My Followers Who Follow My Blog

Friday, July 27, 2012

Goodbye London : Thanks for The Great 3 Years

Lebih kurang 56 jam yang lepas yakni pada pukul 5.45 petang hari Rabu, aku menjejakkan kaki di KLIA dan lebih kurang 52 jam yang lepas yakni pada pukul 9.45 malam, pada hari yang sama; aku menjejakkan kaki di rumahku di Losong, Terengganu. Memang perjalanan dan pernebangan yang amat memenatkan dari bumi London, United Kingdom ke Malaysia; lagi-lagi dalam bulan Ramadhan. Oh ya, sebelum berceloteh lagi panjang, ingin aku ucapkan seribu kemaafan kerana lama mendiamkan diri : mostly sebab aku sibuk dengan final year exams dan juga Graduation Ceremony aku. Ditambahkan pula mak dan member aku ada turun ke London bagi meraikan majlis graduasi tersebut, boleh tak menang tangan aku jawabnya. Ahakz!!

>Sedang berehat dan berjemur di Edinburgh, Scotland<


>Sedikit sebanyak sedutan dari Old Trafford, Manchester<


Papepon buat pengetahuan semua; pada hari Jumaat, 13 July 2012; aku telahpun secara rasminya graduate daripada London School of Economics (LSE) dalam bidang Bsc Accounting and Finance. Maka dengan rasminya juga perjalanan aku selama tiga tahun di London , United Kingdom berakhir dengan segulung ijazah daripada LSE. Aku akan sharekan sedikit sebanyak gambar ketika aku graduate dan selebihnya bolehlah di-usha di Facebook aku yerk. Sepanjang tiga tahun di London, banyak yang dapat aku capai or nikmati. Antaranya adalah :
  • Mempeolehi kelulusan second class upper dalam Bsc Accounting and Finance di LSE. Untuk pengetahuan semua, LSE adalah salah satu university yang sentiasa berada dalam Top 5 di UK dan setaraf dengan Oxford, Cambridge, Imperial College dan UCL. Kalau tak percaya, boleh check ranking di Guardian, University Guide dan The Times.
  • Berjaya menjelajah dalam 12 buah negara dan lebih daripada 35 bandar di sekitar Eropah. Kebanyakan perjalanan aku sudah pun dikongsi di dalam entri sebelum nie tetapi masih banyak lagi yang belum diceritakan. Antaranya termasuklah Portugal, Turkey, Scotland, Wales, France dan banyak lagi.
  • Mendapat tawaran untuk bekerja di London, United Kingdom dengan sebuah firma audit firm bernama Flemmings. Pada masa yang sama berjaya melayakkan diri ke peringkat terakhir dalam interview bersama PwC London. Namun akhirnya membuat keputusan untuk membuat professional paper di Ernst and Young Kuala Lumpur; salah satu 4 audit firms terbesar di dunia.


>All England 2012 : Harap Lee Chong Wei menang emas Olympics!<


>Mak di depan Emirates Stadium : Stadium Kebanggaan Arsenal<


  • Walaupun elaun yang dibekalkan oleh PETRONAS adalah tidak sebanyak scholar-scholar yang lain seperti MARA, JPA, Khazanah Nasional dan juga Bank Negara; namun aku mampu mengumpul duit untuk menaja mak aku untuk datang ke London bersempena Graduation Ceremony aku.
  • Berkesempatan berjumpa dan menghadiri program-program disertai watak penting Malaysia. Antaranya adalah sebagai anggota sorak dan kompang untuk Lee Chong Wei di All England 2012, berjumpa Neelofa, Aziz M Osman dan dinner bersama Yasmin Hani, menghadiri talk daripada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Shahidan Kasim, Dato’ Ahmad Said, Ustaz Asri (Dr Maza) dan ramai lagi tokoh-tokoh lain; serta banyak lagi.
  • Memandangkan United Kingdom amat terkenal dengan kelab-kelab EPL, aku dengan bangganya mengakui bahawa berjaya menjejakkan kaki di beberapa stadium ternama termasuklah Anfield (Liverpool), Old Trafford (Manchester Utd), Stamford Bridge (Chelsea) dan termasuklah menonton perlawanan sebanyak dua kali di Stadium Arsenal yakni Emirates Stadium. Selain itu, aku juga berkesempatan menonton Roger Federer bermain tenis secara live di O2 Arena dan lepak di Silverstone Circuit Paddock Club untuk Formula One di Britain.


