Pagi tadi aku dikejutkan dengan mesej daripada Presiden Islamic Society LSE (Talha Ghannam) yang berbunyi "Israel has attacked the ships carrying humanitarian aid to Gaza, killing at least 10 activists and injuring more than 60. EMERGENCY DEMO : 2pm Monday 31st, outside 10 Downing Street (Westminster Station)" Aku pun on the spot terus bukak laptop dan sebarkan berita ini kepada rakan-rakan aku di Twitter dan Facebook. Sekurang-kurangnya aku membuat sedikit contribution terhadap penentangan kepada tindakan kejam Israel terhadap activists.

>Perlu ker menutup muka?! Banggala wei!!<
Untuk sesiapa yang belum tahu, tentera rejim Zionis telah menyerang kapal Freedom Flotilla yang dalam perjalanan membawa 10 ribu tan bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Konvoi yang mula berlayar dari Cyprus semalam itu terdiri dari lebih 700 aktivis kemanusiaan pro-Palestin termasuklah seorang pemenang anugerah Nobel serta beberapa ahli politik dari negara-negara Eropah. Setakat jam 3.00 petang tadi waktu London, aku mendapat tahu bahawa hampir 20 orang telah terbunuh. Selain itu, ada dua belas orang Malaysian menyertai gerakan nie. Aku mengambil tindakan pantas dengan menyebarkan semua events, fan page, group dan segala macam jenis cara dalam usaha memberitahu dunia mengenai kekejaman Israel nie. Penuh Facebook dan Twitter dengan muka aku hari ini. -_-"
Aku dengan pantas sembahyang Zuhur tadi dan terus bergerak ke House of Parliament yang mana terletaknya tempat demonstrasi itu di adakan. Aku rasa hampir mencecah ribuan orang dan kebanyakan mereka juga adalah terdiri daripada pihak media. Jeritan "Free Gaza!", "Free Palestine!", "We Want Freedom!" dan "Viva Viva Palestine!!" kedengaran memenjakkan bumi London. Dijangkakan jeritan dan sahutan itu boleh didengari dalam radius 2-3 kilometer. Semasa di sana, aku terjumpa dengan ramai Malaysian. Salah seorangnya adalah pelajar PhD di Reading University. Menurut beliau, sepupu beliau adalah salah seorang yang menyertai konvoi kemanusiaan ke Gaza.
Selepas itu, pelbagai ahli-ahli politik dan wakil-wakil NGO berucap mengatakan ataupun berkongsi kencaman mereka terhadap tindakan kejam Israel nie. Mereka meminta Kerajaan Gabungan David Cameroon dan juga Nick Clegg melakukan sesuatu untuk membanteras tindakan-tindakan nie. Media-media antarabangsa memenuhi ruang legar House of Parliament sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas. Pelbagai bangsa dan kaum bersatu padu termasuklah warga Yahudi sendiri bersatu padu menyatakan kencaman mereka.

>Aku mula beransur-ansur untuk mengundur diri<
Dipercayai mereka akan berarak ke Kedutaan Israel untuk menyerahkan referendum. Aku terpaksa bertolak balik awal kerana ada benda yang lebih penting untuk disettlekan. Aku juga ada merakam beberapa gambar dan video dengan menggunakan blackberry aku untuk perkongsian dengan korang semua. Inilah hasilnya ketika demonstrasi menentang kekejaman Israel di Gaza. Oh ya, sekiranya tidak silap aku, besok akan diadakan demonstrasi besar-besaran di Malaysia. Ini aku tidak pasti. InsyAllah korang boleh Google. Sebarkan kisah nie. Bekalkan saudara-saudara kita di dalam konvoi itu dengan segala jenis ibadah dan doa yang mampu kita lakukan. Ya Allah, berikanlah mereka kejayaan!!
>Video Rakaman Satu<
>Video Rakaman Dua<
>Video Rakaman Tiga<
*First time aku menulis entri dengan penuh keseriusan*
[Seribu kemaafan sekiranya entri ini tidak semenarik sebelum nie]
[Seribu kemaafan sekiranya entri ini tidak semenarik sebelum nie]






















