Sebenarnya aku nak tulis entri mengenai kuih-muih lagi sebab aku ada bahan yang mengcukupi tapi aku cancel sebab takut korang dah bosan kan. Ahakz!! Papepon, sedar tak sedar malam nie merupakan malam terakhir Ramadhan dan peluang terakhir untuk beribadah dan berterawih semaksimun mungkin. Selepas sebulan berpuasa dan beribadat sepanjang Ramadhan nie, kita semua dijangka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Jumaat nie. So, camner?! Excited tak?! Ke rasa rugi sebab Ramadhan dah nak habis?! *hukhukhuk*
Aku tengok kebanyakan bloggers dan member-member Facebook aku mula untuk tulis entri pasal Hari Raya dan tag gambar di kad-kad raya vitual mereka. Sebenarnya aku sendiri takda kad hari raya virtual aku memandangkan pakar IT aku sedang sibuk membuat biskut raya. Namun aku ingin membuat sedikit ucapan di bawah :
1. Ini merupakan tahun pertama aku beraya sebagai seorang blogger. Jadi, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, rakan-rakan pembaca dan kepada sesiapa sahaja yang melawat Blog Coretan Perantau dan mengenali diriku nie. Mohon dihalalkan semua benda yerk!! ^_^
2. Aku ingin memohon maaf kepada semua pembaca sekiranya ada entri aku yang mungkin menimbulkan ketidaksenangan dalam hati korang. Selain itu, bagi award-award yang tak terbalas, request “I Follow U, U Follow I” yang memang tak terjawab dan pelbagai lagi kesalahan lain : seribu kemaafan aku pohon mewakili Blog Coretan Perantau. Sesungguhnya aku manusia yang lemah : penuh dengan kesilapan. Sob3!! TT__TT
3. Bagi semua yang beraya bersama keluarga, hargailah quality time korang bersama keluarga nie. Walaupun Ramadhan lagi tidak bersama kita, bukannya bermakna setakat itu sahaja amalan kita. Nanti masa Hari Raya jugak, jangan makan banyak sangat sehingga tak larat nak buat benda lain. Layan tetamu dengan teratur kalau ada yang datang beraya : jangan pergi tutup rumah pulak tau. Ingat yerk!!
>Video ucapan Hari Raya daripada anak-anak rantau<
Aku rasa setakat itu sahaja ucapan aku bersempena dengan raya tahun nie. Pokoknya, aku ingin memohon seribu kemaafan sekiranya kami melakukan sebarang kesalahan dan menimbulkan sebarang ketidakselesaan sewaktu kami di dunia blog nie dan juga sepanjang korang mengenali kami berdua. Apa yang baik daripada Allah SWT dan apa yang buruk adalah kelemahan kami sendiri. Raya tetap raya tapi pastikan tidak terlampau-lampau. Last but not least : SELAMAT TINGGAL RAMADHAN. SELAMAT DATANG SYAWAL. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN!! Yeehaaa~~
*Aku lebih sayangkan Ramadhan berbanding Syawal : Aci tak?!*
[Setiap kali korang makan lemang dan minum sirap : ingat Blog Coretan Perantau selalu yerk!!]