>Sebelum masuk hall untuk Graduation Ceremony di LSE<


>Pakaikan mak aku dengan mortarboard graduation<
  

>Aku dan member-member selepas Graduation Ceremony<


Selain daripada peristiwa-peristiwa di atas, terdapat banyak lagi moments lain yang akan aku sentiasa ingati. Antaranya seperti berkawan dengan kengkawan pelbagai nationality, shopping sakan pada bila-bila masa sahaja yakni samada di online, store ataupun factory outlets; berjemur dan berjoging pada waktu tengah hari dan banyak lagi. Akan aku rindui semuanya. Ahakz!! Papepon sekarang aku dalam proses mencari rumah ataupun bilik untuk disewa yang berdekatan dengan LRT stations seperti LRT Bangsar, Kerinchi, Universiti, Setiawangsa dan lain-lain memandangkan aku akan mula bekerja di Kuala Lumpur pada bulan September nanti. Jadi sekiranya korang ada apa-apa ideas ataupun mencari housemates ataupun anything yang dapat membantu; pastikan korang tinggalkan komen di entri nie ataupun contact aku direct di llonghaffiz@gmail.com. Harap ada yang dapat membantu aku yang agak tak tahu apa-apa pasal Kuala Lumpur nie. InsyAllah!! (^_^)/


*Misi mencari rumah dan bilik sewa di Kuala Lumpur diteruskan : sila advise!<
[Ada sebulan lagi sebelum start bekerja di Pusat Bandar Damansara di Audit Firm EY]

46 comments:

εïзmmyHazaεïз said...

Conrate. Congrate :)

nurazza abdullah said...

cam dekat area umh Akk je tu...klu ada Akk inform k :-)

Unknown said...

Tahniah along, akhirnya....
Lepas ni kerja, bertunang (ke sudah?), kumpul duit beli rumah, kereta, kahwin...blabla..

errr...taknak berjemur kat pantai Trengganu ke? konpem gelap!

si ngokngek said...

congratulations..untunglah banyak experience..haha

NIZAM said...

Hai Long,

dah habis ek? macam tak cy. aku stat baca blog ni 2 tahun lepas. tup2 ko dah grad dah pun. tahniah :) LSE tu. pergh!!! welcome back to Malaysia Long. :D

EmbunRosaliza said...

Assalam haffiz, lama tak singgah, patut la lama senyap je, tahniah3x. Senyap rupa2nya dh bawa blk segulung ijazah, tahniah lagi sekali dari akk, dan juga tahniah buat mak haffiz yg pandai mendidik anak sehingga berjaya, sejuk perutnya hehe. Akk duduk area bangsar tapi rasanya tak ada rumah utk disewa sekitar sini.

Banyak pengalaman menarik , ada byk juga yg sempat akk ikuti.

Leeya Hezlin said...
This comment has been removed by the author.
Leeya Hezlin said...

congrats..semoga terus success.. :)

gadisworld said...

Alhamdulilah dah tamat belajar..tahniah Dik..kak doakan adik terus cemerlang..:)

nOe suhaimi said...

Tahniah dan selamat kembali ke malaysia n ganu kita... :)

aziahmk said...

tahniah! tahniah! mesti kenangan di london merupakan satu episod yg maha agung dlm hidup awak.

Unknown said...

wah tahniah.. tahniah..
;)

fathiah said...

woww.. tahniah2.. best nye :) dah nak keje pulop tu.. ganu kite :D

Prof.Asyrof Asri said...

ASsalammualaikumWarohmatullah ...
Congrats Haffiz !! ..
Waa ..da balik habis ke malaysia untuk masuk kerja pula ...waaa !!
SrOnok sangat.. part yang paling Saya seroNok kerana Ibu kepada LongHaffiz berjaya jejaki ke London ..untuk sama-sama merasai nikmat di LondOn ..

That's my dream tOo ..for bawa ibu saya ke Egypt ..untuk merasai nikmat di tanah arab ..

Apa pun Saya rasa serOnok ..kerana melihat suasana ..convO ..dan
terharu sebentar ..akan kecemerlangan haffiz dapat pangkat ke dua tertinggi dalam bidang yang diceburi ..

Haffiz!! jangan lupa Saya taw? ..dah berjaya ...dah kaya !! hahaha ...nanti saya kuala lumpur balik cutiy Saya akan jadikan awak ..ketua pusing2x KL ..Cause da lama x balik malaysia ..sO ...kita fun sama2x ...k

Thanks ..for this post ..im really appreciate ..

Azrul Hisham said...

tahniah bro...sekejap je masa berlalu kan? :)

Yana said...

congrates yerr !

me suya said...

tahniah. waaah tamat jugak akhirnya.. Suya doakan long terus success dunia akhirat

hanieliza said...

Salam..
TAHNIAH...semoga kejayaan sentiasa berada berasama Hafiz...

Ingat tak lagi ngan kakliza..

Selamat berpuasa...

Ayuni said...

tahniah..bangga dgn kejayaan ex PC :)

Sheherazade said...

Alhamdulillah,kalau ade info fasal umah akak bgtau ye

sweet memori,byk pengalaman Long kat sana

Huzniey Saad said...

