My Followers Who Follow My Blog

Friday, April 23, 2010

Kontest London dan Mengundi di London, UK

Aku menulis entri lagi?! Biar benar nie yerk!! Buat pertama kalinya aku menulis dua biji entri dalam masa dua hari berturut-turut. Sebenarnya aku takda mood untuk study dan benda yang aku boleh buat dan bermanfaat adalah dengan hanya menulis entri baru. Sekarang nie, hidup aku hanya ada dua benda sedang difokus yakni revision dan juga blog. Bangun tengahari dan terus ke library LSE untuk study. Balik pada waktu malam dan terus buka blog : samada update pape yang perlu ataupun entri baru. Oh ya, jangan risau memandangkan aku takkan lupa pasal solat aku. Don't worry yerk~!!


pengalaman pertama mengundi
>Have a hand in history : Tangan aku sekali kan?!<


Hari ini aku ada dua benda baru yang nak diupdate dengan korang semua. Dua benda yang akan aku cerita ini adalah dengan amat pendek dan ringkas seadanya. Dua-dua hanyalah sekadasr pemberitahuan. Satu mengenai Kontest Baca London : Menang London dan satu lagi pasal pilihan raya yang akan datang di UK nie. Jadi, aku harap korang semua takdalah bosan untuk membaca benda-benda yang akan aku mengarut nie. Biasalah kan, orang baru lepas study : kepala tak berapa nak betul sangat. Masih lagi duduk nenong... T__T

Update Satu : Kontest Baca London : Menang London

Untuk sesiapa yang mengikuti blog aku, mesti korang perasan yang aku ada mengadakan satu kontest yang bernama Kontest Baca London : Menang London. Segala maklumat dan details boleh didapati di sini. Namun, aku hairan kerana kontest ini agak kurang mendapat sambutan. Aku pun tak tahu kenapa dan aku taknak tahu pun mengapa. Yang penting, lagi sekali aku menyeru rakyat jelata sekalian bahawa kontest ini akan berterusan sehingga 04 May 2010. Pastikan korang tak ketinggalan untuk join kontest ini. Hadiahnya ialah GBP 15.00 untuk dua orang pemenang bersama-sama keychain London dan juga mouse pad London. Nak cakap hadiah tak menarik, aku dah guna 20% elaun bulanan aku semata-mata untuk kontest ini. Entahlah. Aku pun tak tahu mengapa yerk. -_-"


pengalaman pertama mengundi>Poster utama Kontest Baca London : Menang London<


Update Dua : Official Election Poll Card Aku Dah Sampai!!

Bagi sesiapa yang belum tahu dan buat-buat tak tahu, pilihan raya umum UK akan diadakan pada 06 May 2010 yakni hari Rabu dua minggu lagi. Antara syarat menjadi pengundi di sini ialah menjadi residents UK dan berumur 16 tahun ke atas. Entah macam mana hari itu, aku menggatalkan tangan aku untuk pergi register sebagai pengundi. Senang sahaja nak register sebab 100% menggunakan internet. Dan secara tak langsungnya, aku sudahpun mendaftar sebagai pegundi di United Kingdom walaupun aku masih belum register sebagai pengundi di Malaysia.

Nak dijadikan ceritanya, Official Election Poll Card aku sudahpun sampai pagi tadi dan semalam. Ada dua keping poll card yang mana satu untuk parliment dan satu lagi adalah untuk local government. Oh ya, tujuan dua pool card ini adalah menunjukkan details peribadi aku dan ke mana perlu aku pergi untuk membuang undi. Cuak dan excited pun ada memandangkan ini merupakan kali pertama aku mengundi. Mengundi pulak di negara orang yakni luar Malaysia. Jadi, sebab itu aku nak berkongsi keceriaan aku dengan korang semua. ^_^


pengalaman pertama mengundi>London Local Government Election Pool Card<


pengalaman pertama mengundi>Arahan-arahan mengundi yang perlu dituruti<


pengalaman pertama mengundi>Ini pula ialah Official UK Parliament Pool Card<


pengalaman pertama mengundi>Lagi sekali tata tertib mengundi : Nampak tak?!<


Jadi, itulah dua update yang serba ringkas daripada aku. Kekadang aku hairan dan terfikir, best juga jadi blogger yang popular yerk. Diorang tak perlu ada shoutmix, tak perlu berblogwalking tetapi diorang hanya perlu menulis entri. Tetapi, pada masa yang sama aku rasa gembira memandangkan aku ada korang semua sebagai pembaca dan pengikut setia kisah poyo aku di London dan juga peribadi aku di masa akan datang. Terima kasih, arigato, jazakallah khair dan semualah yang korang rasa perlu diucapkan. Akan aku terus supply entries yang fresh dan berkualiti dari ladang untuk korang semua. InsyAllah~!!


*Jom join kontest yang aku buat dan promotekan tu*
[Mengundi?! Siapa patut aku sokong yerk?! BN or KeADILan?!]
    Related Posts with Thumbnails