My Followers Who Follow My Blog

Friday, April 30, 2010

Part Satu : Isu Untuk Ready Balik Malaysia

Aku rasa time aku mula tulis entri nie, dah pun masuk hari Sabtu di Malaysia kan?! Bersamaan dengan 1 May yakni Hari Buruh dan juga cuti umum di Malaysia. Kalau di London ataupun United Kingdom, jam masih menunjukkan pukul 7.00 malam dan aku tengah tunggu masuk maghrib yakni dalam pukul 8.15 malam. Cuaca pun cerah lagi di luar : umpama pukul 5.00 petang di Malaysia. Dah masuk bulan May nie, maknanya ada dalam sebulan lebih (mencecah dua bulan gak kut) untuk aku balik ke Malaysia. Tak sabar rasanya~!!

Aku balik dari lecture tadi dalam pukul 5.30 petang dan aku plan nak pergi ke LSE semula nanti dalam pukul 8.30 malam. Ingat nak print dan juga lepak di library kut dalam sejam dua. Sempatlah untuk menelaah beberapa modul or topik sekadar termampu. Apa-apapun, besok weekend dan bermakna bolehlah aku rehat dan tidur lama sedikit. Rasa macam tak cukup tidur dan rasa amat pening kepala. Oh ya, ada dua benda aku nak bagitahu korang semua. Perkara pertama ialah aku mencipta satu fan page FB baru menggantikan yang lama. Harap korang boleh "like" kalau sudi. Perkara kedua, Anwar Ibrahim pun follow Twitter aku. Korang taknak follow sekali ker?! Dua-dua perkara ada di sidebar yerk. Sila rujuk korang k! Ngeh3!!


mahu kembali ke malaysia>Cuaca yang redup dan mendung ketika ke Cambridge<


mahu kembali ke malaysia>Keadaan menunjukkan pukul 7.15 malam di London<


mahu kembali ke malaysia>Boleh tahan juga panas di Melaka tahun lepas<


Memandangkan aku dah nak balik Malaysia tak lama lagi, sebenarnya aku ada banyak benda ataupun kerungsingan yang bermain di fikiran aku. Ada benda yang kena settlekan dan minta pendapat korang semua nanti. Contohnya ialah broadband, line telefon or internet, tempat nak unlock phone dan juga bilik sewa di Kuala Lumpur. Tapi tu akan ada entri khas supaya korang boleh bagi pendapat dan kongsi idea dengan aku. Untuk entri kali nie, aku ada risau beberapa isu sebab shift daripada kehidupan di London kepada kehidupan di Malaysia kan?! Dah terbiasa dengan kehidupan di sini dan bila balik Malaysia, benda-benda ini mungkin kena dibiasakan :-

1. Isu Cuaca : Aku rasa isu cuaca mungkin akan menjadi perkara utama jugak nanti bila balik ke Malaysia sebab cuaca di sini berbeza di Malaysia kan?! Tapi aku tak kisah sebab aku balik time London tengah cuaca summer. Maka suhu di London pun lebih kurang di Malaysia masa itu. Yang bezanya ialah hujan lagi lebat di Malaysia. So, bagus jugakla kalau camtu kan?! Lagipun, rumah aku di Terengganu selalu sahaja hujan. Boleh pergi mandi hujan nanti. Yahoo!!


mahu kembali ke malaysia>Malam ketika di London : Sejuk dan berangin<


mahu kembali ke malaysia>Makanan di Malaysia macam-macam rasa : Tak cam London<


mahu kembali ke malaysia>Gambar yang aman dan berangin di Marang, Terengganu<


2. Isu Pengangkutan Awam : Kalau di London, aku memang dah biasa bergerak ke mana-mana sahaja dengan berjalan kaki ataupun naik pengangkutan awam sebab memang efisien dan laju. Pastu, kalau sesat di mana-mana part di London, naik tube dah boleh balik rumah. Tapi kalau di Malaysia, kalau aku sesat, memang aku akan terus sesat kalau naik mana-mana pengangkutan awam. Lagipun KTM or Tren agak slow. Kena biasakan dirilah dan memang agak problem untuk adjust diri sendiri ketika awal-awal di Malaysia nanti yerk!!