Tahniah! boleh jadi pembakar semangat ni untuk batch 95 yang nak ambli spm tahun ni.

Termasuk saya. hehe

Anonymous said...

tahniah long haffiz...aku salah seorang pembaca setia blog ko..hehe..slmt melangkah ke alam pekerjaan

~LoVE PiNk~ said...

thniah..

hee btw welcome back malaysia...:)

Arlida Abdullah said...

wah dah balik Malaysia for good ye??

congrats on ur graduation :)

blog-tips-kurus said...

anak mak dah grade? tahniah nak. sangat bertuah, banyak pengalaman ye..

klu kije PBD, dok area Segambut pon dkt ni. Naik motor vroom vroom cepat je sampai.. (>.<)

f i d a j a c o b said...

Eh awak, ni dulu intern dekat EY tax kan.. selalu duk tengok comment kat FB tini. hahahaha... perasan sebab nama longhaffiz ni sgt senang untuk dicam,, ala2 unik sebegitu...

btw, welcome to EY! Anddd, masuk tax lagi kah anda?

K tu je.

ahmoi_chanteq said...

Congratulation bro !!! Selamat berpuasa =]=]=]

Lyna Ismail said...

Tahniah hafiz. Best la 3 tahun kat UK. Pelbagai pengalaman hafiz dpt kn. Btw, selamat berpuasa. :)

Anonymous said...

tahniah saudara Long Haffiz!
tumpang bangga dengan kejayaan anda;))

Delimasari said...

tahniah Hafiz -

Ernie Khairina said...

Salam Hafiz

Tahniah ye..dah habis belajar. k ernie ada emelkan file utk penulis jemputan blog awak ni dengan beberapa gambar. Awak dapat tak emel tu?

mfadhlan said...

Tahniah sebab dah grad terus dapat kerja. Bertuah la belajar pandai2 dapat biasiswa, balik Malaysia kerja bagus.
Teruskan usaha blogging, dan semoga maju jaya dalam apa saja yang diimpikan.

sweetie said...

TAHNIAH Long!

ecadwinkyasha said...

wahhh..da balik msia....and congrats!

Engku Artini said...

tahniah !! dah grad dan dapat bawa ibu ke london gitu!!.. orang losong je rupenya.. samela kita.. bangga tau!!

Berkat Herbal said...

Berkunjung disini,,salam kenal..^^

H I said...

congrates!

#thelagidanlagi said...

salam. leh bagi fb abang x??

CikMunBlogger said...

wah ! best nye dapat ke London .
dah grade lagi . tahniah ! :D

bila lah turn saya ke London pulak kan . k berangan ! huhu :D

caliph shuriken said...

sori bru smpat singgah sini.. congratz bro, smoga trus sukses..

selamat hari raya & maaf zahir batin ^^

Mime MF said...

congrats~ syioknya tgk depa;)

Unknown said...

ewah..bestnye kat london..btw ..congrate..~n selamat hari raya..^^

Anonymous said...

Salam brader,

Congrats sebab dah grad LSE. Aku pun dulu grad kat Leicester. Last year masa holiday kat London/Europe dengan family actually aku ada nampak ko dengan kawan2 ko kat Malaysia Hall cafe. Masa tu Christmas Eve 2011. Ramai gila orang masa tu sampai tak cukup kerusi meja. Dr Maza and family pun ada gak malam tu. Ingat nak tegur ko tapi ramai sangat orang nak gerak pun susah.
Since ko akan kerja kat Menara Millenium, ko cari rumah sewa area Pantai Dalam la senang. Banyak apartment kat situ. Kalau ada modal sikit naik motor la senang kerja kat KL ni. Jangan peduli sangat dengan kata2 orang yang tak begitu positif. Jangan join crowd yang tak senonoh dah. Aku macam ko jugak dulu, habis grad kerja kat KL (takde sedara kat sini), menapak satu per satu sampai sekarang alhamdulillah ok la jugak. To be frank, you should have stayed in London to gain some experience. KL is not what it used to be masa aku baru grad. Kalau gaji ko setakat 5-6k awal2 ni, nak beli rumah boleh dapat area Nilai or Rawang dan sewaktu dengannnya la. Government dont really care about rakyat kebanyakan. Anyway, ABU.

II

Diari Si Froggie said...

Tahniah! tahniah! sudah tamat belajar dan semoga berjaya memulakan kehidupan baru di sini :)

mrs kayrul said...

tahniah..abis dah belajar..

tapi satu la yang saya perasan, awak makin berisi la bila dah graduate nie

MISS DIVA said...

congrats dah abis belajar..ms kecik2 dulu bercita-cita nak belajar kat oversea pas abis belajar terus keja sana..tp smpai skrg blom tercapai lagi cita2 itu..kehkehkeh

    Related Posts with Thumbnails