My Followers Who Follow My Blog

Thursday, May 05, 2011

5 Artis Kaset Walkman Pasar Malam Pernah Aku Beli

Kaset? Walkman?! Korang mesti kenal ataupun pernah tahu kewujudan kaset dan walkman kan? Sebelum munculnya gadget-gadget canggih seperti MP3 Players dan Ipod Nano, sebelum wujudnya website-website download lagu free dan sebelum mampunya seorang sebiji laptop : walkman dan kasetlah yang menjadi sumber hiburan. Aku pernah ada dua biji walkman jenama Panasonic : selepas salah satu kena curi semasa zaman asrama dulu yakni enam tahun yang lepas. Waktu tu kalau boleh 24 jam nak angkut walkman sebab nak dengar muzik dan radio. Harga pun boleh tahan mahal yakni dalam RM150. Kira mahallah masa tu. Ahakz!


linkin park system of a down westlife>Inilah dia walkman aku dulu : Panasonic RQ-CR07V<


linkin park system of a down westlife>Wohoho! Ada walkman pastu dengar lagu Linkin Park<


Tapi kalau takda kaset, tak guna jugak ada walkman. Aku selalunya pinjam kaset member-member aku sebab nak beli rasa macam tak berbaloi. Tapi kalau difikirkan balik : beli cd lagu zaman sekarang lagi tak berbaloi sebab lagu zaman aku sekolah menengah dulu lagi best. Walaupun aku selalu pinjam kaset member aku tapi aku pun ada jugak beli kaset aku sendiri. Tapi aku just beli kaset beberapa artis sahaja : tu pun just satu dua album. Antara artis yang bertuah itu adalah :

Kaset No. 01 Beli Linkin Park : Aku memang bebetul fanatic dengan Linkin Park : lagi-lagi dengan album Hybrid Theory diorang. Lagu seperti In The End, Numb dan bertimbun-timbun lagi memang aku dah boleh siap hafal lirik lagi. Sampai sekarang aku masih lagi layan Linkin Park dan setia dengan diorang. Tapi kalau korang nak tahu, aku bukan beli kaset album Hybrid Theory tapi aku beli kaset album kompilasi diorang feat Jay-Z. Bagi yang minat Linkin Park mesti tahu kan?! *kihkihkih*


linkin park system of a down westlife>Inilah dia kaset yang aku beli dulu : selalu dengar dalam bas<


linkin park system of a down westlife>System of A Down : Pernah ke korang dengar lagu diorang di radio?<


Kaset No. 02 Beli System of A Down : Kalau tak silap aku lagu diorang tak leh masuk Malaysia atas sebab-sebab tertentu. SOAD ini memang heavy metal punya rockers la. Lagu diorang dalam satu kaset tu mesti semuanya best : lagi-lagi Chop Suey dan Toxicity. Bagi yang layan rock, mesti pernah dengan lagu SOAD nie. Bagi yang tak tahu, cubalah korang cari lagu Chop Suey di Youtube. Oh ya, aku tak beli kaset untuk lagu nie tapi hampir terbeli sebab member aku taknak jual. Kes susah payah nak dapat punya pasal. =.="

Kaset No. 03 Beli Westlife : Wakakaka! Dua artis diatas punyalah heavy metal rockers tetapi tetiba ada taste muzik jiwang pulak eh? Aku memang hard core fan Westlife jugaklah. Aku tak ingat kaset yang mana satu aku beli tapi yang pasti dalam tu semua lagu yang best punya. Time aku nak layan jiwang, pasang lagu Westlife nie lah. Korang kenal Blue? Muzik Blue pun aku layan jugak. Sempatlah jugak aku beli kaset yang ada lagu Allrise tu sebelum diorang berpecah.


linkin park system of a down westlife>Diorang memang best tul lagu diorang : walaupun jiwang<


linkin park system of a down westlife>Dulu berlima dan sekarang berempat<


Kaset No. 04 Saleem (IKLIM) : Jangan risau korang semua : aku pun layan artis tempatan jugak. Dalam ramai-ramai artis tempatan, aku paling suka Siti Nurhaliza tapi aku tak la pulak beli kaset dia. Aku just beli kaset Saleem ataupun Iklim sebab diorang nie orang Terengganu dan muzik diorang memang best. Suara Saleem memang terbaiklah. Kalau ada kaset komplikasi Saleem dan Slam pun aku angkut jugak sebab Zamani pun best jugak suara dia. Tak macam artis sekarang!

Kaset No. 05 Too Phat : Korang kenal Too Phat? Bagi mereka yang suka muzik hip hop dan mengikut artis tempatan, korang confirm WAJIB kenal Too Phat. Aku memang suka sangat dengan lagu-lagu diorang : Ala Canggung, Anak Ayam, If I Die Tonight dan bertimbun-timbun lagi untuk disenaraikan. Memandangkan aku minat sangat dengan Too Phat, memang bertimbun kaset diorang nak beli. Kalau tak silap, lebih daripada dua biji kaset aku ada untuk Too Phat. Minat punya pasal kan?! Kah3!!


linkin park system of a down westlife>Saleem Iklim pun berbaloi juga kalau nak beli kaset diorang<


linkin park system of a down westlife>Too Phat masa zaman diorang UP memang best tul layan<


linkin park system of a down westlife>Jasa korang untuk vote "saya" bagi award ini amat "saya" terima kasih<


