Tajuk entri hari nie nampaknya agak kontroversi yerk. Papepon, bukan semua (aku ulang lagi sekali : BUKAN SEMUA!!) girl di Malaysia tengok video lucah dan juga merokok. Hanya sesetengah sahaja yang membuat benda yang confirm berdosa dan tak berfaedah nie. Kalau diikutkan percentagenya, aku rasa tak mencecah 10% pun daripada komuniti perempuan di Malaysia. Tapi kan, kenapa tetiba aku berminat menulis satu entri yang boleh menimbulkan kontroversi nie?! Kalau nak tahu, kena teruskan membaca sampai habis!! *muehehehe*
Sebenarnya aku nak share dengan korang semua pengalaman aku yang menjadi punca kepada terhasilnya entri nie. Antara dua isu itu, kita mulakan dengan isu tengok video lucah tu. Kisahnya begini : dua tahun lepas semasa aku sedang menaiki KTM dari KL Central ke Seremban, sesuatu telah terjadi. Dalam KTM tu memang penuh dengan orang ramai dan bersesak-sesak dan bila dah lepas Serdang, KTM mula kosong. Tapi aku masih tak dapat tempat duduk. Aku pun bersandar di cermin yang terletak di tepi tempat duduk. Di tempat duduk tu, ada seorang girl tengah main-main dengan handphone dia.
Aku memang tengah mengantuk gila masa tu dan aku kadang-kadang tersengguk-sengguk masa bersandar di cermin tu. Memandangkan aku sedang bersandar, aku nampaklah apa yang girl tu tengah selongkar dalam phone dia tapi dia tak perasan yang aku sedang meng"usha". Mula-mula dia bukak lagu dan pastu video. Ingatkan dia bukak video per tapi rupa-rupanya video lucah. Aku yang tengah mamai terus tersegar-bugar. Dalam 3-4 minit gak perempuan tu layan video lucah dan pastu, baru dia sedar aku duduk usha kat tepi. Adoi3!! Segan tul dia : terus berhenti next station. Per kejadahnya layan video lucah dalam public transport?! Dahla perempuan!! *malu-malu!!*
Isu kedua yakni perempuan merokok pulak memang makin menular dalam masyarakat kita. Kalau aku di London tu, memang menjadi satu kebiasaan kalau tengok perempuan merokok tapi kalau di Malaysia, memang jarang gila. Tapi, bila aku di Malaysia, budaya perempuan merokok makin banyak jer aku perasan. Petang tadi masa aku balik daripada kerja, aku ternampak beberapa budak perempuan tengah merokok sambil tunggu bas. Nak kata otai, memang otailah sebab aku sendiri pun tak merokok. Entahlah, tu hak masing-masing samada nak merokok ataupun tidak tapi pada pendapat aku, memang tak manislah kalau perempuan merokok -_-"
Oh ya, memandangkan nie perenggan terakhir, meh aku kasi bocor rahsia sedikit. Untuk pengetahuan korang semua, perempuan yang tengok video lucah dalam KTM tu dan juga perempuan yang merokok : mereka semua adalah Melayu. Selain itu, orang selalu cakap yang lelaki yang suka tengok video lucah dan lelaki juga yang selalu merokok tetapi sekarang nampaknya kaum perempuan pun sudah mula menunjuk belang. Kepada pembaca semua, jagalah tata-tertib diri kita semua. Memanglah kita tidak sempurna tapi janganlah jadikan itu alasan yerk!! By the way, no heart feeling tau!! ^_^
*No heart feelings yerk : Sesiapa terasa boleh terus sound aku*
[Ada rakan pembaca yang minta tutorial blog : Ingatkan aku semula yerk]
[Ada rakan pembaca yang minta tutorial blog : Ingatkan aku semula yerk]





35 comments:
walau mcm2 mana pn aku tak leh terima perempuan merokok. tersungguhlah %%$$$^&((())*&^ attitude. lagi2 la kalau duduk kat cafe, sambil buat bangga hembus asap nak bgtaw semua org yg dea kononnya PEREMPUAN YANG BERAI! pirrah
selalu dapat email yg ada video or gambar lucah dari entah sape2 ntah...memenuhkan inbox aku je....
