My Followers Who Follow My Blog

Monday, March 29, 2010

Pengangkutan Utama di London : Tube Underground

Dengan secara rasminya, aku nak bagitahu dengan korang semua bahawa cuti aku akan bermula besok dan aku boleh start study besok. Eh, sebenarnya cuti aku dah start minggu lepas lagi sebenarnya tetapi jadual yang pack membuatkan aku busy dan tak rasa cuti pun. Tapi sekarang aku baru sahaja habis aktiviti terakhir dan sekarang masa untuk rehat dan juga study. Kalau korang nak tahu, sejak Jumaat lepas, aku pakai kot setiap hari tau. Ini senarai aktiviti aku sejak Jumaat sampai hari ini yang sudah berakhir~!!


pengangkutan di london tube>Senarai link tube di London<


pengangkutan di london tube
>Tube Map : Lengkap dan merangkumi semua<


Jumaat : Interview dangan CIMB Malaysia untuk internship dan placement semasa cuti summer di Malaysia nanti.
Sabtu : Salah seorang komuti yang menguruskan program University Challenge dan berakhir dengan jayanya dan gembiranya.
Ahad : Menghadiri Careers Fair di London, UK dan berjumpa dengan wakil Ernst & Young (salah sebuah Big 4 Audit Firm in the World) untuk bincang pasal internship.
Isnin : Ada dinner dengan wakil PWC (juga salah sebuah Big 4 Audit Firm) dan Presiden ICAEW (badang perakaunan chartered). Presiden tau, bukannya anak-anak buah dia k!!

So, itulah jadual aku sepanjang 2-3 hari lepas. Sekarang aku dah kembali free dan boleh simpan kot di dalam locker kembali dan pakai untuk tahun depan la pulak. Memang aku pergi ke sana ke mari sepanjang empat hari ini dan memang menggunakan tube ke peringkat maksimun. Kalau nak guna tube, kena ada Oyter Card dan monthly pass untuk memudahkan urusan seharian. Untuk kali ini, aku akan share dengan korang semua transport utama di Kota London. Apakah ia?! Mestilah tube ataupun lebih dikenali sebagai underground~!!

Sebenarnya kalau korang nak tahu apa-apa pasal underground ataupun tube, korang dengan mudahnya boleh google ataupun wikipedia pasal benda ini. Tetapi aku di sini nak share beberapa benda yang mungkin tak wujud di dalam google ataupun wikipedia. Apakah benda itu?! Benda itu ialah pengalaman dan kisah-kisah aku sendiri menggunakan tube ini. Untuk pengetahuan semua, tube lebih kurang KTM lah. Tapi ada bezanya yang akan aku terangkan di bawah kemudian ini. Ada lebih daripada 6 jenis line tube yang beroperasi di bawah satu agensi dan mencecah ratus stesen yang cover the whole London. Masyuk kan?! ^_^


pengangkutan di london tube>Suasana biasa di dalam tube pada jam 10 malam<


pengangkutan di london tube>Permandangan di KTM Serdang<


pengangkutan di london tube>Lagi pemandangan tambahan di KTM Serdang<


London Underground VS Malaysia KTM

1. Underground ataupun tube adalah lebih panjang berbanding dengan KTM. Rasa-rasa aku dalam dua kali ganda panjang KTM dan ini membolehkan penumpang duduk dengan selesa : tidak seperti di KTM yang bersesak-sesak.
2. Tube jauh lagi efisien berbanding KTM. Mesti akan ada sekurang-kurangnya 3 train dalam masa 10 minit yang berbeza dengan Malaysia : ada satu train dalam 10 minit boleh diconsider bersyukurlah. Memang akan tiba tepat pada waktunya kalau di London.
3. Bilangan stesen yang dimiliki tube London mencecah ratusan kesemuanya dan compare di Malaysia yang hanya mencecah puluhan. Kalau sesat di Kota London, just masuk mana-mana tube station dan anda akan selamat. Ada dalam 9 zone London yang dicover oleh tube.
4. Sekiranya guna Touch n Go di London (Oyster Card), ticket akan jauh lagi murah dan hanya satu ticket diperlukan walaupun korang tukar pergi link lain. Tetapi kalau di Malaysia, harga ticket adalah sama sekali tidak berubah dan kena beli yang lain kalau nak guna link lain.
5. Tube di London memang pantas dan laju dan menghargai masa. Ini adalah berlainan dengan di Malaysia yang mana tube agak slow dan lambat. Apa-apapon, kita hanya mampu bersyukur dan redha dengan apa yang ada. ^_^


