My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, September 29, 2010

Kini Aku di London

Ini merupakan entri pertama aku di London selepas kembalinya aku daripada bercuti di Malaysia. Kalau korang semua nak tahu, aku sampai di sini pagi Isnin lepas : maknanya waktu petang hari Isnin di Malaysia. Memang memenatkan betul travel selama 17 jam di dalam flight : termasuk transit dalam dua jam lebih di Abu Dhabi. Namun, yang paling penting ialah aku sampai dengan selamatnya di London. Alhamdulillah. *wink2!!*


kembali ke london>Gambar yang diambil semasa aku transit di Abu Dhabi<


Buat masa sekarang, aku sibuk dengan process settle down memandangkan aku sekarang stay di luar bersama beberapa students Malaysia yang lain. Kalau sebelum nie aku stay di University Hall dan semuanya sudah tersedia : elektrik, gas heater, air dan internet. Namun, di rumah baru nie kami semua terpaksa bekerja keras untuk apply dan register semuanya dengan sendiri. Sebagai contoh, internet di rumah aku nie hanya akan diinstall pada 20 Oktober kerana ada banyak process yang perlu dilalui. So, sekarang aku bergantung sepenuhnya kepada internet handphone aku. Entah larat ke tak?! *muehehehe*


kembali ke london>Beginilah saiz beg kargo aku kalau korang nak tahu<


kembali ke london>Plan asal nak naik atas camel tu ambil gambar tapi malulah<


Memandangkan aku takda sumber internet yang tetap sekarang, maka segala urusan yang memerlukan internet seperti blog, Facebook, mail dan macam-macam lagi akan tertangguh buat sementara waktu. So, kalau korang semua rindukan any kisah daripada London : korang boleh untuk khatamkan entri-entri yang lepas yerk. Nanti kalau ada kesempatan, aku akan berceloteh panjang mengenai rumah baru aku nie. Kalau ada masa dan keizinan jugak, aku nak rakam video di sekitar rumah : so,bolehlah korang agak samada reasonable tak price yang diletakkan dengan kondisi rumah. *kuikuikui*

Oh ya, pada sebelah petang hari Isnin (hari yang aku balik), kami semua pergi mengambil barang-barang kami di storage. Memang berat dan banyak giler bebarang aku yang aku tak bawak balik Malaysia. Kalau timbang semua sekali, boleh mencecah ratusan kilo. *Aku serius nie tau!!* Kalau nak angkut bebarang tu semua menaiki tube, memang sengsaralah jawabnya. So, kami semua decide untuk menyewa sebuah kereta 7 seaters bersama pemandunya sekali untuk tolong kami hantarkan barang dari tempat storage ke rumah kami. Cas yang dikenakan ialah GBP 30.00 (RM150.00) untuk sejam. To be honest : memang agak reasonable la. ^_^


kembali ke london>Nie gambar bulan enam lepas yakni masa aku sibuk berkemas pulang<


kembali ke london>Permandangan dari terminal di Heathrow : itulah flight Ettihad aku<


Buat masa sekarang, mungkin aku akan kerap turun naik LSE memandangkan masih tiada internet di rumah aku. Sekiranya aku terlampau asyik menggunakan mobile phone, aku bimbang sekirany caj berlebihan akan dikenakan. Well : camnielah London yakni penuh dengan hidden cost di mana-mana sahaja. Kalau untuk berblogwalking, mungkin aku masih belum ada kesempatan. Namun, aku akan cuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk terus membekalkan entri fresh dari London : hanya di Blog Coretan Perantau!! (^_^)/


*Mari kita sama-sama berpuasa enam bagi yang belum langsai*
[Per kes cuaca sejuk bangat di musim autumn nie : Lum masuk winter lagi]

Wednesday, September 22, 2010

Generasi Aku & Generasi Adik Aku Edisi Kedua

Kecoh dunia blogger sekarang dengan masalah malware yang timbul daripada blog-blog beriklankan Innity yerk. Sekiranya korang ada linkkan any blog berInnity, korang akan turut menerima tempiasnya. Yang ajaibnya adalah blog aku terselamat walapun ada Innity. Kalau korang nak tahu, program Innity di Indonesia telah diserang malware dan ini menyebabkan Google memblacklist domain Innity.net secara seluruhnya. Sebab itulah publishers iklan Innity turut terkena kesannya. Isyh3!!