ni semua terpengaruh dgn kawan2..bebas sgt bergaul dan takde perasaan malu..tak hirau famili dan kurang kasih sayang kut..
dia tak tahan nak tunggu ktm tu berhenti kat stesen tu pasal dia tengok dalam tren.
malunya...tu klu aku..
klu dorang yang wat tu..pe dorang rasa ek? ke xde persaan?
yg girl merokok tu mcm bgus je kan.ehm entah r..
aku penah nampak pempuan pakai tudung merokok ngan pakwe dia bukan main masing2 mulut berasap muahaha. pakwe dia pun syok kowt dapat makwe kaki rokok. Lol..
so what kalau pmpn tu tgk benda lucah or merokok. sejak bila tengok benda lucah dan merokok ni only for the penis population. plus, its not illegal pun.
Lelaki merokok = macho
perempuan merokok = tak manis
?? what happens to the society right now? kenapa fikir macam 19th century?
hmm, perempuan skrg mmg aku akui lah. sangat kurang manis. tak macam yang dulu.. sebut aje, masalah2 sosial.. memang melayu perempuan banyak betul dominasi.. tapi sbg perempuan.. melayu dan beragama Islam.. diri sendiri kena ingat jaga tata tertib dan dah besar pon nak bezakan yang baik dan buruk...
Melampau!!hmm..lemahnya aku,kalau aku berada di sutiasi tu,cmne ek nak tegur..hmm....malu la melayu cmni...dah makin teruk je..
Latest post:Perkara ni tak merisaukankah?
serius bro..
klu tengok gurls merokok mmg burok rpenye!hahaha~
klu lelaki isap rokok katenye macho la knon~
tp klu pmpn isap rokok, nak habaq ape?cun??cetttt
erkkk...xsuka pmpuan mrokok!
ataupun isap shisha!
emm..tgk vdeo tett tu no komen...errrr
It's easy to voice out opinion based on self-preference. Easier when the point of reference is people who are not really connected/closed to you.
Any thought of seeing from a different perspective (i.e. in the person's shoes)? And, what if these 'negative habits' are actually yours (or among your known family members or friends)?
My personal say: Porn or Smoking are non-exclusive to either male or female, malay or non-malay, etc. I don't see any different between an English Lady or Malay Girl or Arab Woman watching porn or smoking.
Pardon me if my comment is too harsh for some people =D
hahah~ korang pernah tengok makcik umor 50++ merokok??!! aku dah tgk live.. siap mencarot depan budak kecik.. aku hanya mampu tergamam sebab makcik2 tu sgt kuat bercakap..
n then, makcik tu pon merokok depan anak2 die..
so klu gurls (bukan pangkat makcik) yg merokok tu.. ermmm ntah la.. sape tah yang ajar..
tolonglah apa yg diorg dapat tgk menda camtu and buat mcm 2 ntah paper jer..hish...^___^
Berita terbaru dari blog saya
seimbas lalu orientasi
Release and shops
Songs : Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo
entahlah.. rsnya kalau moden mcm mana sekalipu, pompuan kalo dah merokok akan hilang keayuannya huhu..
salam singgah..
berminat ngan pic no 2.. lencana nye mcm kenal la.. huhu~~
rasanya isu pasal perempuan merokok dan menonton video lucah nie tak perlu di bahaskan lagi.. memang dah jadi trend di Malaysia, mungkin lebih ketara jika aku kata di bandar2 spt di KL..
Tiada bezanya antara lelaki dan perempuan, masing - masing ada akal dan nafsu.. Ada otak untuk berfikir, jgn kerana perempuan lemah bila perempuan buat mcm nie, nampak pelik.
Bagi aku cuma tak manis jer.. kalu perempuan mcm tue, tapi kalu nak dibahan kan lg teruk kalu kita tengok budak sekolah rendah dah pandai menyimpan video ni n merokok..lebih teruk lg dah pandai praktik kan lg. Agaknya sunat pun belum tapi dah pandai itu ini..
