My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Sunday, September 18, 2011

Pengembaraan Bumi Andalusia Sepanyol : Sesat di Sevilla

Selepas merentasi beberapa daerah utama di Andalusia, Sepanyol termasuklah Malaga, Nerja,Granada dan juga Cordoba, perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir di bumi Andalusia yakni Sevilla. Bagi sesiapa yang mengikuti bola sepak Sepanyol, confirm korang tahu bahawa Sevilla merupakan antara pasukan terkuat di Sepayol selain daripada Barcelona dan Real Madrid. Papepon kitorang bertolak daripada Cordoba pada awal pagi : seperti mana sebelum nie jugak. Perjalanan ke Sevilla daripada Cordoba dengan menggunakan bas mengambil masa dalam 2-3 jam gak dan masa terluang tersebut digunakan untuk tidur secukupnya. *wakakakaaa!!*


sevilla attractions alcazar
>Inilah dia binaan paling cantik di Sevilla aku rasa<


sevilla attractions alcazar
>Duk main compare peta hitam putih sebab sesat punya pasal<


sevilla attractions alcazar
>Lagi perhiasan ukiran yang terdapat di dalam Alcazar<


sevilla attractions alcazar
>Kalimah Lailahaillah jelas terpampang di ukiran tersebut<


sevilla attractions alcazar
>Cam gaya kubah masjid pun ada kalau tengok daripada bawah nie<


Sesampainya kitorang di Sevilla Bus Station, kitorang terus cari loker untuk simpan bebarang kitorang. Pas dah siap simpan beg-beg backpackers, kitorang keluar daripada Sevilla Bus Station dan ternyata terkejut kerana apa yang kami expect adalah berbeza dengan apa yang telah kitorang research. Selepas bertanya kepada beberapa orang setempat, barulah kami tahu bahawa kami sebenarnya berada di Sevilla Bus Station yang terletak di kawasan agak luar bandar dan bukannya Sevilla Bus Station yang sebijik lagi di tengah bandar. Oleh kerana itu adalah weekend dan tourist centre semua tutup, nak tak nak kitorang terpaksa bergantung kepada map hitam putih yang amat-amat tak details untuk mencari jalan ke tengah bandar. Sobsss TT___TT


sevilla attractions alcazar
>Keindahan yang dapat dinikmati di dalam Alcazar, Sevilla<


sevilla attractions alcazar
>Bergambar kenang-kenangan di Alcazar : cam boy band jer<


sevilla attractions alcazar
>Gambar yang cantik : inilah dia Plaza de Espana<


sevilla attractions alcazar
>Ini model sambilan yang kitorang pickup tepi jalan<


sevilla attractions alcazar
>Tengok camna muda-mudi Spanish lepak-lepak ketika weekend<


Selepas sejam dua sesat di tengah bandar Sevilla dan duk pusing di tempat yang sama, kitorang akhirnya berjaya masuk ke kawasan paling sibuk di Sevilla. Daripada situ kitorang dapat jumpa path untuk ke Alcazar dan Sevilla Cathedral bernama Giralda yang terletak bersebelah antara satu sama lain. Memandangkan tenaga yang dah sampai ke tahap minumun, kitorang decide untuk masuk just salah satu daripada dua monument tersebut : Alcazar menjadi pilihan. Sebagaimana Alcazaba di Malaga, Alhambra di Granada dan juga Mezquieta di Cordoba, Alcazar di Sevilla turut dipenuhi dengan peninggalan seni bina Islam yang masih dijaga rapi. Setelah sejam dua bergambar di sana, kitorang meneruskan perjalanan dalam keadaan sesat dan akhirnya tiba di Sevilla Bus Station yang aku maksudkan sebelum nie. Yeehaaa!!


sevilla attractions alcazar
>Berjalan menuju ke central point Plaza de Espana<


sevilla attractions alcazar
>Inilah dia ukiran tulisan arab : anda boleh baca?<


sevilla attractions alcazar
>Ukiran yang terdapat di sekitar Alcazara di Sevilla<


sevilla attractions alcazar
>Orang sana berkahwin diarak menggunakan kereta kuda<


sevilla attractions alcazar
>Sekali sekala poyo tangkap gambar sendiri kan<


sevilla attractions alcazar
>Tengoklah seni bina Plaza de Espana : aku kepanasan<


Daripada situ, aku sekurang-kurangnya mula mendapat rough idea mengenai path jalan yang perlu diambil. Next attraction yang kitorang lawati adalah Plaza de Espana. Memang cantik, memang awesome tetapi sebab masing-masing dah mula kepenatan dan kelaparan, tak banyak sangat dapat kitorang nikmati : just bergambar mencukupkan syarat. Kitorang berempat teruskan perjalanan berjalan di tepi sungai merentasi Sevilla dan akhirnya tiba di sebuah kedai makanan arab. Dengan hanya 10 euro, kitorang dapat makan sebanyak mana buffet yang kitorang mahukan. Memandangkan semua cam dah berzaman tak makan, maka memang banyaklah makanan kitorang makan : nasi beriani, ayam panggang, desert, pizza dan pelbagai lagi jenis makanan masyarakat Arab Andalusia. Kenyang dowh!!


sevilla attractions alcazar
>Plaza de Toros : tempat matador dan lembu bertarung<


sevilla attractions alcazar
>Cam gaya dalam Lord of The Ring pun ada kan?<


sevilla attractions alcazar
>Dengan tengok camnie pun kita dah leh tau ini seni Islam<


sevilla attractions alcazar
>Antara peninggalan seni binaan Islam dalam Alcazar<


sevilla attractions alcazar
>Walaupun travel, notes exam semua kena bawak bersama gak<



sevilla attractions alcazar
>Semasa lepak kat Sevilla Airport : aktiviti utama<


Pas dah kenyang bagai, kitorang berjalan di tepi sungai menuju ke Stesen Bas Sevilla yang terletak di luar bandar itu untuk ambil bebarang kitorang semula. Dan selepas dah dapatkan bebarang itu, kitorang terpaksa berpatah balik ke Stesen Bas Sevilla yang terletak di tengah bandar tadi untuk menaiki bas ke destinasi lain pula. Walaupun penat memikul bebarang kitorang tu, kitorang sempatlah jugak untuk bergambar dengan bangunan-bangunan dan attraction-attraction menarik yang kitorang jumpai ketika dalam perjalanan. Pas dah sampai ke Stesen Bas Sevilla, kitorang terus menaiki bas ke Sevilla Aiport. Kenapa airport? Dah nak balik ker?! Ahakz!! Yang itu bialah rahsia buat masa sekarang tapi pada malam tu, kitorang tidur di Sevilla Airport. Oh ya, kitorang beberapa kali dikejutkan oleh polis yang berjaga di situ yang meminta kitorang tunjukkan passport and so on. Risau jugaklah kan?! Isyhh!!


*Alright. Ngam-ngam lagi seminggu sebelum balik ke London semula : Taknak aci??*
[Besar kemungkinan next study year aku akan kurang berjalan-jalan kut : banyak kena fikir]
    Related Posts with Thumbnails