My Followers Who Follow My Blog

Thursday, May 13, 2010

Tolong!! Aku Ingin Pertolongan Semua!! Tolong Oit!!

Sebelum aku memulakan bicara aku kali nie, aku meminta kerjasama daripada semua pelawat dan pembaca untuk membaca entri ini sehingga habis. Aku memerlukan sedikit bantuan dan pertolongan daripada korang semua. Aku cuba pendekkan entri ini untuk memudahkan korang baca. Harap sudi tolong yerk!!


streaming internet malaysia>Selepas berusaha nanti : Kita bertawakal dan berdoa<


streaming internet malaysi>Seriously aku memang tidak biasa dengan area Kuala Lumpur<


Sebagaimana yang aku janjikan semalam, aku akan menaip satu lagi entri untuk hari ini. Semangat Hafiz Hashim menang semalam masih lagi terasa dan menguasai diri ak. Memang orang yang bernama Hafiz nie hebat-hebat yerk. *muehehe* Tetapi, kalau kau kalah lawan semi final nanti, jaga kau!! Untuk pengetahuan semua, exam aku akan bermula hari Isnin ini yakni 17hb May sehingga 25hb May 2010. Jadi, untuk memberi sepenuh perhatian kepada exam dan study, aku akan kurangkan aktiviti blog : yakni entri dan blogwalking secara mengejut. Jadi, harap korang semua bersedia!! Ngeh3!!

Jadi, apakah yang aku maksudkan dengan mengurangkan aktiviti blog ini? Maknanya tiada lagi entri yang kerap dan panjang. Maknanya juga tiada lagi berblogwalking secara rancak seperti sebelum nie. Entri masih ada, blogwalking pun masih ada. Jadi, jangan risau yerk. Aku juga ingin meminta kerjasama semua rakan-rakan blogger untuk sama-sama mendoakan kejayaan aku di dalam exam yang akan datang nie. Kalau ada antara korang yang selalu buat solat hajat, statekan sekali untuk aku yerk. Segala kebaikan korang hanya Allah mampu balas. Kalau ada nak wish "Good Luck" : dialu-alukan. Tapi doa adalah wish "Good Luck" terbaik for me. ^_^


streaming internet malaysi>Yang mana yang terbaik? Adakah Celcom?!<


streaming internet malaysi>Ataupun broadband keluaran Maxis?!<


streaming internet malaysi
>Siapa boleh cadangkan tempat unlock Blackberry dan link terbaik?!<


Di perenggan yang paling atas, aku sudah menyatakan bahawa aku memerlukan bantuan dan pertolongan korang semua. Selain daripada doa di atas, aku memerlukan pertolongan, pendapat dan juga bantuan korang dalam beberapa isu. Aku akan balik ke Malaysia tidak lama lagi dan ada beberapa perkara ataupun benda yang aku tak berapa pakar ataupun tak tahu. Jadi, aku ingin meminta sesiapa sahaja yang mempunyai idea ataupun pendapat dalam isu di bawah : diharapkan agar dapat tinggalkan komen yerk. Isunya adalah :

Prob No.01 : Aku akan membuat program internship aku di Menara Millenium, Kota Damansara, Kuala Lumpur. Tetapi seriously aku takda idea langsung pasal tempat tu memandangkan aku bukan orang Kuala Lumpur dan tak biasa langsung dengan area Kuala Lumpur. Aku harap ada yang sudi terangkan di mana menara itu dan bagaimana cara nak ke sana (public transport) yang paling senang dan mudah.

Prob No.02 : Aku plan untuk mencari bilik untuk disewa di Kuala Lumpur sepanjang dua bulan program internship aku itu. Internship itu adalah di Kota Damansara : sebagaimana aku maklumkan di atas. Maka, di manakah tempat ataupun area Kuala Lumpur yang paling sesuai untuk aku cari bilik sewa? Budget aku dalam RM250 sebulan untuk bilik sewa. Ada idea tak? Kalau sesiapa tahu pasal bilik untuk disewa, lagi bagus. Tapi yang penting, area Kuala Lumpur mana yang memudahkan aku ke tempat kerja. Subang? Petaling Jaya? UM? Or di mana?! Harap mampu bagi idea.

