My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, August 03, 2010

Sekiranya Button Facebook Dislike Wujud...

Aku amat yakin bahawa setiap daripada korang mesti mempunyai akaun Facebook kan?! Kalau takda tu, mungkin korang masih lagi menyimpan akaun Friendster yang lama kut. Kalau belum ada lagi akaun Facebook, sila set-up kan sebab kalau tiada Facebook, macam tak lengkap jer hidup. Macam mana nak bergosip, nak bernetworking, nak mengorat dan bla..bla..bla lagi. Papepon, aku percaya yang hanya seorang dua dalam golongan korang yang tiada akan Facebook. Betul tak?! Or aku salah?!! Cepat jawab!! *muehehehe*


Button Facebook Dislike>Siapa tiada akaun Facebook?! Cuba angkat tangan. Nak kira nie<


Per yang aku membebel panjang lebar pasal Facebook nie : siap kasi promosi free lagi tu. Aku sebenarnya kekadang terfikir jugak kenapa Facebook tak mewujudkan button “dislike” : padahal kalau ada button tu ada, mesti lagi meriah jadinya Facebook kan?! Pada pendapat aku, kalau diwujudkan button "dislike" Facebook nie, banyak benda boleh dibuat oleh korang semua. Antaranya ialah :

1. Seorang mak ataupun ayah confirm akan "dislike" kalau mendapati bahawa status anak mereka adalah "in a relationship". Lebih-lebih lagi kalau dengan bukan lelaki kegemaran ataupun pilihan mereka.
2. Kalau rasa macam nak pulau member ataupun bos tapi dengan cara yang lebih mudah, boleh sahaja pakat ramai-ramai dan "dislike" semua status dia dalam Facebook. Kasi dia rasa lonely dan tak diterima masyrakat. Kejam tul aku. *wakakaka*
3. Seorang boyfriend ataupun girlfriend turut akan “dislike” new friendship pasangan mereka : terutamanya kalau si lelaki berkawan dengan girl yang hot dan seksi dan juga si perempuan berkawan dengan si lelaki yang macho. TT__TT


Button Facebook Dislike>Siapa nak button dislike?! Boleh ambil cop nie dan cop di laptop<


Button Facebook Dislike>Satu set lagi tu : Ada like dan juga dislike<


4. Sekiranya korang merupakan atlet yang memang terror dalam sukan-sukan Facebook seperti "FarmVille", "Mafia Wars" dan lain-lain, aku yakin yang setiap kali korang naik level lain : confirm akan ada orang yang "dislike" kejayaan korang tu. Ahakz!!
5. Kekadang ada Facebook Fan Page yang memang annoying dan menyakitkan hati. Kalau ada button "dislike" nie, bolehlah menjadi salah satu cara terbaik untuk meluahkan isi hati. Entah-entah, orang yang "dislike" lagi banyak daripada orang yang "like" nanti. *kuikuikui*
6. Ramai orang yang tak suka dengan sesetengah public figure. Ada yang tak suka ahli politik tu, artis nie dan macam-macam lagilah. Daripada kita semua tambah dosa duk kutuk-kutuk dia di Facebook akaun dia, better kita tekan terus button "dislike" Senang cerita!!
7. Aku selalunya akan post entri blog aku ke ruangan Facebook aku dan juga Fan Page Facebook aku. Sekiranya button "dislike" wujud, aku percaya mungkin ada yang akan gatal tangan untuk "dislike" entri baru aku. Tapi tak mengapa sebab aku open jer!!


Button Facebook Dislike>Bagi sesiapa yang merupakan petani berjaya, berhati-hatilah anda<


Button Facebook Dislike>Setiap kali naik level, mesti ada yang akan tekan button dislike nie<


Itulah antara tujuh benda yang mungkin akan timbul sekiranya button "dislike" nie betul-betul wujud. Aku tak tahulah sekiranya korang semua tahu any cara untuk wujudkan button "dislike" nie tapi setahu aku setakat nie, memang button nie tiada. Lanjutan kepada button "dislike" nie, mungkin akan timbulnya pergaduhan ala-ala cyber di dunia Facebook. Kalau korang semua pulak macam mana yerk?! Katakanlah kalau button "dislike" nie benar-benar wujud, apakah yang akan korang dislike kan?! Cepat share dengan aku!! ^_^


*Segmen mengenal perantau telah diupdate : Luangkan masa untuk tengok*
[Aku pulang dari kerja pukul 10 malam tadi tapi masih sempat entri baru]
    Related Posts with Thumbnails