Nampaknya bahang kontest poskad free dan juga entri shopping part pertama masih lagi hangat kan?! Korang semua nie memang semangat betullah, terutamanya kalau ada barang-barang free dan juga kalau bab-bab shopping nie kan. Tapi tak mengapa. Asalkan korang semua enjoy yerk!! Apapon, untuk meredakan kehangatan korang; terutama dengan cuaca kemarau di Malaysia tu, aku mahu berkongsi dengan korang kisah salah seorang kamcing aku. Dia bernama Qama Abdullah. Dia boleh dicapai or digapai di blognya yang bernama S.A.K.A.Y.A.M.A~!!
Okay!! Sebenarnya aku rasa korang mesti ingin mencuba sedikit kelainan kan?! Asyik dengar kisah pasal London saja. Tak boring ker?! So, aku minta Bro Qama ini untuk tulis satu entri ringkas pasal universiti dia yakni University of Durham. Untuk pengetahuan semua, aku lepak Durham seminggu waktu winter hari itu dan aku sambut New Year (yang boring~!!) di sana lah. Durham ini adalah satu perkampungan atau bandar kecil yang terletak di utara UK. Dalam 5 hingga 6 jam untuk ke sana. Durham nie memang tempat pure English dan speaking orang sana pun umpama orang-orang yang pekat loghat negeri. Untuk jadikan cerita, Malaysian di sana ada beberapa orang sahaja dan entah macam mana, Bro Qama adalah salah seorang daripada mereka. -_-"
>Aku dan Bro Qama : Aku Tinggi!!<
Entri yang akan korang baca di bawah ini adalah karangan sepenuhnya Bro Qama dan gambar-gambar yang dipaparkan adalah hak milik tercipta Bro Qama. Tetapi sebab dah appear kat blog aku, so jadi hak milik aku lah sekarang nie. Ngeh3!! Hasil karya Bro Qama ini juga aku edit sedikit. Bukan edit gaya penulisan tetapi beberapa (banyak sebenarnya!!) perktaan yang dia singkatkan. So, aku panjangkan semula. Oh yer, kalau boring atau macam tak best, diam-diam sudah yerk!! Kita ikuti sekarang pengembaraan Brother Qama di perkampungan Durham, UK~~!!!
<-MULA->
Okaylah di atas permintaan kawan baik aku ini. So, aku berkongsilah pasal universiti aku yang tidak femes ini.
Durham Universiti!! Serba sedikitlah pasal university aku ini. Ia ditubuhkan pada tahun 1832 dan merupakan universiti ketiga tertua kat UK after Oxford and Cambridge. Kira okaylah tu pasal sejarah universiti ini. Aku nak cerita pasal kehidupan kat sini sebab fakta-fakta ini korang boleh google saja or terus wiki.
>Logo Universiti Durham<
Okaylah!! Untuk makluman korang, universiti aku ini ada dua biji kampus. Aku sekarang sedang belajar kat Queen Campus a.k.a campus yang baru..hehe..Aku dari kecil berangan-angan nak masuk universiti yg besar dan luas. And then,universiti aku ini memanglah luas dan besar tetapi aku tak suka sebab universiti aku ini tak centralise; terutamanya di main campus. Bayangkan la sebelah seminar room ada kedai-kedai. Tak bestla!! Tak feel langsung university. Tapi syukurla sebab aku kat campus baru. So, ia agak centralise la.
Actually campus aku ini dibina untuk medical faculty yang baru. Then, universiti pindahkan business school ke situ. So, sekarang-basically kat Queen campus ni belambakla budak medic. Sehinggakan bila aku pegi main campus jer dan bila jumpa orang dan aku cakap yang aku dari Queen Campus je, mesti diorang expect aku buat medic....aduih.. As universiti aku ini mengamalkan system collegiate, so, aku pun terpaksalah apply untuk masuk college. Dan aku diterimalah oleh John Snow College.