3. Isu Driving : Nak dijadikan ceritanya, aku dapat lesen memandu dalam 3 or 4 minggu sebelum aku fly ke United Kingdom. Maknanya, sebelum nie aku drive secara non-halal lah. Memandangkan sudah setahun aku tak memandu kereta, maka kalau nak memandu nanti mesti akan jadi agak kekok dan tak biasa awal-awal. Kan ada yang nak masuk gear reverse tapi pergi tekan minyak. Lagipun, mak aku pula dah beli Proton Exora. Maknanya, Proton Wira yang lama tu aku lah yang akan bawak pergi ke mana-mana. Kena pergi try memandu di mana-mana tempat kosong dahulu sebelum naik atas jalan raya. Kan ada accident pulak kan~!!


mahu kembali ke malaysia>Gambar aku duduk tunggu tren di KTM Kajang dulu-dulu<


mahu kembali ke malaysia>Kebosanan menunggu bas ketika di Port Dickson<


mahu kembali ke malaysia>Stesen bas Seremban : Port aku selalu naik bas balik KTJ<


4. Isu Duit Perbelanjaan : Kalau aku duduk di London, Petronas akan masukkan elaun bulanan kepada aku. Kalau di Malaysia, rasa macam seganlah pulak nak minta duit belanja dengan parents. Cakap anak sulung kan. Aku harap selepas bayar deposit rumah sewa dan juga perbelanjaan-perbelanjaan lain di sini, bolehlah aku bawak balik dalam GBP 200.00 untuk di belanjakan di Malaysia sepanjang aku cuti nanti. Itu pun kalau ada kesempatan dan kalau ada duit lebih selepas expenses semua benda di sini. Kalau tak ada, kena guna duit mana-mana dululah nanti. -_-"

5. Isu Makanan dan Minuman : Di London, makanan diorang memang langsung kurang rasa. Hampir tawar ataupun tiada rasa langsung. Diorang semua nie mamang mementingkan kesihatan mereka. Jadi, makanan yang berperisa lebih diorang tak suka. Berbeza di Malaysia, kalau di Kelantan tu memang confirm manis yang terlampau dan kalau di Negeri Sembilan, memang pedas (macam kebanyakan mulut orang-orang Negeri Sembilan gak kut.) Mula-mula aku mungkin tak dapat biasakan diri tetapi aku memang excited nak makan masakan orang-orang Malaysia nie!! Hidup Mamak!!


mahu kembali ke malaysia>Kalau di London, aku tak pernah makan McD ataupun KFC<


mahu kembali ke malaysia>Mak aku dah beli Proton Exora bagi menampung ahli keluarga<


mahu kembali ke malaysia
>Kalau awal-awal nanti, mesti kekok memandu nanti<


Banyak juga benda yang aku kena well-prepared sebelum aku balik Malaysia nanti. Besok untuk part kedua entri ini pula yerk. Ada lagi list sambungan nie. Tapi aku memang tak sabar-sabar nak balik ke negera sendiri walaupun sebenarnya lambat lagi. Ada member aku yang tak balik dan lain kali aku akan cerita apa tempuhan ataupun halangan yang akan mereka tempuhi kalau stay di London ketika cuti summer. Banyak benda yang aku plan nak buat di Malaysia nanti. Plan nak kerja, plan nak pergi jalan-jalan dan macam-macam lagilah. Harap semua berjalan dengan lancar. ^_^


*Pergi library LSE jap pasnie untuk print Stats Lecture Notes*
[Looking forward to go back to Malaysia : Someone's waiting for me there]
    Related Posts with Thumbnails