zaman kanak-kanak>Adik korang ker nie?! Generasi zaman sekarang kut<


zaman kanak-kanak>Enam generasi berbeza akan menempuh enam peristiwa berbeza<


Papepon, problem tu kini dalam proses penyelesaian dan Google sudah pun memberi lampu hijau : jadi tak perlulah risau yerk!! ^_^ Sekarang : kita kembali ke topic asal!! Sebenarnya aku nak tulis entri lanjutan kepada Entri Generasi Aku & Generasi Adik Aku sebelum nie. Jadi, mari kita semua layan perbezaan lain antara dua generasi tersebut :

Generasi Aku : Masa kecil-kecil dahulu : bila cikgu tanya apakah cita-cita bila besar nanti, mesti kita semua dah boleh agak jawapannya kan. Ada yang nak jadi tentera, ada nak jadi doctor dan yang paling common adalah nak jadi cikgu. Kadang-kadang satu kelas nak jadi cikgu. Aku pun pernah terfikir nak jadi cikgu dulu. *kuikuikui*
Generasi Adik Aku : Kalau ditanya dengan budak-budak zaman sekarang mesti ramai pakat nak jadi macam Mawi dan Siti Nurhaliza. Apa kelas kalau jadi cikgu ataupun askar kan?! Kalau jadi artis ataupun pelakon, lagi cepat nak popular dan boleh masuk TV. Cuba tanya adik korang kalau tak caya!!


zaman kanak-kanak>Masa dulu ramai yang berminat nak jadi askar ataupun cikgu<


zaman kanak-kanak>Tapi generasi adik aku lagi suka jadi artis kut. Ahakz!!<


zaman kanak-kanak>Kekadang aku pun terlayan jugak cerita bebudak kecil nie<


Generasi Aku : Kalau dapat sepasang baju baru setiap tahun pun dah cukup okay : tak kisahlah samada baju sekolah ataupun baju raya. Kadang-kadang pakai baju raya yang sama dengan tahun lepas pun tak kisah. Kasut pakai bertahun-tahun pun macho jer.
Generasi Adik Aku : Baju raya mestilah ada banyak pasang : kadang-kadang sampai tak terpakai langsung pun ada. Selepas tu, baju sekolah kalau boleh nak tukar setiap tahun sebab lasak sangat pakai. Kasut pulak nak kena brand up to date walaupun mahal. Aku tak camtu pun. TT__TT

Generasi Aku : Setiap buku-buku folio yang aku buat dulu, aku kena tulis tangan dan bahan-bahan rujukan ialah kertas-kertas surat khabar dan buku-buku di library. Kalau tak cukup, terpaksa pergi pinjam buku rujukan kawan dan photostat. Kepayahan untuk study tu jelas terasa!!
Generasi Adik Aku : Bak kata iklan popular : semuanya di jari anda. Bila aku tengok adik aku buat buku folio Geografi dia, semuanya dapat ditaip dengan mudah menggunakan komputer. Selain itu, segala bahan rujukan boleh di Google terus. Tapi tak siap gak sebab malas nak study kan?! *kehkehkeh*


zaman kanak-kanak>Kalau nak buat assignments, semunya bertaip : takyah tulis tangan<


zaman kanak-kanak>Aku kenal Friendster masa tingkatan empat : korang pulak camner?!<


Generasi Aku : Aku mengenali Friendster pada umur Tingkatan Empat
Generasi Adik Aku : Adik aku mengenali Facebook pada umur Darjah Enam.

Masa makin berlalu dan semua di generasi lalu mungkin makin dilupakan. Walaupun dulu tak seperfect dan secanggih sekarang tapi aku rasa aku lagi lepak, lagi bahagia dan lagi indah ketika di generasi aku dulu. Takda nak rushing-rushing kut. Korang pulak rasa camner?! Any perbezaan antara dua generasi yang mungkin aku tertinggal?! Sharelah dengan semua!!


