Kaset? Walkman?! Korang mesti kenal ataupun pernah tahu kewujudan kaset dan walkman kan? Sebelum munculnya gadget-gadget canggih seperti MP3 Players dan Ipod Nano, sebelum wujudnya website-website download lagu free dan sebelum mampunya seorang sebiji laptop : walkman dan kasetlah yang menjadi sumber hiburan. Aku pernah ada dua biji walkman jenama Panasonic : selepas salah satu kena curi semasa zaman asrama dulu yakni enam tahun yang lepas. Waktu tu kalau boleh 24 jam nak angkut walkman sebab nak dengar muzik dan radio. Harga pun boleh tahan mahal yakni dalam RM150. Kira mahallah masa tu. Ahakz!
Tapi kalau takda kaset, tak guna jugak ada walkman. Aku selalunya pinjam kaset member-member aku sebab nak beli rasa macam tak berbaloi. Tapi kalau difikirkan balik : beli cd lagu zaman sekarang lagi tak berbaloi sebab lagu zaman aku sekolah menengah dulu lagi best. Walaupun aku selalu pinjam kaset member aku tapi aku pun ada jugak beli kaset aku sendiri. Tapi aku just beli kaset beberapa artis sahaja : tu pun just satu dua album. Antara artis yang bertuah itu adalah :
Kaset No. 01 Beli Linkin Park : Aku memang bebetul fanatic dengan Linkin Park : lagi-lagi dengan album Hybrid Theory diorang. Lagu seperti In The End, Numb dan bertimbun-timbun lagi memang aku dah boleh siap hafal lirik lagi. Sampai sekarang aku masih lagi layan Linkin Park dan setia dengan diorang. Tapi kalau korang nak tahu, aku bukan beli kaset album Hybrid Theory tapi aku beli kaset album kompilasi diorang feat Jay-Z. Bagi yang minat Linkin Park mesti tahu kan?! *kihkihkih*
Kaset No. 02 Beli System of A Down : Kalau tak silap aku lagu diorang tak leh masuk Malaysia atas sebab-sebab tertentu. SOAD ini memang heavy metal punya rockers la. Lagu diorang dalam satu kaset tu mesti semuanya best : lagi-lagi Chop Suey dan Toxicity. Bagi yang layan rock, mesti pernah dengan lagu SOAD nie. Bagi yang tak tahu, cubalah korang cari lagu Chop Suey di Youtube. Oh ya, aku tak beli kaset untuk lagu nie tapi hampir terbeli sebab member aku taknak jual. Kes susah payah nak dapat punya pasal. =.="
Kaset No. 03 Beli Westlife : Wakakaka! Dua artis diatas punyalah heavy metal rockers tetapi tetiba ada taste muzik jiwang pulak eh? Aku memang hard core fan Westlife jugaklah. Aku tak ingat kaset yang mana satu aku beli tapi yang pasti dalam tu semua lagu yang best punya. Time aku nak layan jiwang, pasang lagu Westlife nie lah. Korang kenal Blue? Muzik Blue pun aku layan jugak. Sempatlah jugak aku beli kaset yang ada lagu Allrise tu sebelum diorang berpecah.
Kaset No. 04 Saleem (IKLIM) : Jangan risau korang semua : aku pun layan artis tempatan jugak. Dalam ramai-ramai artis tempatan, aku paling suka Siti Nurhaliza tapi aku tak la pulak beli kaset dia. Aku just beli kaset Saleem ataupun Iklim sebab diorang nie orang Terengganu dan muzik diorang memang best. Suara Saleem memang terbaiklah. Kalau ada kaset komplikasi Saleem dan Slam pun aku angkut jugak sebab Zamani pun best jugak suara dia. Tak macam artis sekarang!
Kaset No. 05 Too Phat : Korang kenal Too Phat? Bagi mereka yang suka muzik hip hop dan mengikut artis tempatan, korang confirm WAJIB kenal Too Phat. Aku memang suka sangat dengan lagu-lagu diorang : Ala Canggung, Anak Ayam, If I Die Tonight dan bertimbun-timbun lagi untuk disenaraikan. Memandangkan aku minat sangat dengan Too Phat, memang bertimbun kaset diorang nak beli. Kalau tak silap, lebih daripada dua biji kaset aku ada untuk Too Phat. Minat punya pasal kan?! Kah3!!
Itulah dia lima artis yang pernah aku beli kaset diorang. Aku takkan bazirkan duit aku untuk beli kaset artis yang aku rasa tak best ataupun bukan taste aku : dan lima artis di atas memang terbaik punya pada pendapat aku. Zaman sekarang memang payah nak jumpa kaset dan walkman. Kelima-lima kaset diatas aku beli kat Pasar Malam. Kalau tak silap harga dalam RM5.00 to RM10.00. Kira mahallah zaman aku dulu. Nak beli yang ori tapi tak mampu. Sekarang nie CD berlambak-lambak dan kat internet pun ada pelbagai. But still kenangan bersama walkman dan kaset memang amat bermakna. Oh ya, aku nak mintak tolong korang vote aku untuk DiGI WOW Awards bagi kategori Picture of The Year yerk. Kalau rajin undilah setiap hari sebab satu hari, boleh undi sekali sahaja. Jasa dan bantuan korang amat dihargai!!
*Korang pulak pernah beli kaset pape tak? Pasar malam punya pun tak kisah*
[Minta jasa baik untuk undi Picture of The Year yerk : Isyhhh.Segannya saya minta vote]