>Peta Perkampungan Durham<
Time memula sampai, bagi aku susahnya hidup di sini. Lebih-lebih lagi dengan tak ada senior and aku tak kenal even seorang Malaysian pun. Awal-awal masuk universiti aku nie, kami ada program matriculation. Well basically macam orientasilah. Yang aku rasa menarik tapi a bit memalukan ialah tradisi universiti ini. Setiap pelajar baru akan diarak ke town Durham untuk satu program macam diperkenalkan pelajar-pelajar kepada orang ‘kampung”. Perarakan ni berakhir di satu church area town aku iaitu Stockton. Kira macam selepas perarakan tu, aku dengan rasminya menjadi ahli John Snow College. Then within the week, pelbagailah program. Tapi semua macam program yang ada adalah berorientasikan hiburan. Orientasi apa ntah!! Tiap malam sepanjang minggu matriculation tu mesti party je. Tapi berbeza tema la.
Penamat matriculation, kami dibawa ke main campus di Durham City. Sekali lagi kami berarak tapi kali ni di Durham City pula dan penamatnya adalah di Durham Cathedral (UNESCO world heritage site). Then after majlis tu aku secara rasmi bergelar pelajar Durham University. Lupa lak nak bagitahu. Setiap kali perarakan ini, kami memakai jubah ala-ala Harry Potter tu. Hebat kan?! Selain daripada itu universiti aku ini macam every month at least ada la sekali kitorang akan pakai jubah ini untuk formal dinner. Kalau di main campus boleh la merasa makan kat meja panjang dalam dining hall yakni ala-ala Harry Potter tapi as aku adalah budak Queen Campus. So, tak ada lah peluang untuk benda macam itu. Dining area kami ni serba moden. So, bila kena pakai jubah dalam bangunan moden terasa macam pelik sikit..hehe..
>Budak-budak John Snow College berarak masuk Durham Cathedral<
>Durham Cathedral<
>Dibawa berarak di Durham City<
>Selepas matriculation : Senior John Snow sambut di luar<
>Inilah Castle College, college paling berprestij kat universiti aku ini..ini Long sewaktu datang melawat..FYI ni merupakan castle tertua yang masih digunakan sebagai tempat tinggal<
>Ni pula ‘dining hall’ kami kat new campus…btw kami la 1st year student Malaysia kat Queen Campus ni…total ade 6 orang Malaysian kat Queen Campus ni..and i'm the only Malay..proud to be…hehe..tapi ade sorang minah salleh ni die half Malaysian n British…kire bertiga la 1st year<
>Durham University Main Campus<
>Inilah Queen Campus, campus Durham Universiti yang baru<
>Infinity Bridge di Durham<
Overall queen campus ini tidak semeriah main campus la tetapi di Stockton ini as it is a small town, so memang town ni akan sunyi bile cuti. And Alhamdulillah orang kat sini pun boleh kata ramah. Maybe diorang tau kami budak-budak university yang masih kebudak-budakan.
P/S: Long aku harap ko leh la pepandai copy paste dalam blog ko. Apa-apa kau tak suka bagitahu la..so so so so sorry lambat…
<-TAMAT->
Jangan risau Qama memandangkan aku tak ubah apa-apa sangat. Hanya beberapa patah perkataan yang ko short form kan dan juga beberapa baris ayat. Aku harap semoga korang semua dapat amik iktibar bahawa hidup di luar negara memang payah, terutamanya jika tiada rakan Malaysian. Apa-apa pon, sekiranya aku ada duit lebih dan masa ekstra, aku akan cuba untuk pergi melawat kawan aku yang berada jauh di utara ini. So, apa pendapat korang? Ternyata berbeza dengan kisah aku di London kan? Beginilah kehidupan perantau. Oh ya, kontest akan berterusan sampai 15 hb nanti. So, jangan risau kalau anda tewas sebab anda perlu berusaha dulu. [Seriously aku tak berapa paham ayat paling last @/@]
*Kalau jadi plannya dan ada duit, nanti cuti mahu pergi Poland kut* [Bro Qama, adakah anda masih ingat dengan angka GBP 16.20?!]