*Semalam aku full scan laptop sebab banyak masuk website bermalware*
[Besok ada rumah terbuka di library : wajarlah aku datang lagi ke sini]

Tuesday, September 21, 2010

Kurang Seminggu Kembali ke London

Semalam aku sibuk dengan usaha untuk upgrade blog aku dan hasilnya wujudlah page baru : Page Formspring & Exchange Banner FoC. Jadi, sesiapa yang mahu exchange banner Free of Charge, korang bolehlah untuk rujuk page tersebut. Selain daripada itu, aku turut menghabiskan dalam RM50 untuk usaha pengiklanan jangka panjang di blog-blog lain. Sekiranya korang ada pakej iklan jangka panjang yang menarik : sila mail aku di llonghaffiz@gmail.com yerk. *muehehehe*


london>Kembali ke London bermakna kembali kepada kehidupan sebegini<


london>Banyaknya barang nak kena packing : Siapa mahu tolong??<

Sedar tak sedar cuti empat bulan aku di Malaysia hampir sampai ke penghujungnya. Hari Ahad nie bersamaan 26 September, aku akan menaiki flight pulang ke London, United Kingdom pada sebelah malam. Jadi, kurang daripada seminggu untuk pulang, aku nak share beberapa statement di sini. Antaranya ialah :


01. Yang Ingin Dibuat : Aku ingin iklankan blog aku di mana-mana blog yang sudi memandangkan aku nak settlekan payment sebelum aku kembali ke UK. Selain itu, aku jugak nak makan any jenis makanan yang masih belum aku cuba sepanjang di Malaysia : korang ada cadangan apa-apa tak?! Ahakz!! Bebarang yang perlu dibawa balik ke London turut perlu disettlekan kesemuanya supaya tiada yang tertinggal. Segala dokumen pun mesti dipastikan terurus. *kuikuikui*


02. Yang Dirindui : Aku akui memanglah London best tapi tetap jauh bezanya dengan Malaysia. Kalau di sana, mesti aku akan rasa lonely sebab ramai member kamcing ada di sini. Selamatlah wujudnya blog nie dan internet sebagai peneman dengan korang semua. Selain itu, aku mesti akan rindukan family : tiada lagi peluang untuk lepak bersama sampai tahun depan. Sobs2!! TT__TT


london>Memandangkan payah nak cari McD & KFC halal : kena makan bebanyak<


london>Lauk-pauk semua tetap kena punggah jugak nie<



03. Yang Diharapkan : Aku harapkan agak my second year akan jadi better berbanding tahun pertama. Aku ingin luangkan lebih banyak masa untuk focus study dan pada masa yang sama nak cari part time di sana. Jadi, aku kena kurangkan join aktiviti yang kurang berfaedah. Selain itu, aku nak improve skill memasak dan terus memajukan blog aku nie. Harap korang semua dapat beri sokongan yerk!!


04. Ucapan penutup : Doakan agar aku selamat sampai di London pada pagi Isnin, 27 September tu dan segala urusan sepanjang aku berada di UK dipermudahkan. Harapnya semua berjalan lancar sepanjang aku di sana sebelum aku balik ke Malaysia semasa cuti summer tahun depan. Amin~!!


london>Gambar potret keluarga selepas diedit semasa Hari Raya<



Aku akui yang memang cepat tul masa berlalu dan aku dah nak ready untuk balik ke UK dah. Sepanjang aku berada di Malaysia, macam-macam benda berlaku dan yang paling latest adalah pasal tiga watak utama yang sudah meninggalkan kita semua. Takziah kepada keluarga Sosilawati, M.Rajoli dan blogger TTT atas kehilangan mereka bertiga. Sesungguhnya mereka adalah permata dalam hidup kita semua dan moga roh mereka dicucuri rahmat. Al-Fatihah!! InsyAllah : sama-sama kita semua doakan kesejahteraan mereka dan kita semua yerk!! ^_^



*Sesiapa yang exchange banner tu : aku selalu buat spot check tau*
[Mari membeli kelengkapan yang belum cukup : Mari mencari di merata tempat]