Sebenarnya inilah yang kita pertaruhkan untuk mencapai taraf negara maju dan moden..
Hanya akal untuk berfikir dan otak untuk menilai benda baik dan buruk..
(isap rokok, laki or perempuan tetap merbahaya.. tak ada beza jantina di situ..mungkin risiko lebih pd ppuan)
ya sekarang nie sukar nak bezakan yg mana lelaki & yg mana perempuan.. sama jer tak ada beza pun.. apa yg penting sekarang nie kita tak bole menilai org dari segi luaran kita kena menilai org dari segi dalamannya..
dunia sekarang hampir kiamat.. semua bole berlaku..
kedua2 perbuatan tu x elok langsung..
xdak adap sopan..
tp kalo dng dunia skrng, mng bnyk perempuan brlagak bagus, dan suka m`nunjuk-nunjuk perangai yg ntah apa2.. ! annoying !!
mintak jauh semua tu.. takut juga kan, ye lah saya ni anak sedara ramai.. nk sibuk hal orang kne la tgk2 kuarga kita dulu, takut salah cakap lak nnti.. tak tahu nak salahkan saper.. budak2 skank mmg 'bijak'.. lelaki merokok pn tak suka tgk apatah lagi perempuan merokok..
perempuan merokok? ya, memang tak manis, tak sopan dan memalukan kerana apa?
dia PEREMPUAN.
kalau dia lelaki, lain pulak jadinya.
no heart feeling..bukan no hard feeling.
common things sekarang benda2 macam ni, nak maju sosial pun kena maju, pengaruh barat yang tak sihat, wajib dihindarkan
keruntuhan moral semakin menjadi2..dunia akhir zaman..wal iya zubillah
seram kott tngok prempuan merokok.
dorg ingat bagos.
lelaki merokok pun nampak buruk.
perempuan lagilah buruk.
saya pula tak runsing sgt pasal orang melayu.. sbb being a true melayu pn tak bawa kita dengan Pencipta SELAGI tidak berusaha menjadi muslim yg sejati kn? InsyaAllah, demi AGAMA kita akan bersatu, tp melihatkan MELAYU sekarang, melayu yang macam mana ye yg boleh menyatukan kita? --> http://irniesharimabasir.blogspot.com/2010/07/dengan-menyebut-nama-allah-yang-maha_29.html
saya adalah penuntut universiti yang beridentitikan Islam yang paling terkenal di negara kita ni, saya sebilik dengan heavy smoker and commit free sex with their boyfriend every weekend at the high-end hotel in KL. satu bilik 4 orang. 2 orang senior & kawan2 mereka semua macam tu. saya tak terkejut. wanita zaman sekarang tak tahu mana wanitanya, mungkin hanya pada boobs je..
melayu mudah lupa....
pemikiran kita sebenarny telah dijajah oleh kuasa barat wlpn negara kita dh merrdeka 53 thn(thn ini), tp minda kiter still tak merdeka. So, pandai2 la korang bwk diri lebih2 lg time akhir zaman ni. Harap kite sama2 boleh melakukannya.hehe...salam jumaat.
porn dan rokok...tak kira lelaki atau perempuan...jgn dibeza-bezakan tahap buruknya. perempun isap rokok sama je dgn lelaki isap rokok..tak elok..
hampeh bebudak nie...
nak kata mak bapak tak ajar..(sendiri mau ingat la)
nak kata cekgu tak ajar
(mau kena piat telinga berpuluh kali)
rasanya hidayah daripada-Nya..aje yang belum sampai tu..
tak agak2 tengok kat ktm..
Salam Long,
La haw la wala...yang Long pun turut serta cari dosa tu kenapa? Ha...kena piat telinga ni ye...
Moga kita dihindarkan dari maksiat sedemikian rupa. Teknologi semakin canggih, nafsu pula semakin ketagih. Wallahua'lam.
Ape nak jadi Long ...
wat malu pompuan melayu je..mgkin diorang rasa hebat kot..
Post a Comment