Para pelajar di UK biasanya
akan meluangkan masa lapang mereka ataupun memaksa diri melapangkan masa untuk
melakukan beberapa kerja part time. Namun untuk pengetahuan korang
pekerjaan-pekerjaan ini tidak mendatangkan sebarang habuan dalam bentuk wang
ringgit ataupun senang cerita, tiada gaji langung. Hanya titik peluh dan
keringat yang ditagih seharian. Apakah kerjaya part time yang dimaksudkan ini? Inilah
4 kerjaya yang dapat dijadikan pegangan!
![]() |
| >Antara perkejaan utama adalah guru kaunseling< |
Jawatan Kosong :
Pemandu Pelancong
Tanggungjawab : Duduk di bandar
tumpuan pelancong seperti London, Bath, Edinburgh dan beberapa lagi boleh
menjadikan pelajar sebagai pemandu pelancong yang popular a.k.a. Tourist Guide.
Sebagai pemandu pelancong yang berjaya, anda dipinta or diharapkan oleh para
pelancong untuk membawa mereka berjalan-jalan, menyediakan tempat penginapan
dan lain-lain. Biasanya, pelancong yang dimaksudkan adalah para pelajar dari tempat
lain. Sebagai Londoners, aku menerima tetamu hampir setiap hujung minggu dan
kesibukan ini amat memenatkan dan boleh menggangu pelajaran tahap ekstrem.
Namun, kepuasan itu dapat dirasai sebab dapat tolong orang kan?
| >Semasa aku menjadi seorang pemandu pelancong< |
| >Ini pulak ketika aku dibawa sebagai pelancong< |
Jawatan Kosong :
Tukang Masak
Tanggungjawab : Kepayahan mencari
kedai-kedai makanan halal terutamanya di luar London mencipta satu karier baru
bagi para pelajar. Ketua chef or tukang masak. Semasa mula-mula datang ke UK,
hampir semua para pelajar tak pandai nak masak. Namun kenalah makan kalau nak teruskan
hidup? Kalau makan luar setiap hari, habislah duit jawabnya. Jadi, skill-skill
memasak seperti menghancurkan bawang, menumis bahan hangus, memasak air teh
yang terlampau manis dan pelbagai lagi akan diasah di sini. Seiring dengan itu,
turut wujud perasa-perasa makanan yang akan mengatakan SEDAP untuk
makanan-makanan yang TAK SEDAP semata-mata untuk makan free. Tapi, semua yang
aku masak dan try setakat ini; keputusannya ialah A.W.E.S.O.M.E.
![]() |
| >Chef bertamadun yang masak nasi goreng tanpa hancurkan nasi< |
| >Doctor selalu cakap : kurangkan minyak dalam masakan< |
Jawatan Kosong :
Pengendali Usrah (Naqib)
Tanggungjawab : Tinggal jauh dari Malaysia boleh
menggoncang keimanan dan akidah seorang pelajar di luar negara. Namun,
kehadiran naqib-naqib yang berada di sekeliling memastikan bahawa aqidah masih
lagi berada di dalam jalan yang betul. Mereka ini adalah tidak dibayar dan
terdiri daripada para pelajar senior. Program-program yang dianjurkan bukan
sahaja menguatkan iman tetapi turut membentuk satu ikatan ukhwah yang terjalin
sesama muslim. Ayat aku pun dah macam nak bagi tazkirah masa usrah. Agak-agak
ada peluang ke masa aku naik jadi senior nanti? InsyAllah.
Jawatan Kosong :
Pakar Kaunseling
Tanggungjawab : Memandangkan keluarga
jauh, rakan-rakan rapat pun ada berapa orang la sangat di sini; maka semua
pelajar layak digelar sebagai pakar kaunseling. Masalah confirm akan timbul di
mana-mana sahaja. Maka dengan bilangan Malaysian yang sedikit di UK, menjadi
peranan untuk saling support-menyupport. Aku share prob dengan ko, ko share
prob dengan aku : ini adalah kebiasaan di sini. Sebarang masalah yang boleh
diselesaikan ataupun dinasihati, maka kaunseling akan diberi. Walaupun semua
macam amatur dan biasa-biasa sahaja, namun kehadiran di sekeliling sudah lebih
dari sekadar mencukupi. Ayat agak skema di hujung-hujung sebab pakar kaunseling
kenalah professional kan?!
| >Di belakang pentas ketika aktiviti usrah< |
| >Muka para pengikut yang semangat dan kiasu< |
Jadi, itulah
sebahagian kerja part time pelajar-pelajar di UK yang tidak dibayar oleh wang
ringgit tapi dibayar dengan pahala dan dasar kemanusiaan. Lain kali, aku share
pekerjaan-pekerjaan lain la pulak. Tapi empat pekerjaan di atas adalah yang
paling popular di sini. Kalau terasa nak apply, bolehlah isi borang yerk.
*Hujung minggu depan, ada orang nak datang lagi*
[Bila la pulak aku nak start study dengan serius nie? Asyik keje jer!!]