Saturday, September 18, 2010

6 Jenis Handphone Yang Pernah Aku Guna

Aku percaya korang semua mesti pernah menggunakan handphone kan?! Kalau tak pernah guna, aku memang terdiam seribu bahasalah. Zaman sekarang nie, budak sekolah rendah pun dah ada handphone canggih tahap 3G tau : berbeza dengan zaman aku kecil-kecil dahulu. Aku mula mengenal handphone semasa aku di Form Three dan sekarang boleh dikira expert jugaklah bab nie. Sejak daripada zaman tu sampai sekarang, dah banyak kali aku bertukar phone. Antara phone yang aku pernah guna ialah :

review handphone
>Hasil kerja pertama aku dalam bidang Adobe : tak cantik!!<


Phone No.01 : Samsung Lipat (errr..model tak ingat) – February 2005
Komen serba sedikit : Ini merupakan handphone pertama yang aku miliki dalam hidup aku dan ia dibeli semasa aku baru nak masuk Form Four. Masa tu memang aku tak tahu langsung tentang brand dan function yang berkaitan : aku just target handhpone lipat jer sebab nampak macho sedikit. Last sekali handphone nie rosak skrin selepas 9 bulan aku guna. Cepat tul rosak!! TT__TT

Phone No.02 : Nokia 2300 – February 2006
Komen serba sedikit : Nokia 2300 merupakan handphone Nokia cikai yang boleh digunakan untuk mendengar radio, mesej dan call : SAHAJA. Selepas Samsung lipat aku rosak, aku pun nak hantar kedai baiki dan mendapati kosnya ialah RM200++ So, better aku angkut Nokia 2300 nie daripada baiki Samsung tu. Handphone nie masih tahan lasak selepas pelbagai dugaan bersama. Ahakz!!



review handphone
>Aku pernah guna handphone Samsung zaman muda-muda dulu<


Phone No.03 : Sony Ericsson K750i – January 2007
Komen serba sedikit : Aku menggunakan Nokia 2300 selepas zaman Samsung lipat sehinggalah awal tahun 2007. Aku kumpul duit dan aku gunakan duit tu untuk membeli SE K750i nie. Namun, SE K750i hanya bersama aku selama 3 bulan selepas ia dicuri di masjid semasa hari result SPM aku keluar. Selepas kena bebel dengan mak aku, aku kembali menggunakan Nokia 2300 di atas. Rugi duit aku jer!!

Phone No.04 : Sony Ericsson K610i – July 2007
Komen serba sedikit : Oleh kerana aku berpuas hati dengan handphone Sony Ericsson, maka sebelum aku menjalani program A Level, aku angkut sebiji lagi SE K610i. Kali nie aku beli handphone nie dengan menggunakan duit kejayaan SPM. Sehingga sekarang handphone nie masih up to standard dan dijadikan handphone back-up aku di UK : in case kalau handphone utama aku rosak jer. *muehehehe*



review handphone>Memang handphone nokia jugak yang paling tahan lasak<


review handphone
>Handphone Sony Ericsson nie la yang masih bersama aku sekarang<


Phone No.05 : Sony Ericsson K770i – August 2009
Komen serba sedikit : Sebelum aku ke London, aku plan untuk berjimat sakan di sana. Jadi, aku belilah handphone baru semata-mata untuk aku gunakan di London. Tapi aku on nombor Celcom aku menggunakan handphonne nie sepanjang aku di overseas. Handphone masih lagi bermutu tinggi dan memang nampak masih baru. Handphone kedua utama aku untuk buat masa sekarang. *kuikuikui*

Phone No.06 : Blackberry Curve 8920 – October 2009
Komen serba sedikit : Kepada pembaca blog nie, mesti pernah baca entri aku mengenai blackberry aku kan?! In case yang belum tahu : korang boleh straight untuk membuka entri di sini : Blackberry Curve Aku Diberi Nama Si Pinky. Segala penerangan sudah dipanjang lebarkan di situ yerk. Ahakz!!




review handphone >Sony Ericsson K750i aku kena tibai dengan pencuri<


review handphone
>Aku memang suka brand Sony Ericsson dan boleh diconsider hard-fan<



Itulah enam bijik handphone yang pernah dan masih aku guna pakai sehingga sekarang : empat daripadanya masih dalam keadaan bermutu tinggi.Aku memang tiada plan langsung untuk tukar phone baru ataupun set-up phone contract baru di London. Namun, mungkin ada possibility untuk aku upgrade blackberry curve aku tu. Papepon, aku puas hati dengan keadaan sekarang. Korang pulak camner?! Guna phone per?! Mesti ada yang pernah guna Nokia 3310 kan?! Baling anjing pun tak mati handphone tu. Wakakaka!! ^_^




>Banner di atas merupakan hasil kerja amatur pertama aku : nanti aku update<
[Sesiapa yang rasa nak letak banner blog aku tu : silalah ambil dan bagitahu yerk]

