My Followers Who Follow My Blog

Thursday, May 31, 2012

4 Fantasi dan Realiti Shopping di London United Kingdom

Alhamdulillah memandangkan aku sudah pun langsai dengan exam terakhir aku di London School of Economics (LSE) pada hari Khamis yang lepas. So seminggu selepas aku habis exam nie, aku hanya duduk bermalas-malasan di rumah, main computer game seharian, jejalan ambil angin di kawasan-kawasan ceruk London, shopping di charity shops dan macam-macam lagi. Memandangkan tahun ini adalah tahun terakhir aku di London, aku sudahpun settlekan proses shipping bebarang aku ke Malaysia. Untuk shipping, aku ambil tempahan dua kotak besar dan insyAllah dijangka sampai ke Malaysia dalam awal Ogos. Termasuk dalam bebarang yang aku shipping adalah segala macam bebarang tempahan dari London. Oh ya, aku teringin untuk share dengan korang semua tentang empat fantasi yang selalu disalah anggap kalau nak shopping bebarang di London. So harap dapatlah dijadikan iktibar yerk. Yeehaaaa!! (^_^)/


>Inilah suasana Boxing Day : Hari Untuk Shopping di London<


>Shopping pun shopping jugak : duit Pound jangan lupa<


Fantasi No. 01 : Bebarang Gadget (e.g. Komputer, iPad, Blackberry) Murah
Realiti : Aku selalu dapat e-mail daripada kengkawan or rakan pembaca di Malaysia yang bertanyakan harga gadget seperti iPad ataupun Blackberry di London. Untuk pengetahuian korang semua, harga gadget di London selalunya lagi mahal berbanding di Malaysia. Kekadang beza harga boleh jadi lebih daripada RM 1000. Sebagai contoh, aku pernah jual external hard disk 500 GB aku yang dah berusia dalam 2 tahun dengan harga RM 250 walaupun kat Malaysia, RM 200 dah leh dapat yang baru kan? Oh ya, lagi satu selalunya handphone ataupun Blackberry yang dibeli di UK akan di-locked dengan servis provider yang berkenaan seperti o2 dan Vodafone. So kalau nak unlock tu, lagi RM 50 nak kena spend. Mahal kan?! T__T

Fantasi No. 02 : Pakaian or Jersey Bola Yang Original "Made in UK"
Realiti : Kekadang aku ada dapat e-mail daripada member-member untuk belikan diorang jersey bola seperti jersey Arsenal, Liverpool, Manchester United, Chelsea dan sebagainya. Respons aku mudah sahaja : aku boleh belikan jersey-jersey tu tapi perlu ingat yang kat label akan tulis "Made in Vietnam" ataupun sewaktu dengannya. Untuk pengetahuan korang, jersey-jersey bola; samada dibeli di stadium mahupun di Adidas or Nike Store, memang akan dilabel dengan "Made in Asian". Bukannya nak cakap jersey tu tak original tapi memang kilang Nike ataupun Adidas tu terletak di Indonesia, Thailand ataupun Vietnam : sebab itulah dilabel pun tulis camtu jugak. Sama juga dengan brand-brand lain seperti Abercombie, Calvin Klein, Clarks, Burberry dan banyak lagi. Kualiti brand nie semua memang high class dan diorang dilabel dengan "Made in Asian" sebab kilang-kilang diorang memang terletak di sana. Itu saja!! (^_^)/


>Harga gadget di Malaysia kekadang lagi murah berbanding di London<


>Walaupun beli di Nike Store : kekadang Made in Asia jugak<


Fantasi No. 03 : Branding; Beli Dari Store UK Based Mesti Gempak
Realiti : Sejujur-jujurnya tak semua brand yang berasal daripada UK adalah gempak or mempunyai kualiti yang hebat seperti yang disangkakan. Brand seperti Fila, Karrimor, Lonsdale, Umbro dan Reebok memang boleh diconsider sebagai berkualiti tinggi. Tapi pada masa yang sama ada juga brand or store seperti Primark dan Peacock yang kualiti agak rendah berbanding yang lain. Namun pelancong dari Malaysia suka shopping di Primark dan Peacock sebab bebarang diorang amat murah dan kat label pun ada tulis "Made in UK". Oh ya, kalau korang nak tahu, Peacock nie ada cawangan store di Bangsar, Kuala Lumpur. Walaupun Peacock seolah-olah seperti salah satu high street brand sebab terletak di Bangsar tapi sebenarnya Peacock nie dah nak bangkrup dah tau. Opsss : nak tahu lagi sila google sendiri yerk. Ahakz!!

Fantasi No. 04 : Shopping di Oxford Street atau Bicester Village
Realiti : Pelancong-pelancong daripada Malaysia suka berjalan-jalan or shopping di Oxford Street dan kalau diberi pilihan untuk kawasan shopping di luar London, mereka selalunya akan target Bicester Village Factory Outlet. Memang tempat-tempat nie mempunyai banyak pilihan pada harga yang berpatutan tapi ada banyak lagi area lain untuk shopping yang perlu dijejaki. Aku pernah kempilkan dalam entri "4 Tempat Shopping Best di London United Kingdom" sebagai rujukan untuk pelancong yang ingin datang ke London untuk shopping. Bagi penggemar bebarang bundle, korang bolehlah serbu pelbagai carboot sales dan charity shops di serata London. Kekadang leh dapat bargain yang memang takkan dapat di Oxford Street ataupun Bicester Village. So, jangan biarkan fantasi shopping hanya sekadar di dua area tu sahaja tau. Silalah untuk discover area lain jugak.


