My Followers Who Follow My Blog

Sunday, May 20, 2012

A Day in Chelsea UEFA Champions League and FA Cup Parade

Lama benar rasanya aku tak update blog nie. Rasanya dalam sebulan aku hanya sempat update dalam dua or tiga kali sahaja. Untuk pengetahuan korang semua, aku sekarang dalam musim final exam. Aku baru sahaja langsai tiga papers beberapa hari lepas dan insyAllah ada satu lagi paper hari Khamis nie. Nak cakap awesome : takdalah sangat sebab salah satu paper tu yakni Corporate Finance memang teruk yang amatlah. Rasa-rasanya ada chance untuk fail kut tapi harap pass lah kan?! *hik3!!* Aku nie jenis yang setiap kali exam mesti mengidam nak shopping. So, dalam dua minggu lepas aku angkut kamera DSLR baru. Nak kata DSLR sepenuhnya takdalah sangat sebab nie jenis kamera mirrorless interchange lens. Nak tahu lagi banyak? Pepandailah korang Google sendiri yerk. Ahakz!!











Oh ya walapun aku amat busy dengan exam tapi match Champions League antara Chelsea dan Bayern Munich semalam memang confirm aku tak terlepaslah. Walaupun aku bolehlah diconsider sebagai hardcore team bola sepak yang lain tapi memandangkan Chelsea nie mewakili London dan juga United Kingdom; maka sokongan aku adalah bersama Chelsea semalam. Selepas match yang berlangsung sehingga waktu tambahan dan sepakan penalti, akhirnya Chelsea berjaya tumpaskan Bayern Munich. Aku rasa boleh kata Chelsea menang nasib jugaklah. *huk3!!* Memandangkan Chelsea menang UEFA Champions League dan juga FA Cup, maka diorang mesti akan buat parade untuk arak piala kan?! Maka aku pun terus siap-sediakan Olympus Pen E-PL1 untuk Chelsea Parade hari nie. Yeehaaa!!












Chelsea Parade tu bermula dalam jam 4.00 petang dan dijangka berakhir dalam pukul 5.00 petang mengikut jalan or path yang sudah ditetapkan. Namun memandangkan aku memang plan nak tangkap gambar di area Chelsea dan Stamford Bridge tu, maka aku keluar dari rumah agak awal daripada yang sepatutnya : yakni dalam pukul 11.00 pagi. Pukul 12.30 tengahari aku dah sampai di Stamford Bridge dan memang ramai orang dah ada kat tempat parade tu. Ada sellers yang jual souvenirs seperti bendera, baju, scarf, banner dan sebagainya. Namun memandangkan aku takda cash sangat dan aku pun kurang minat; maka aku tak beli pape pon. Dalam pukul 2.00 petang, member aku yakni Shahid datang follow aku untuk parade tersebut. So sekurang-kurangnya ada member nak tolong tangkapkan gambar aku pulak kan?! (*_*)/











Kitorang lepak kat tempat parade tu sehinggalah perarakan itu selesai. Sepanjang parade itu berlangsung, dapatlah kitorang usha pemain-pemain Chelsea yang kat atas bas. Kitorang memang bernasib baik sebab bas itu berhenti sekejap depan tempat kitorang lepak; maka dapatlah snap photo bebanyak. Alhamdulillah jugak sebab cuaca hari nie tak hujan seperti kebiasaannya. Memandangkan aku amat mementingkan kualiti gambar yang aku tangkap, banyak juga gambar yang aku delete dan hanya tinggal sedikit sahaja : bagi aku adalah yang terbaik. So, kalau korang mengidam nak usha persekitaran Chelsea Parade tu, korang bolehlah klik album photo di sini yerk. Harap enjoy semuanya!! (^_^)/


*Getting back to study lepas nie : banyak reading nak kena buat nie*
[Sesiapa yang nak usha gambar Chelsea Parade lagi : bolehlah buka album photo nie]

27 comments:

arituarini said...

wow...bestnya la klau aku dpt lepak jugak tgok ni..

saya_arief said...

meriah betull..

Anonymous said...

Housemate lain x ikut? Best arr dpt tgk live parade :)

Fatiehah said...

bestnya. xde souvenir free untuk pembaca blog ke? haha.

Nabiel said...

eh bro..bkn ko arsenal ke?hahaha..
bestnye dapat tgk live!huhu..=)

Unknown said...

tq short!! awesome pics, I'm so jealous right now!! huhu

Anonymous said...

pride of london?? bro nak tanya, any suggestion tempat nak pegi @london, brussels, amsterdam, barcelona, paris, rome june 2012 nih?

maybe bole suggest hostel yang ok.. tq bro

Penulis Rindu said...

tahniah bro..dapat pi sana

Anonymous said...

as-salam..
patut la blognye pun biru2.. hihihi

dtg folo cini :)

nishaasalleh said...

bestnyeeeee .

gnesop said...

wah bestnya sumer biru!!

Pecinta pink^^ said...

wah best nye:) im one of the fan of chelsea:)

caliph shuriken said...

meriah laa kt sana ^^

Lan Bingka said...

ni yg jeles ni

Mimie said...

:)

Emma said...

Hi, thanks coz visit my blog =) jauhnya sampai London pun baca blog Emma.. ngeee thank u...=)

Awang Hafiz said...

ho yeah, my chelsea!

Harun Ar said...

Wouw..., Posting gambar menarik....

Usy@M^^ said...

bestnya dpt tngk depan2..(^^) jelesnya..!!!!!

liyanazahirah said...

utungnyer... :)

syiela said...

bestnya dapat tgk live

Tulip said...

tetibe terjeles....hehe

Miss Meen said...

seronok betul dia !!! :)

NoorNazuha said...

akhirnye chelsea jadi champions league juara walaupun x dpt EPL..hehehe...tu kat Tube Fulham Broadway kan

nimt said...

oh 'chelsea' . kalau si 'barney' tgk ni , mesti tak bukak page lain dah.

Siti Nurhaliza Idris said...

wah!! omgomgomg... okay jelly.. chelsea chelseA!

chipshoes said...

salam kembali gan, dari bandung

    Related Posts with Thumbnails