My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Thursday, August 12, 2010

Muncul di Berita Harian Pula

Agak lama jugak aku tak update blog secara menyeluruh yerk. Nak tahu kenapa?! Sebenarnya hampir tiga hari internet server down di sini : maka tak dapatlah nak online. Tapi once internet dah okay semalam, aku menyiapkan beberapa entri bersempena dengan bulan Ramadan al-Mubarak. Berminat untuk tahu?! Nanti aku story dengan lebih lanjut!! Mari-mari!! Papepon, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua rakan pembaca. ^_^


blogger popular di berita harian>Blog Coretan Perantau mengucapkan Selamat Berpuasa<


Kebanyakan daripada korang mesti dah tahu yang aku muncul di dalam surat khabar News Straits Time (NST) bulan Jun lepas. Kalau sesiapa yang mungkin tak tahu ataupun berminat nak tahu, bolehlah rujuk entri aku yang nie. *muehehehe* Sebenarnya kan, hari Isnin lepas, aku sekali lagi mendapat peluang untuk muncul di dalam akhbar tempatan tapi this time surat khabar Berita Harian. Gambar aku dan member-member aku muncul di ruangan “Salam Perantau” surat khabar tersebut. Memandangkan gambar agak besar dan ada nama penuh aku juga, bangga jugaklah aku. *wakakakaka*


blogger popular di berita harian>Nie adalah page "Salam Perantau" : Cepat cari aku<


blogger popular di berita harian>Gambar yang sama turut dipaparkan di website Berita Harian<


Kisahnya begini : last Sunday, member aku dan kengkawan dia masuk paper Metro untuk ruangan “Salam Perantau” jugaklah. Tapi untuk kes dia, gambar ramai-ramai tau. Tetiba aku rasa macam nak jugak jer macam tu. On the spot malam tu, aku hantar “Salam Perantau” kepada surat khabar Metro, Berita Harian dan Kosmo. Ntah macam mana, kebesokan harinya terus keluar paper Berita Harian. Bangga jap : padahal raya di Malaysia jer pun. Ahakz!! Takperlah memandangkan korang jer yang tahu yang aku raya di Malaysia. *lalalalala*


blogger popular di berita harian>Ini adalah muka depan akhbar Berita Harian Isnin lepas<


blogger popular di berita harian>Sorry sebab kurang jelas : korang boleh tengok edisi web di atas<


Jadi itulah antara serba sedikit usaha aku untuk memeriahkan semangat Ramadan al-Mubarak di Blog Coretan Perantau nie. Harap-harap korang semua mampu bagi kerjasama dengan memberi any feedback yerk. Oh ya, ruangan-ruangan yang aku state di atas : aku dah setkan supaya tak boleh tinggalkan komen. Jadi, sebarang komen ataupun pendapat, boleh cari aku di llonghaffiz@gmail.com . Selain itu, aku turut sertakan address rumah aku di page “Istimewa Ramadan al-Mubarak” nie : in case ada yang nak hantar kad raya kan. Sila rujuk page tersebut setiap hari untuk update berterusan yerk : tu pun kalau korang semua rajinlah yerk. *kuikuikui*


*Dulu keluar paper NST, pastu paper Berita Harian : Pasnie paper apa lak yerk?!*
[Barang siapa yang tinggalkan puasa ataupun tipu puasa, akan aku lekuk kepala beliau!!]
    Related Posts with Thumbnails