My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, July 28, 2010

Ada Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok

Tajuk entri hari nie nampaknya agak kontroversi yerk. Papepon, bukan semua (aku ulang lagi sekali : BUKAN SEMUA!!) girl di Malaysia tengok video lucah dan juga merokok. Hanya sesetengah sahaja yang membuat benda yang confirm berdosa dan tak berfaedah nie. Kalau diikutkan percentagenya, aku rasa tak mencecah 10% pun daripada komuniti perempuan di Malaysia. Tapi kan, kenapa tetiba aku berminat menulis satu entri yang boleh menimbulkan kontroversi nie?! Kalau nak tahu, kena teruskan membaca sampai habis!! *muehehehe*


Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok

Sebenarnya aku nak share dengan korang semua pengalaman aku yang menjadi punca kepada terhasilnya entri nie. Antara dua isu itu, kita mulakan dengan isu tengok video lucah tu. Kisahnya begini : dua tahun lepas semasa aku sedang menaiki KTM dari KL Central ke Seremban, sesuatu telah terjadi. Dalam KTM tu memang penuh dengan orang ramai dan bersesak-sesak dan bila dah lepas Serdang, KTM mula kosong. Tapi aku masih tak dapat tempat duduk. Aku pun bersandar di cermin yang terletak di tepi tempat duduk. Di tempat duduk tu, ada seorang girl tengah main-main dengan handphone dia.


Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok>Ada remaja yang mempunyai video lucah dalam phone<


Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok>Merokok bukan lagi trend kaum lelaki sahaja<


Aku memang tengah mengantuk gila masa tu dan aku kadang-kadang tersengguk-sengguk masa bersandar di cermin tu. Memandangkan aku sedang bersandar, aku nampaklah apa yang girl tu tengah selongkar dalam phone dia tapi dia tak perasan yang aku sedang meng"usha". Mula-mula dia bukak lagu dan pastu video. Ingatkan dia bukak video per tapi rupa-rupanya video lucah. Aku yang tengah mamai terus tersegar-bugar. Dalam 3-4 minit gak perempuan tu layan video lucah dan pastu, baru dia sedar aku duduk usha kat tepi. Adoi3!! Segan tul dia : terus berhenti next station. Per kejadahnya layan video lucah dalam public transport?! Dahla perempuan!! *malu-malu!!*

Isu kedua yakni perempuan merokok pulak memang makin menular dalam masyarakat kita. Kalau aku di London tu, memang menjadi satu kebiasaan kalau tengok perempuan merokok tapi kalau di Malaysia, memang jarang gila. Tapi, bila aku di Malaysia, budaya perempuan merokok makin banyak jer aku perasan. Petang tadi masa aku balik daripada kerja, aku ternampak beberapa budak perempuan tengah merokok sambil tunggu bas. Nak kata otai, memang otailah sebab aku sendiri pun tak merokok. Entahlah, tu hak masing-masing samada nak merokok ataupun tidak tapi pada pendapat aku, memang tak manislah kalau perempuan merokok -_-"


Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok>Atas semua benda yang berlaku : Siapa wajar dipersalahkan?!<


Perempuan Tengok Video Lucah dan Merokok>Cubalah untuk menjadi seorang wanita muslimah yang sebenar<


Oh ya, memandangkan nie perenggan terakhir, meh aku kasi bocor rahsia sedikit. Untuk pengetahuan korang semua, perempuan yang tengok video lucah dalam KTM tu dan juga perempuan yang merokok : mereka semua adalah Melayu. Selain itu, orang selalu cakap yang lelaki yang suka tengok video lucah dan lelaki juga yang selalu merokok tetapi sekarang nampaknya kaum perempuan pun sudah mula menunjuk belang. Kepada pembaca semua, jagalah tata-tertib diri kita semua. Memanglah kita tidak sempurna tapi janganlah jadikan itu alasan yerk!! By the way, no heart feeling tau!! ^_^


*No heart feelings yerk : Sesiapa terasa boleh terus sound aku*
[Ada rakan pembaca yang minta tutorial blog : Ingatkan aku semula yerk]
    Related Posts with Thumbnails