Tuesday, September 14, 2010

4 Masalah Timbul Selepas Raya

Aku perasan yang beberapa hari kebelakangan nie traffic blog tak serancak di bulan Ramadhan. Mungkin korang semua masih sibuk beraya sakan kut. Papepon, blog still perlu dijaga dengan rapi dan entri baru masih perlu ditulis. Dua entri terdahulu : 3 golongan yang terbebas masa 1 Syawal dan 5 golongan yang beraya selepas Hari Raya : mungkin korang masih belum check lagi. Jadi, ringan-ringankanlah tulang korang untuk mengkahatamkan dua entri tersebut. Ahakz!! ^_^


tips kuruskan badan mudah>Macam-macam masalah leh timbul lepas raya tau<


Sekarang masih lagi di dalam mood beraya dan kita semua mungkin tak sedar dengan masalah-masalah yang akan timbul selepas musim Hari Raya. Selepas bergembira, mestilah ada saat kesusahan pulak kan?! *kuikuikui* Papepon, antara masalah yang mungkin timbul selepas musim Hari Raya ialah :

1. Hutang yang bertimbun : Golongan yang sibuk beraya sakan dengan budget yang rendah mesti akan berhutang untuk berbangga di Hari Raya. Selepas itu, semua hutang-hutang tersebut kenalah dibayar semula. Tambah pulak dengan perbelanjaan harian seperti bil-bil yang bertimbun, belanja family dan macam-macam lagi : boleh botak kepala nanti. *muehehehehe*


tips kuruskan badan mudah>Korang rasa nak dibebani hutang?! Selepas raya terasalah<


tips kuruskan badan mudah>Setiap kali balik beraya mesti macam nie lah kesnya<


2. Traffic jam & kereta breakdown : Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat. TT__TT

3. Mengejar dateline : Sekiranya korang apply cuti yang panjang sepanjang raya nie, mesti korang mempunyai waktu yang sedikit untuk siapkan kerja-kerja di pejabat. Pastu, bagi students yang ada exam atau assignments kena hantar selepas raya, confirm masa study korang makin singkat. Jadi, pada masa inilah korang give all out untuk siapkan tugasan yang ada. Wakakaka!! Padan muka korang!!

4. Perselisihan faham : Seperti mana yang aku cakap dalan entri tiga golongan terbebas 1 Syawal, mesti ada yang akan sibuk mengumpat di Hari Raya. Kalau umpatan tu melampau sangat, mungkin akan timbul perselisihan faham selepas Hari Raya. Standardlah Hari Raya nanti semua akan sibuk untuk bermaaf-maafan tetapi selepas Hari Raya, entah apa yang akan jadi. Aku tak tahu!!


tips kuruskan badan mudah>Assignments, homeworks dan memacam lagi menunggu<


tips kuruskan badan mudah>Semasa raya sibuk bergosip. Selepas raya?!!<


Empat masalah di atas merupakan masalah yang mungkin akan timbul selepas musim perayaan habis. Sekiranya korang rasa korang ada risiko untuk menghadapi masalah-masalah di atas, ambillah jalan penyelesaian seawal mungkin. Oh ya, sekiranya korang ada terfikir masalah-masalah lain yang turut akan timbul : sharelah sebab aku pun nak tahu buah fikiran korang semua jugak. Papepon, jangan lupa check dua entri sebelum nie dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! (^_^)/


*Less than dua minggu kembali ke London, UK : Kena makan bebanyak nie!!*
[Bagaimana nak pro Adobe nie?! Payah tulla..sobs..]

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri : Khas Dari Blog Coretan Perantau

Sebenarnya aku nak tulis entri mengenai kuih-muih lagi sebab aku ada bahan yang mengcukupi tapi aku cancel sebab takut korang dah bosan kan. Ahakz!! Papepon, sedar tak sedar malam nie merupakan malam terakhir Ramadhan dan peluang terakhir untuk beribadah dan berterawih semaksimun mungkin. Selepas sebulan berpuasa dan beribadat sepanjang Ramadhan nie, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat nie. So, camner?! Excited tak?! Ke rasa rugi sebab Ramadhan dah nak habis?! *hukhukhuk*

ucapan selamat hari raya perantau>Kad ucapan raya pertama : Seribu kemaafan dipohoni atas segala kesilapan<


ucapan selamat hari raya perantau>Korang boleh baca sendiri sajak yang ditulis di situ yerk<


