Dengan tanpa segan silunya, aku mengumumkan bahawa usia aku sudah pun mencecah 21 tahun pada 1 November yang lepas. *muehehehe* Dah tua aku rasa sekarang. Rasa macam dah berjanggut lebat dan boleh menjadi makin matured. Papepon, aku menerima banyak wish daripada rakan-rakan dari semua aliran : university, sekolah, international, Facebook, Blogger, Twitter dan unknown pun ada. Kalau tak silap aku, hampir mencecah 400 wish yang aku terima. Jazakallah khairan kathira for the wish dan I appreciate it so much!! Opss! Speaking lak!!
Memandangkan umur aku dah mencecah 21 tahun, maka banyak benda yang aku boleh buat yang sebelum nie aku tak dapat nak buat. Antaranya ialah :
1. Mendaftar sebagai pengundi di Malaysia dan mengundi untuk pilihanraya umum tahun depan ataupun dua tahun depan.
2. Membeli pisau tanpa menunjukkan ID umur di London, UK
3. Boleh minum alcohol, berjudi dan menyewa kereta kalau aku berada di USA. Papepon, aku tak minat dengan aktiviti tersebut.
4. Menyewa lessen untuk gun hunting di Florida.
5. Dan lain-lain lagi di seluruh dunia.
Bila kita dah menjadi makin tua ataupun matured, maka makin banyak benda yang kita harapkan dapat kita buat ataupun langsaikan. Begitu juga dengan aku. Aku ada banyak harapan yang belum direalisasikan dan juga khas untuk tahun nie. So, aku share dengan korang semua planning aku. Antaranya ialah :
1. Lagi focus, lagi usaha dalam study di LSE.
2. Menjadi abang sulung, pakwe dan anak yang lagi matured dan pada masa yang sama menjadi natural leader dalam kalangan kelompok dan diri aku sendiri.
3. Tambah iman, tambah ibadat dan kurangkan maksiat.
4. Kena mula merancang kehidupan untuk buat apa yang aku rasa happy untuk aku dan bukannya untuk memuaskan orang lain semata-mata.
5. Dan lain-lain lagi yang akan datang secara tiba-tiba. Ngeh3!!

>Muka birthday boy yang dah makin kuyu matanya<
So, soalan biasa yang orang akan tanya masa birthday mestilah : takda sambutan ker?! Aku sebenarnya tak kisah ada sambutan or tak sebab yang paling penting, aku sendiri sedar yang aku dah makin tua. Namun, antara sambutan yang aku terima ialah :
1. Aku menyambut sendiri dengan berpuasa pada hari jadi aku dan aku jugak kal mak aku di Malaysia. Suruh sampaikan salam kepada keluarga.
2. Cik Asliza Ahmad menelefon aku daripada Malaysia untuk wish Happy Birthday : taknak nyanyi sekali ker?!
3. Semalan kengkawan pakat kasi kad birthday kepada aku dan juga belanja aku makan di Noodle Oodle. Pastu, member aku sorang lagi belanja makan Subway tengahari tadi. Jumaat nanti ada lagi yang nak belanja. ^_^
4. Wish yang tak putus-putus aku terima. Terima kasih kepada semuanya!! Jasa anda amat dihargai!!
*Isi kandungan kad tidak boleh didedahkan kerana ada maklumat sulit*
[Kalau korang nak tahu : entri pasnie aku nak sharing dengan gambar autumn]
[Kalau korang nak tahu : entri pasnie aku nak sharing dengan gambar autumn]