Itulah dia lima artis yang pernah aku beli kaset diorang. Aku takkan bazirkan duit aku untuk beli kaset artis yang aku rasa tak best ataupun bukan taste aku : dan lima artis di atas memang terbaik punya pada pendapat aku. Zaman sekarang memang payah nak jumpa kaset dan walkman. Kelima-lima kaset diatas aku beli kat Pasar Malam. Kalau tak silap harga dalam RM5.00 to RM10.00. Kira mahallah zaman aku dulu. Nak beli yang ori tapi tak mampu. Sekarang nie CD berlambak-lambak dan kat internet pun ada pelbagai. But still kenangan bersama walkman dan kaset memang amat bermakna. Oh ya, aku nak mintak tolong korang vote aku untuk DiGI WOW Awards bagi kategori Picture of The Year yerk. Kalau rajin undilah setiap hari sebab satu hari, boleh undi sekali sahaja. Jasa dan bantuan korang amat dihargai!!


*Korang pulak pernah beli kaset pape tak? Pasar malam punya pun tak kisah*
[Minta jasa baik untuk undi Picture of The Year yerk : Isyhhh.Segannya saya minta vote]

23 comments:

GamUHU said...

penah ada kaset jugak. tapi abang bagi ilang. uhuk! uhuk! ;(

IRAH HAJERAH AZMAN said...

hahaha. aku ada 1 je. jenama sony. bila kita form 2 aku up sket, pakai cd player, jenama sony gak. CD-CD senang nak carik cetak rompak berbanding dengan kaset. Lepas tu dalam 1 cd lagu byk2 seyh. tp linkin park sama too phat aku beli ori. Obses punya pasal. Kalau linkin dulu aku minat mikshinoda. gile hensem tak hingat dunia. hoho

IRAH HAJERAH AZMAN said...

jap, linkin yg best lagu numb. sampai skang lekat kat kepala :p

Anonymous said...

fara pun ada gak, sony punya. sekarang jadi hiasan je.
dunia da maju, haha
wetlife , layannn :))

Unknown said...

e'eeh walkman kite same la
*tentibe excited*

tapi skrg tataw da tang mana letakny

Halimatun Sa'adiah said...

xpnah de walkman yg de kaset...
walkman radio byk la...

lady-D said...

bnda ni mmg femes time dok asrama kan..rasa bergaya je kalo ada...

SOAD tu dla pun suke..lagu2 dia best walaupun agak hard rock..hehe..plg suke lagu hypnotize, radio&video, lonely day tu..dia x bape keras sgt

♥MiZz-siHa♥ said...

penah beli kaset slam n ukays..hhehe

fusherna said...

assalamualaikum adik,

saya google je jumpa blog awak ni. adik saya akan ke london untuk praktikal 3-4 bulan dengan martrade di curzon st london bulan 7-11 ni. jadi nak cr penginapan utk tempoh tu. oh ye, dia perempuan dan berdua dgn kawan dia. jadi nak tanya kalau adik blh tanyakan student2 perempuan msia kat sana utk sewakam bilik/ruang utk tempoh tu.budget less than 400 pound/month. pls email akak fusherna@yahoo.com. thanks!

z said...

tak percaya pernah ade kaset BOBOY dulu..hahaha

RIAN said...

dulu2 suka beli kaset nasyid je. nasyid dulu2 lah. share minat dengan ayah. sampai skang kalau dengar je lagu nasyid dulu2, teringat ayah. =)

Unknown said...

bro..sama la kaset yg beli tu...westlife,linkin park..hehehe...

diariperjalanan said...

walkman..tak sempat nak merasa

NIZAM said...

aku suke part westlife n blue. dulu ms skolah menengah ptg2 borak ngn member sekampung depan umah/ kah. nostalgik.boral pasal lagu2 dorang.

ko lagi tua dari aku bro. kira aku lagi byk kenangan ngn lagu2 ni dari ko. hehe..

ok. sekian. aku suke bc blog ko ni. :)

sjaa64 said...

ahha..zaman dulu2 gitu la...guna kaset jep..hoho

brw, mana butang komen latest entry ko??xjumpa..haaaaaaaha,baru nak mengomen :P

Muttallif said...

Argghh..pernah dulu gunakan benda tu untuk belaja...Gedabak besarnya.Tapi, asalkan puas hati je dapat dengar lagu kecintaan..huhuhuhu

yui said...

pernah dengar fantastic females x? album kompilasi artis2 perempuan... haha aku ada satu kaset tu saja..yang slalu dengarlah..

fathiah said...

aku suke westlife :)

caliph shuriken said...

ada jgak walkman sony.. klau kaset tu dulu beli KRU & Megahits (album kompilasi), hikk...

zuhaida said...

suka westlife jugak , hee .
lagu dia best jugak :)

Unknown said...

xpernah beli... daddy je yg beli,... hahah... dulu ada gak walkman cam tuuuu... best woh... org jeles ja tgk... *cheh... bngga sgt... -.-

Nur Izzma Hanis Abdul Halim said...

pernah beli jugak .. sony punya .. mase tuh , dalam tahun 2004 tak silap nye .. yang kene letak kaset .. kalo nak pasang radio , kena putar kuat kuat butang tuh tuk cari siaran .. wane biru lagi koot .. HAHA !

obat stroke alami said...

selamat beraktivitas. . .mari kita awali aktivitas hari ini dengan menyimak informasi yang aktual di halaman yang sangat luar biasa ini !!!

    Related Posts with Thumbnails