Prob No.03 : Kalau di London, internet disediakan di hall aku. Tetapi sekembalinya di Malaysia nanti, aku memerlukan internet aku sendiri yang aku boleh access sendiri 24 jam. So, kalau aku ingin membeli broadband (sebab boleh bawak ke mana-mana), apakah link ataupun pakej yang paling sesuai? Selain broadband, apa lagi pilihan yang aku ada?


streaming internet malaysi>Siapa ada idea when is the next PIKOM dan di mana berlangsung?!<


streaming internet malaysi
>Plan nak membeli komputer desktop baru jua<


Prob No.04 : Family aku plan nak beli desktop baru memandangkan desktop lama di rumah dah pun berzaman usianya. Budget kitorang dalam RM 2500 ke bawah. Sebenarnya aku tahu dan ada ilmu juga dalam memilih komputer desktop yang terbaik dari segi function and so on. Tetapi aku still nak tanya pendapat korang. Ada cadangan komputer desktop dengan budget itu tak?! Siapa ada idea bila PIKOM?!

Prob No.05 : Selain nak beli komputer desktop baru, family aku juga plan nak memasukkan servis internet bersama-sama dengan komputer desktop baru itu. Jadi, apakah promotion or pakej internet di rumah yang paling murah dan terbaik? Streamix? Jaring? Or telekom? Aku takda idea langsung. Jadi, pendapat korang amat-amat dialu-alukan. Pelis!!

Prob No.06 : Budaya Blackberry semakin meluas sekarang. Kalau aku nak unlock Blackberry UK aku nie, di manakah tempat yang paling boleh dipercayai dan pada masa yang sama, paling murah. Aku dengar cerita di Lowyat dalam RM 50.00 jer. Mana tahu kalau korang ada idea ataupun pendapat lain. Harap dikongsikan bersama. Selain tempat unlock, apakah link yang terbaik kalau nak gunakan blackberry di Malaysia?

Prob No.07 : Soalan yang terakhir. Sekiranya aku berada di Kuala Lumpur, kemanakah tempat yang paling sesuai untuk aku pergi vocation hujung minggu. Maksudnya tempat yang di dalam budget perbelanjaan student dan pada masa yang sama best dan tidak mengambil masa yang lama. Accommodation senang dan berpatutan. Boleh cadangkan tempat yang sesuai untuk bercuti tak?!

Jadi, itulah antara kesulitan dan info yang perlu aku tahu bagi memudahkan segala urusan aku di Kuala Lumpur semasa aku balik ke Malaysia nanti. Seriously aku memang tak biasa dengan Kuala Lumpur, tiada family members di sana tetapi kalau nak menyusahkan kengkawan, bersalah pulak rasa. Sebab itu aku mengambil inisiatif sendiri untuk berdikari dan mencari bilik sewa sendiri. Bear in mind yang setiap pergerakan aku adalah melalui penggunaan transport awam. Memang payah tetapi aku seorang lelaki dan aku mampu!!


streaming internet malaysi>Sesiapa yang berpengalaman luas di dalam bidang ini : Silakan<


streaming internet malaysi>Masa untuk study : Diam semua<


Aku harap sesiapa sahaja yang membaca entri ini dapat membero pertolongan. Sekiranya tidak dapat jawab ketujuh-tujuh soalan di atas, jawab satu sudah mengcukupi. Kalau tak tahu jugak, bagi sahaja any idea yang mungkin boleh menyenangkan urusan aku. Kepada sesiapa yang selalu jadi silent reader, tolong komen yang nie yerk. Kalau yang Touch N Go pun, stop isi kredit kat sini jap. Kalau rasa komen panjang sangat, boleh hantar dengan cara email terus kat aku di llonghaffiz@gmail.com.

Doakan aku dalam menempuhi exam yang mendatang dan aku harapkan kerjasama korang dalam membantu aku menyelesaikan dan mencari info mengenai tujuh isu di atas. Segala pertolongan, info, sumbangan dan wish daripada korang semua : Syukran Jazilan and Jazakallah Khairan Kathira in advance.


*Selepas ini : Entri akan menjadi pendek sebagaimana yang dipinta*
[Rasa mengantuk masih menguasai diriku ini]
    Related Posts with Thumbnails