Aku tengok kebanyakan bloggers dan member-member Facebook aku mula untuk tulis entri pasal Hari Raya dan tag gambar di kad-kad raya vitual mereka. Sebenarnya aku sendiri takda kad hari raya virtual aku memandangkan pakar IT aku sedang sibuk membuat biskut raya. Namun aku ingin membuat sedikit ucapan di bawah :

1. Ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang blogger. Jadi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pembaca dan kepada sesiapa sahaja yang melawat Blog Coretan Perantau dan mengenali diriku nie. Mohon dihalalkan semua benda yerk!! ^_^


ucapan selamat hari raya perantau>Pekena sirap bandung semasa Hari Raya pun best jugak nie<


ucapan selamat hari raya perantau>Time korang makan lemang tu : ingatilah Blog Coretan Perantau yerk<


2. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca sekiranya ada entri aku yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan dalam hati korang. Selain itu, bagi award-award yang tak terbalas, request “I Follow U, U Follow I” yang memang tak terjawab dan pelbagai lagi kesalahan lain : seribu kemaafan aku pohon mewakili Blog Coretan Perantau. Sesungguhnya aku manusia yang lemah : penuh dengan kesilapan. Sob3!! TT__TT

3. Bagi semua yang beraya bersama keluarga, hargailah quality time korang bersama keluarga nie. Walaupun Ramadhan lagi tidak bersama kita, bukannya bermakna setakat itu sahaja amalan kita. Nanti masa Hari Raya jugak, jangan makan banyak sangat sehingga tak larat nak buat benda lain. Layan tetamu dengan teratur kalau ada yang datang beraya : jangan pergi tutup rumah pulak tau. Ingat yerk!!



>Video ucapan Hari Raya daripada anak-anak rantau<


Aku rasa setakat itu sahaja ucapan aku bersempena dengan raya tahun nie. Pokoknya, aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kami melakukan sebarang kesalahan dan menimbulkan sebarang ketidakselesaan sewaktu kami di dunia blog nie dan juga sepanjang korang mengenali kami berdua. Apa yang baik daripada Allah SWT dan apa yang buruk adalah kelemahan kami sendiri. Raya tetap raya tapi pastikan tidak terlampau-lampau. Last but not least : SELAMAT TINGGAL RAMADHAN. SELAMAT DATANG SYAWAL. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!! Yeehaaa~~


*Aku lebih sayangkan Ramadhan berbanding Syawal : Aci tak?!*
[Setiap kali korang makan lemang dan minum sirap : ingat Blog Coretan Perantau selalu yerk!!]

Tuesday, September 07, 2010

6 Jenis Kuih-Muih Separa Tradisional Wajib Jenguk

Dua entri aku mengenai kuih-muih tradisional di sini dan di sini mendapat sambutan yang agak hangat. Pastu, ada yang minta supaya aku sediakan satu lagi edisi review kuih-muih : maka terciptalah entri nie. Kekadang kalau kita perasan, di samping kuih-muih tradisional, terdapat juga kuih-muih lain yang dijual di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku memanggil kuih-muih nie sebagai kuih-muih separa traditional. *muehehehe* Sebabnya?! Entah : aku pun tak tahu!! Papepon, antara kuih yang jatuh dalam kategori nie adalah :

Kuih-muih 01 (Agar-agar) : Agar-agar adalah kuih common yang boleh dimakan pada bila-bila sahaja. Harganya yang murah dan mempunyai pelbagai rasa dan design menyebabkan demandnya sentiasa tinggi. Ada agar-agar berperisa oren, perisa pandan dan macam-macam lagi : terpulang kepada korang untuk pilih berdasarkan taste sendiri!! ^_^


kuih-muih tradisional melayu sedap>Ada banyak pilihan agar-agar untuk korang semua pilih<


kuih-muih tradisional melayu sedap
>Nie gambar aku tercandid semasa berada di Bazaar Ramadhan<


