Plan asalnya aku nak terus pergi tidur petang jap selepas mendapat tahu bahawa Malaysia kalah 3-0 lawan China di pusingan semi final. Tapi bila fikir balik, rasa macam bersalah sekiranya tidak update serba sedikit mengenai kehidupan aku hari ini. Jadi, untuk entri ini, aku akan menaip sependek yang termampu untuk rangkumkan semua yang terjadi. Lagipun aku baru sahaja lepas lunch tadi. Maka, tak eloklah kalau pergi tidur terus kan?!
Match Thomas Cup Malaysia lawan China bermula jam 7.00 malam waktu Malaysia. Kalau ikutnya, time aku sedang prepare nak sembahyang maghrib kalau di Malaysia. 7.00 malam bersamaan dengan pukul 12.00 tengahhari di London : waktu untuk sembahyang Jumaat. Selepas sahaja aku habis sembahyang Jumaat dalam pukul 2.00 petang tadi, aku dapat mesej daripada member aku cakap Malaysia dileading 2-0. Aku terus berkejar balik ke hall dan terus bukak laptop. Kasut, jacket semua masih aku pakai. Tengok-tengok Choon Haan dah tewas. Malaysia kalah 3-0. Aku tak nak komen apa-apa. Kalau puji, mungkin kurang layak untuk dipuji. Kalau kutuk, mungkin akan ada yang sound aku cakap yang ntah hapa-hapa. Jadi, yang penting, sesiapa tak solat Maghrib lagi, sila qada’ yerk. *muehehehe*
Semalam aku membangkitkan beberapa isu ataupun persoalan. Pelbagai pendapat dan feedback berguna aku perolehi daripada komen-komen di entri, dari Facebook, dari mail, dari Gengblogger dan banyak lagi saluran lain. Aku dah khatamkan semua pendapat korang itu. Ada yang lawak dan banyak membantu. Sesiapa yang masih belum melihat entri persoalan aku semalam : sila tekan di sini. Syukran Jazilan dan Jazakallah Khairan Kathira aku ucapkan kepada semua. Kalau ada sesiapa yang nak minta tolong aku, bagitahu sahaja or contact aku menggunakan mail or formspring. Nak pendapat ker, nak datang London ker or nak mintak tolong beli barang pun boleh. Just mail aku. Oh ya, aku just nak share dengan semua apa keputusan dan jawapan-jawapan untuk soalan-soalan semalam :
Prob No.01 dan Prob No.02 : Baru aku sedar yang aku tersilap semalam. Bukannya Kota Damansara tetapi Pusat Bandar Damansara. Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang memperbetulkan aku semalam. Sesampainya aku di Malaysia nanti, aku akan stay di Kuala Lumpur dalam 3-4 hari di rumah member aku. So, sepanjang 3-4 hari ini aku akan cari route bas ke Menara Millenium itu. Ada bas dari Bangsar dan KL Central. Untuk mudah, aku akan cari bilik sewa di area-area link LRT : Kerinchi, UM or Bangsar. Tapi kalau time aku gie survey di Menara Millenium tu terjumpa yang lagi bagus, aku ambil yang tu sahaja. Kalau area Damansara Damai pun mungkin boleh diconsider. Semuanya decide selepas survey nanti. Plan dahulu sekarang ^_^

>Thanks kepada semua yang sudi membantu dan memberi pendapat<
Prob No.03 dan Prob No.05 : Untuk broadband, nampaknya Celcom Pakej Pelajar, Maxis Pakej Pelajar dan juga Wimax mendapat cadangan tertinggi. Manakala, untuk internet di rumah, streamyx student package paling digalakkan. So, plan aku : Aku akan menyerbu Celcom, Maxis dan TM untuk soal siasat diorang pasal benda ini. Selain itu, soal siasat diorang juga untuk link terbaik untuk blackberry aku.
Prob No.04 dan Prob No.06 : Untuk isu unlock Blackberry dan isu desktop baru, aku akan take into consideration pendapat korang yakni jangan beli masa PIKOM. Penting punya pendapat tu bagi memastikan kesejahteraan desktop. Jadi, aku akan budgetkan masa aku untuk pergi survey dan soal siasat di Lowyat dan juga Digital Mall di PJ. Balik Terengganu, sambung survey lagi.
Prob No.07 dan Overall : Prob No.07 nie pun banyak feedback tempat menarik dan aku akan survey tu menggunakan internet. Besar kemungkinan aku akan berada di Kuala Lumpu 4 hari sebelum aku balik ke Kuala Terengganu. Jadi, satu hari pergi survey Pusat Bandar Damansara, satu hari pergi serang Maxis, Celcom dan TM dan lagi satu hari pergi serbu Lowyat dan Digital Mall. Lagi satu hari ekstra, rehat-rehat dulu. Okay jugak kan plan aku nie?! Harap dapat dijayakan.
Dengan ada perancangan yang lengkap untuk overcome ketujuh-tujuh prob di atas, bolehlah aku focus benar-benar dengan exam aku sekarang. Sesiapa yang ada suggestion tambahan, dialu-alukan untuk share. Kalau boleh, untuk kasi penambahbaikan dengan plan aku di atas. Beginilah aku : setiap benda ataupun masalah yang aku hadapi, akan aku plan dengan tersusun dan teratur. Taknak serabut kepala di kemudian hari. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancer dan tanpa ada sebarang big problem di tengah-tengahnya. InsyAllah.
Sebenarnya aku sedang terponteng kelas accounting. Ingatkan Malaysia akan main sampai Game 5, jadi aku dah hantar mail kat cikgu aku awal-awal lagi cakap yang aku tak datang. Tengok-tengok dah kalah 3-0. So, aku pun rasa takda mood nak pergi kelas sekarang. Duduk di hall sahajalah. Oh ya, sebelum aku menutup this entri, aku nak share dengan korang semua pasal something. Aku mendapat sekeping poskad daripada Cik Asliza Ahmad yang dihantar daripada Malaysia. Punyalah lambat nak sampai ke London : Dalam dua minggu lebih jugak. Ada lah dia wish serba sedikit. Takkan aku nak kongsi dengan korang kan?! Aku share gambar poskad pun dah kira okay yerk?! Ngeh3!!
Okaylah. Aku rasa sampai setakat itu sahaja entri aku untuk kali ini. Terima kasih beribu-ribu dan berjuta-jutaan sangat dengan segala pendapat dan pertolongan korang. Aku amat-amat hargai. Kalau perlukan pertolongan or pendapat aku dalam apa-apa hal, just buzz jer aku direct. Nak lagi senang, terus mail aku di llonghaffiz@gmail.com. Aku nak tidur untuk seketika bagi menenangkan perasaan kekeciwaan akibat Malaysia kalah tadi. Hancur berderai hatiku nie. Hancur hatiku, mengenang dikau~~ (hujan sudah!!)
*Kalau menang kita puji. Kalau kalah? Kita puji jugak ker?!*
[Lagi sekali aku mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih atas pertolongan anda]



