My Followers Who Follow My Blog

Friday, July 27, 2012

Goodbye London : Thanks for The Great 3 Years

Lebih kurang 56 jam yang lepas yakni pada pukul 5.45 petang hari Rabu, aku menjejakkan kaki di KLIA dan lebih kurang 52 jam yang lepas yakni pada pukul 9.45 malam, pada hari yang sama; aku menjejakkan kaki di rumahku di Losong, Terengganu. Memang perjalanan dan pernebangan yang amat memenatkan dari bumi London, United Kingdom ke Malaysia; lagi-lagi dalam bulan Ramadhan. Oh ya, sebelum berceloteh lagi panjang, ingin aku ucapkan seribu kemaafan kerana lama mendiamkan diri : mostly sebab aku sibuk dengan final year exams dan juga Graduation Ceremony aku. Ditambahkan pula mak dan member aku ada turun ke London bagi meraikan majlis graduasi tersebut, boleh tak menang tangan aku jawabnya. Ahakz!!

>Sedang berehat dan berjemur di Edinburgh, Scotland<


>Sedikit sebanyak sedutan dari Old Trafford, Manchester<


Papepon buat pengetahuan semua; pada hari Jumaat, 13 July 2012; aku telahpun secara rasminya graduate daripada London School of Economics (LSE) dalam bidang Bsc Accounting and Finance. Maka dengan rasminya juga perjalanan aku selama tiga tahun di London , United Kingdom berakhir dengan segulung ijazah daripada LSE. Aku akan sharekan sedikit sebanyak gambar ketika aku graduate dan selebihnya bolehlah di-usha di Facebook aku yerk. Sepanjang tiga tahun di London, banyak yang dapat aku capai or nikmati. Antaranya adalah :
  • Mempeolehi kelulusan second class upper dalam Bsc Accounting and Finance di LSE. Untuk pengetahuan semua, LSE adalah salah satu university yang sentiasa berada dalam Top 5 di UK dan setaraf dengan Oxford, Cambridge, Imperial College dan UCL. Kalau tak percaya, boleh check ranking di Guardian, University Guide dan The Times.
  • Berjaya menjelajah dalam 12 buah negara dan lebih daripada 35 bandar di sekitar Eropah. Kebanyakan perjalanan aku sudah pun dikongsi di dalam entri sebelum nie tetapi masih banyak lagi yang belum diceritakan. Antaranya termasuklah Portugal, Turkey, Scotland, Wales, France dan banyak lagi.
  • Mendapat tawaran untuk bekerja di London, United Kingdom dengan sebuah firma audit firm bernama Flemmings. Pada masa yang sama berjaya melayakkan diri ke peringkat terakhir dalam interview bersama PwC London. Namun akhirnya membuat keputusan untuk membuat professional paper di Ernst and Young Kuala Lumpur; salah satu 4 audit firms terbesar di dunia.


>All England 2012 : Harap Lee Chong Wei menang emas Olympics!<


>Mak di depan Emirates Stadium : Stadium Kebanggaan Arsenal<


  • Walaupun elaun yang dibekalkan oleh PETRONAS adalah tidak sebanyak scholar-scholar yang lain seperti MARA, JPA, Khazanah Nasional dan juga Bank Negara; namun aku mampu mengumpul duit untuk menaja mak aku untuk datang ke London bersempena Graduation Ceremony aku.
  • Berkesempatan berjumpa dan menghadiri program-program disertai watak penting Malaysia. Antaranya adalah sebagai anggota sorak dan kompang untuk Lee Chong Wei di All England 2012, berjumpa Neelofa, Aziz M Osman dan dinner bersama Yasmin Hani, menghadiri talk daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Shahidan Kasim, Dato’ Ahmad Said, Ustaz Asri (Dr Maza) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain; serta banyak lagi.
  • Memandangkan United Kingdom amat terkenal dengan kelab-kelab EPL, aku dengan bangganya mengakui bahawa berjaya menjejakkan kaki di beberapa stadium ternama termasuklah Anfield (Liverpool), Old Trafford (Manchester Utd), Stamford Bridge (Chelsea) dan termasuklah menonton perlawanan sebanyak dua kali di Stadium Arsenal yakni Emirates Stadium. Selain itu, aku juga berkesempatan menonton Roger Federer bermain tenis secara live di O2 Arena dan lepak di Silverstone Circuit Paddock Club untuk Formula One di Britain.


>Sebelum masuk hall untuk Graduation Ceremony di LSE<


>Pakaikan mak aku dengan mortarboard graduation<
  

>Aku dan member-member selepas Graduation Ceremony<


Selain daripada peristiwa-peristiwa di atas, terdapat banyak lagi moments lain yang akan aku sentiasa ingati. Antaranya seperti berkawan dengan kengkawan pelbagai nationality, shopping sakan pada bila-bila masa sahaja yakni samada di online, store ataupun factory outlets; berjemur dan berjoging pada waktu tengah hari dan banyak lagi. Akan aku rindui semuanya. Ahakz!! Papepon sekarang aku dalam proses mencari rumah ataupun bilik untuk disewa yang berdekatan dengan LRT stations seperti LRT Bangsar, Kerinchi, Universiti, Setiawangsa dan lain-lain memandangkan aku akan mula bekerja di Kuala Lumpur pada bulan September nanti. Jadi sekiranya korang ada apa-apa ideas ataupun mencari housemates ataupun anything yang dapat membantu; pastikan korang tinggalkan komen di entri nie ataupun contact aku direct di llonghaffiz@gmail.com. Harap ada yang dapat membantu aku yang agak tak tahu apa-apa pasal Kuala Lumpur nie. InsyAllah!! (^_^)/


*Misi mencari rumah dan bilik sewa di Kuala Lumpur diteruskan : sila advise!<
[Ada sebulan lagi sebelum start bekerja di Pusat Bandar Damansara di Audit Firm EY]
    Related Posts with Thumbnails