Kuih-muih 02 (Cream Puff) : Cream puff adalah sejenis puff yang berintikan kaya di dalamnya. Puff di bahagian luarnya memang agak lembut dan kandungan kaya yang manis di dalamnya membuatkan rasanya sedap dan menyirap air liur. Boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Nyum3!! Sedap tau!! Baru semalam aku makan!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Inilah cream puff sebelum ia dikeluarkan daripada plastik beg<


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nyum3!! Korang dapat rasa tak aura kesedapannya?!<


Kuih-muih 03 (Mini Donut) : Kalau aku sebut donut, apa yang korang imagine yerk?! Mesti roti yang bersalut dengan gula kan?! Selain itu, turut dijual mini donut yang berperisa coklat ataupun strawberry di pasar-pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Jadi, kalau korang yang mengidam Big Apple or Jco : boleh jer tapau mini donut nie!! Ahakz!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Ini mini donut : cuba teka perasa apa agaknya?!<


Kuih-muih 04 (Mini Kek) : Aku sebenarnya kurang minat sangat dengan mini kek sebab rasanya yang agak manis berbanding kuih lain tetapi nie memang menjadi favret adik aku. Dengan harga yang murah dan rasa yang empuk membuatkannya menjadi menu utama adik aku setiap hari. Korang sendiri patut try mini kek nie : tak kiralah perisa apa pun. Aku jamin sedap tau~~


kuih-muih tradisional melayu sedap
>Secolourfulnya warna kek : secolourfulnya rasa kek<


Kuih-muih 05 (Cucur) : Dalam dunia nie ada pelbagai jenis cucur. Ada cucur udang, ada cucur cempedak, ada cucur kosong dan macam-macam lagi : bergantung kepada origin korang semua daripada mana. Aku percaya yang setiap dari korang mesti pernah masak ataupun makan cucur kan?! Memang sedap kan?! Lagi-lagi kalau makan waktu petang sambil minum Teh O ataupun Kopi kan?! Pergh!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Cucur udang dengan sosnya sekali : Mari rasa<


Kuih-muih 06 (Apam Balik) : Apam balik ada banyak jenis tapi yang paling utama ialah apam balik inti kacang or apam balik inti jagung ataupun combination kedua-dua. Aku lebih suka yang hanya berintikan kacang : lagi rangup dan berkrim. Apam balik nie lagi best kalau dimakan masa panas-panas. Eh jap, korang jangan pergi sambar apam balik kat Bazaar Ramadhan dan terus makan lak tau!! *kuikuikui*


kuih-muih tradisional melayu sedap>Apam balik yang telah pun dipotong : Sila ambil bahagian anda<


kuih-muih tradisional melayu sedap>Sedapnya makan apam balik : lagi-lagi kalau masih panas<


Itulah dia enam jenis kuih-muih separa tradisional yang korang boleh jumpa dengan banyaknya di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku yakin yang keenam-enam kuih nie korang tahu dan pernah cuba kan?! Sebabnya ini makanan yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia : bukan hanya di sesetengah negeri. Kalau ada antara korang yang ngidam kuih-muih nie semua : cepat-cepat dapatkan di Bazaar Ramadhan terdekat sekarang!! Cepat sebelum habis!! Nyum3!! Sedapnya oit!!


*Cubaan untuk mendapatkan status Gelihati Nuffnang : Entah berjaya tak*
[Aku ubah sedikit design blog untuk lajukan sedikit : Cadangan warna background?!]

Monday, September 06, 2010

Kaunter Ticket Bas dan Train di London

Hari raya akan tiba tak lama lagi dan anak-anak kota dah mula bertolak balik ke kampung masing-masing di seluruh Malaysia. Kebanyakan mereka samada drive sendiri ataupun menggunakan transport awam : commonly bas ekspressla. Memang musim nie musim peak ticket kena jual : sampaikan tak cukup nak tampung demand kut. Hentian bas di Putra, Pekeliling dan Bukit Jalil pun dah penuh dengan manusia sehinggakan boleh sesat dan sesak dalam tu kut. *muehehehe*


pengangkutan awam di london>Ini merupakan station yang dilalui oleh tube or underground Victoria line<


pengangkutan awam di london>Dari Victoria station : Korang boleh ambil train ke Gatwick Airport<


pengangkutan awam di london>Kalau korang nampak, ada banyak bas : Inilah terminal bas<


