Kalau korang baca tajuk tu, mesti korang fikir macam-macam kan? Dan juga mesti fikir bukan-bukan kan?! Agak-agak, apa korang fikir yerk?! Ntahla. Manalah aku nak tahu. Apa-apa pon, entri kali ini tiada pun unsur-unsur 18sx. Cuma ada gambar-gambar yang dikongsikan itu mungkin hanya untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. Jadi, kepada sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah atau tidak selesa untuk melihat gambar-gambar itu-saya tidak menghalang untuk baca entri tetapi bila dah sampai part gambar tu, pastikan korang tutup mata k?! Boleh?? Janji??! Ngeh3!!
Okay!! Sebelum masuk ke part utama entri, mesti korang perasan kan yang aku post entri ini sehari awal daripaa kebiasaanya kan?! Sebabnya, malam besok aku akan bertolak ke Manchester dengan menaiki kereta dan dijangka bertolak pukul 1 or 2 pagi dari London. Oh ya, entri kali ini adalah berkisar mengenai London. Di London, korang boleh jumpa bahan-bahan 18sx di mana-mana sahaja tanpa sensor. Kalau tak kuat ketekalan dan keimanan dalam hati, memang boleh terpesonglah akidah nie. Jadi, meh aku cerita kepada semua pasal isu bahan lucah di London ini~!!
Isu Satu : Iklan Pelacur di Pondok Telefon.
Iyer?! : Di London ini memang bebetul maju dan semua benda nak digunakan sehingga ke peringkat termaksimun. Sehinggakan pondok telefon pun digunakan untuk iklan para pelacur. Masa aku mula-mula sampai dulu, memang terkejut jugalah tapi lama-lama macam dah jadi tak heran dah. Kalau di Malaysia, pondok telefon penuh dengan iklan-iklan Along tapi di sini, lain pula jadinya. Kalau tak silap aku, nombor-nombor yang dipaparkan di iklan itu ialah nombor-nombor telefon bimbit sebab semuanya bermula dengan nombor 07. Kalau nombor rumah or nombor pejabat, ia akan bermula dengan nombor 020. Namun, setakat ini, langsung tidak terdetik di hati aku untuk try call nombor-nombor itu. Membazirkan duit aku jer kan?! [-_-"]
Isu Dua : Majalah Lucah di Semua Tempat.
Iyer?! : Kalau di Malaysia, kita boleh jumpa komik-komik dan pelbagai lagi bahan bacaan di kedai-kedai kan? Namun, di sini adalah situasi yang berbeza. Nak cari komik tu memang payah tetapi kalau majalah-majalah lucah memang ada dijual secara berleluasa. Harga tu dalam GBP3 dan ke atas (kalau tak silap akulah--manalah aku nak tahu!!). Selain daripada di dalam majalah, gambar-gambar yang seksi juga ada di dalam akhbar-akhbar utama diorang. Tujuannya adalah untuk menarik perhatian dan increase the sales. Oh yer, nak kasi cerita--hari itu aku terjumpa seorang tukang jual magazine yang beragama Islam. Kalau tak silap aku, daripada Pakistan. Ingatkan takde lah majala-majalah lucah nie tapi makin banyak dari tempat lain adalah. Adoi2!!
Isu Tiga : Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT)
Iyer?! : Aku tahu yang di Malaysia pun wujud benda-benda macam ini tetapi di London, isu ini lagi berleluasa. Kalau di LSE tu, siap ada student society untuk golongan LGBT ini. Kalau korang nak tahu, orang-orang London jijik dengan LGBT semasa zaman 60-an dulu. Tapi bila makin maju pembangunan, otak diorang pun makin mundur dan mula menerima golongan LGBT ini. Kalau korang nak tahu, di dalam akhbar-akhbar pon ada ruangan untuk promosi Gay or Lesbian Chat. Aku macam "eeeee..geli I tau". Ruangan untuk promosi ini adalah di bahagian iklaneka. Selain itu, buku-buku or barangan-barangan LGBT juga dijual tanpa segan silu. Dekat hall aku nie pon, ada sebuah kedai bernama Gay's The World tetapi aku tak pernah masuk lagilah. Teringin gak nak masuk: nak tengok ada apa. Tetapi entah bila pun tak tahu~!!
Isu Empat : Iklan yang Seksi.
Iyer?! : Aku rasa baru sahaja pagi tadi semasa aku nak pergi LSE, aku ternampak iklan yang seksi di dalam bas. Contoh iklannya adalah menampilkan perempuan yang hanya berpakaian dalam. Itu aku boleh terima lagi sebab nak promosi iklan pakaian dalam kan? Tapi ada yang nak promosi insurans tapi nak juga letak gambar seksi. Apa cer?!! Aku pun hairan jugalah mereka ini. Mungkin dah biasa kut dengan budaya macam itu. Tapi selamat belum ada iklan yang terus berbogel. Kalau ada, mahunya aku pengsan terus. Sesiapa yang tak tahan iman, kalau tengok mesti boleh cerah terus mata. o.O
Isu Lima : Orang London itu Sendiri.
Iyer?! : Aku datang ke London pada bulan September tahun lepas yakni semasa hujung-hujung musim luruh. Sekarang ini, aku dah alami musim luruh, sejuk dan on the way nak masuk musim bunga. Dan suhu di London bolehlah dikira sejuk dan berangin dan mencecah negatif. Tetapi, diorang pakai pakaian umpama sekarang ini adalah tengah musim panas. Memang macam tak cukup kain. Kekadang aku terfikir : "Diorang nie gila apa?! Tak sejuk ker?!! Aku pun dah menggigil nie." Tu belum lagi masuk musim panas. Kalau musim panas nanti, aku tak boleh bayang macam mana diorang ini. Kawan aku ada cerita yang masa musim panas nanti, ada lelaki yang tak pakai baju pergi lecture. Mak ai~!! Geli-geliman jap aku!! Selain itu, orang London ini memang suka mencarut benda-benda lucah, Kejap-kejap, "Fu*k!!" Kejap-kejap, "Bit*h!!" Hari itu (aku tak ingat hari apa~), aku pernah dengar budak umur darjah satu mencarut benda-benda itu. Diorang ini memang lucah betullah.
>Orang London masa waktu autumn<
Aku rasa itu sahaja kut untuk setakat ini. Sesiapa yang baca entri ini daripada awal sampai habis mesti sedar yang tiada unsur-unsur 18sx pun. Just gambar sahaja yang lebih-lebih. Apa-apa pon, aku minta korang doakan aku akan selamat pergi dan selamat pulang kembali daripada Manchester nanti. Oh yer, untuk peminat Manchester United, aku belum tahu lagi samada aku akan singgah Old Trafford or tak. So, jangan berharap sangat yerk!!.
*Aku akan terus menjaga tatasusila as a muslim*
[Bestlah korang dapat cuti Maulidul Rasul. Aku takda pon!! T.T]

























