*


london zone 3
>Tengok diorang semua duk terkejar-kejarkan pantai : kesian tul!!<


london zone 3
>Turnpike Lane : Tumpat tempat aku stay sekarang : Zone 3 London<


Itulah dia lima perkara (benda??) di London yang aku teringin untuk bawa pulang ke Malaysia. Tapi memang confirm agak mustahilla untuk berlaku : logic ker aku nak wujudkan cuaca macam London di Malaysia?! *kah3!!* Oh ya, aku nak share something dengan korang semua nie. Semalam semasa member aku bernama Zaki Adan on the way pulang ke rumah kitorang di Turnpike Lane, dia hampir dirompak oleh tiga orang adults dalam tube. Selamatlah dapat lepaskan diri : bahaya tul kalau duduk kawasan yang agak luar London nie. Alhamdulillah selamatlah semuanya dalam keadaan yang baik. Yeehaaaa!!


*Tiap-tiap hari ada kelas : Alhamdulillah elaun PETRONAS dah dimasukkan*
[Study dah pun bermula dan nampaknya pilihan subjek aku tahun nie banyak essay-based]
    Related Posts with Thumbnails