Seperti mana di Malaysia, masyarakat di London pun kebanyakannya turut menggunakan public transport untuk ke kawasan luar London. Public transport utama di sana ialah bus dan juga train. Sekiranya Malaysia ada Hentian Putra, KL Central, Hentian Pekeliling dan banyak lagi, London turut mempunyai stesen-stesennya yang tersendiri. Antaranya ialah :

1. Victoria Bus & Train Station : Ini merupakan station utama untuk perkhidmatan bas ke kawasan luar London. Biasanya sesiapa yang ingin menggunakan bas akan ambil bas diorang dari sini. Perkhidmatan bas dari Victoria nie cover hampir semua perjalanan ke seluruh UK dan juga ke Eropah. Perkhidmatan train turut disediakan di station nie tapi perkhidmatan bas ekspress masih menjadi aktiviti utama di sini. Aku dah banyak kali lepak dan singgah sini tau. Ahakz!!


pengangkutan awam di london>Antara destinasi yang korang boleh ambil daripada Victoria Station<


pengangkutan awam di london>Secara puratanya : Hampir setiap bulan aku akan turun ke sini<


pengangkutan awam di london>Membeli ticket bas di kaunter : Mungkin satu kesilapan sebab mahal<


2. Paddington Train Station : Antara train station utama di London. Sekiranya sesiapa yang berminat nak pergi Wales, korang boleh ambil train dari sini : perjalanan dalam 3-4 jam sahaja. Train jarak jauh selalunya diambil daripada sini. Antara station yang paling lama di London dan terletak betul-betul di kawasan peak Central London. Di kawasan sekitarnya terdapat banyak kedai kebab tau. Kalau korang nak tahu, rumah baru aku nanti hanya 10 minit walking distance dari sini tau. *kuikuikui*


pengangkutan awam di london>Keadaan di Paddington di kala bukan waktu peak<


pengangkutan awam di london>Memang ada banyak terminal : Kalau tak silap aku mencecah belasan<


pengangkutan awam di london>Lagi gambar pemandangan yang aku ambil di Paddington<


3. Euston Train Station : Salah satu station utama untuk perkhidmatan bas domestic (dalam London) dan juga station utama untuk perkhidmatan train. Sekiranya korang nak pergi ke kawasan Midland seperti Warwick dan Birmingham, korang boleh menaiki train dari sini dengan bayaran serendah GBP 15 untuk perjalanan pergi balik. Train jarak sederhana jauh selalunya boleh diambil daripada sini tau. Aku selalu jugak lepak sini sebab memang dekat dengan rumah lama aku!!


pengangkutan awam di london>Antara pemandangan yang biasa dilihat di Euston<


pengangkutan awam di london>Kalau beli ticket di kaunter : memang ternyata mahal berbanding online<


pengangkutan awam di london>Permandangan di Euston Station daripada luar<


4. King’s Cross Train Station : Siapa yang pernah tengok Harry Potter? Di sinilah terletaknya platform yang Harry Potter naik untuk ke Hogwarts tapi sorry sebab aku takda gambarnya for now. King’s Cross nie macam KL Central versi Malaysia : hampir semua line tube or underground akan melintasi sini. Selain itu, train untuk ke Eropah seperti France turut disediakan di sini. Aku selalu jugak jemput kengkawan di sini. Memang antara station favret aku sepanjang zaman!! ^_^


pengangkutan awam di london>Antara pilihan yang ada untuk digunakan di King's Cross Station<


pengangkutan awam di london>Korang boleh gunakan Eurostar di King's Cross untuk ke Europe<


Kalau korang semua nak tahu, King’s Cross dan Euston merupakan dua station yang paling busy selain daripada dua station yang lain tu. Jarak antara kedua-dua station nie hanyalah dalam 10 minit walking distance. Tengah-tengah Central London selalunya dikatakan terletak di dalam area kedua-dua station nie jugak. Rumah yang aku stay sebelum nie yakni masa first year terletak betul-betul di tengah antara station King’s Cross dan Euston nie. So, korang boleh bayangkan betapa importantnya tempat tinggal aku sebelum nie kan?! Patutlah sewa mahal semacam jer. Padahal bilik kecil jer!! -_-"


*Orang di sana beli tickey online : Kalau beli di kaunter, leh jadi triple mahal or lebih*
[Hanya ada beberapa perkhidmatan bas : Yang utama National Express]
    Related Posts with Thumbnails