>Design lawa, harga murah : memang kegemaran pelancong Malaysia<


>Besok aku plan nak pergi tengok theatre nie lah<


Itulah empat pekara fantasi yang selalu berleluasa bila nak shopping bebarang daripada London ataupun United Kingdom. Selalunya dua fantasi pertama yakni "Bebarang Gadget Murah" dan "Jersey Perlu Made in UK Untuk Ori" yang menjadi isu untuk kengkawan yang nak tempah barang daripada UK. Kekadang bila aku explain kat diorang pasal benda nie, terus terpadam niat diorang nak order jersey ataupun gadget daripada UK. Kesian jugak aku rasa tapi itulah; aku pun bukannya taukey store nak buat sebarang perubahan. Ahakz!! Sementara menunggu result exam dan graduation day pada bulan Julai nanti, aku ada plan untuk travel Europe sikit nanti : insyAllah akan aku sharekan dengan korang semua. Doakan selalu yerk!! (^_^)/


*Buat kali pertama di London : besok aku nak pergi tengok theatre Wicked!!*
[Walaupun aku dah hantar dua kotak barang balik Malaysia : ada barang banyak lagi]

Sunday, May 20, 2012

A Day in Chelsea UEFA Champions League and FA Cup Parade

Lama benar rasanya aku tak update blog nie. Rasanya dalam sebulan aku hanya sempat update dalam dua or tiga kali sahaja. Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang dalam musim final exam. Aku baru sahaja langsai tiga papers beberapa hari lepas dan insyAllah ada satu lagi paper hari Khamis nie. Nak cakap awesome : takdalah sangat sebab salah satu paper tu yakni Corporate Finance memang teruk yang amatlah. Rasa-rasanya ada chance untuk fail kut tapi harap pass lah kan?! *hik3!!* Aku nie jenis yang setiap kali exam mesti mengidam nak shopping. So, dalam dua minggu lepas aku angkut kamera DSLR baru. Nak kata DSLR sepenuhnya takdalah sangat sebab nie jenis kamera mirrorless interchange lens. Nak tahu lagi banyak? Pepandailah korang Google sendiri yerk. Ahakz!!











Oh ya walapun aku amat busy dengan exam tapi match Champions League antara Chelsea dan Bayern Munich semalam memang confirm aku tak terlepaslah. Walaupun aku bolehlah diconsider sebagai hardcore team bola sepak yang lain tapi memandangkan Chelsea nie mewakili London dan juga United Kingdom; maka sokongan aku adalah bersama Chelsea semalam. Selepas match yang berlangsung sehingga waktu tambahan dan sepakan penalti, akhirnya Chelsea berjaya tumpaskan Bayern Munich. Aku rasa boleh kata Chelsea menang nasib jugaklah. *huk3!!* Memandangkan Chelsea menang UEFA Champions League dan juga FA Cup, maka diorang mesti akan buat parade untuk arak piala kan?! Maka aku pun terus siap-sediakan Olympus Pen E-PL1 untuk Chelsea Parade hari nie. Yeehaaa!!












Chelsea Parade tu bermula dalam jam 4.00 petang dan dijangka berakhir dalam pukul 5.00 petang mengikut jalan or path yang sudah ditetapkan. Namun memandangkan aku memang plan nak tangkap gambar di area Chelsea dan Stamford Bridge tu, maka aku keluar dari rumah agak awal daripada yang sepatutnya : yakni dalam pukul 11.00 pagi. Pukul 12.30 tengahari aku dah sampai di Stamford Bridge dan memang ramai orang dah ada kat tempat parade tu. Ada sellers yang jual souvenirs seperti bendera, baju, scarf, banner dan sebagainya. Namun memandangkan aku takda cash sangat dan aku pun kurang minat; maka aku tak beli pape pon. Dalam pukul 2.00 petang, member aku yakni Shahid datang follow aku untuk parade tersebut. So sekurang-kurangnya ada member nak tolong tangkapkan gambar aku pulak kan?! (*_*)/











Kitorang lepak kat tempat parade tu sehinggalah perarakan itu selesai. Sepanjang parade itu berlangsung, dapatlah kitorang usha pemain-pemain Chelsea yang kat atas bas. Kitorang memang bernasib baik sebab bas itu berhenti sekejap depan tempat kitorang lepak; maka dapatlah snap photo bebanyak. Alhamdulillah jugak sebab cuaca hari nie tak hujan seperti kebiasaannya. Memandangkan aku amat mementingkan kualiti gambar yang aku tangkap, banyak juga gambar yang aku delete dan hanya tinggal sedikit sahaja : bagi aku adalah yang terbaik. So, kalau korang mengidam nak usha persekitaran Chelsea Parade tu, korang bolehlah klik album photo di sini yerk. Harap enjoy semuanya!! (^_^)/


*Getting back to study lepas nie : banyak reading nak kena buat nie*
[Sesiapa yang nak usha gambar Chelsea Parade lagi : bolehlah buka album photo nie]
    Related Posts with Thumbnails