pengangkutan di london tube>Aktiviti utama di dalam tube : Tidur saja<


pengangkutan di london tube>Dengar muzik di dalam tube memang biasa<


pengangkutan di london tube>Aku pun terikut-ikut budaya membaca di dalam tube<


Aktiviti Biasa Buat di Dalam Tube

1. Tidur : Tidur memang common punya aktiviti di dalam tube kalau korang semua nak tahu. Aku pun sekali sekala ada juga tertidur di dalam tube sementara menunggu nak sampai ke next station. Setiap masa yang ada akan digunakan semanfaatnya dan tidur merupakan salah satu aktiviti bermanfaat.
2. Muzik : Memang biasa kalau di dalam tube, aku tengok orang denga muzik. Kadang-kadang, kalau aku bawa mp3 aku, aku sendiri pun akan dengar muzik juga. Ada juga kadang-kadang orang yang dengar muzik tu pasang muzik dengan amat kuat sehinggakan aku yang beberapa belah dari dia pun boleh dengar. Pekak ker?!
3. Buku : Yang aku perasan, kalau naik tren di Malaysia memang takda peluang nak baca buku sebab ramai orang dan panas. Tapi kalau di London, amalan membaca buku memang jadi tradisi. Aku pun sempat revise lecture notes lagi dalam tube tau. Memang aku rasa amat efisien lah duduk di UK nie.
4. Mail dan SMS : Untuk pengetahuan semua, di dalam tube ataupun underground takda link phone memandangkan di bawah tanah kan. Jadi, masa di dalam tube juga digunakan untuk membalas semua email ataupun sms aku di dalam blackberry aku. Bila dah keluar ke dunia, aku pun terus sahaja send.
5. Lain-lain : Macam biasalah aktiviti-aktiviti lain di dalam tube macam aktiviti di dalam KTM juga. Ada borak mengumpat, baca surat khabar free, makan, minum dan macam-macam lagilah. Aku pernah tengok orang menari dan main muzik di dalam tube. Mula-mula memang enjoy tapi bila dia datang minta derma, terus hilang enjoy tu. -_-"


pengangkutan di london tube>Di dalam tube Metropolitan Link yang sunyi sepi<


pengangkutan di london tube>Seram tak gambar yang ini?!<


pengangkutan di london tube>Berpoyo di stesen tube Aldgate East<


Apa Aku Tak Suka Pasal Tube?!

1. Kadang-kadang bila aku berkejar-kejar nak naik tube, mesti ada sahaja orang yang jalan berlenggang-lenggang depan aku. Aku tahulah yang dia tu lagi banyak masa free berbanding aku. Jadi, aku pun terpaksalah melambatkan pace perjalanan aku dan ada risiko untuk ketinggalan tren. Kalau ada next tren yang cepat selepas itu tak mengapa tapi kalau tak ada?! Memang hanginlah aku jawabnya!!
2. Seperti mana di Malaysia, amalan suka berkumpul di depan pintu tren juga menjadi habit di sini. Kadang-kadang aku tengok memang ramai orang nak masuk tube tetapi ada beberapa yang mungkin tak paham bahasa inggeris yang bertenggek di depan pintu dan menyukarkan orang nak masuk. Kan senang kalau dia merajinkan diri dia untuk move ke part tengah of the tube. Bagi keselesaan kepada orang lain jua.
3. Untuk pengetahuan semua, tube adalah di bawah tanah. Sebab itu dia dapat nama underground juga. Memandangkan di bawah tanah, jadi korang mesti boleh budget kepanasan yang dialamikan. Memang biasa berpeluh di dalam tube sebab agak panas compare suhu di darat. Lebih-lebih lagi time pakai tebal-tebal. Huuuuu~~

Aku rasa itulah sedikit sebanyak maklumat pasal tube ataupun underground di London ini. Kalau korang nak tahu apa-apa, macam biasa boleh tanya aku direct yerk. Oh yer, lupa nak bagitahu semua yang aku dah mereka tempat untuk sesiapa yang berminat untuk iklankan diorang punya business ataupun website. Ada di bahagian tepi tu kalau korang semua tengok. Hanya perlu tekan box tu dan terus mail aku untuk perbincangan seterusnya. Kosnya adalah sama sekali tidak mahal : hanya RM10 sebulan untuk satu slot 125 x 125. Or korang rasa blog aku nie macam tak da apa-apa sangat?!


pengangkutan di london tube>Russell Square station : Paling dekat dengan hall aku sekarang<


pengangkutan di london tube>Iklankan business anda dengan hanya RM10<


Meh aku bagitahu dan story sedikit pasal blog aku nie. Kalau korang tengok followers aku pun dah mencecah 800 orang lebih. Selain daripada itu, ranking Alexa aku saat entri ini ditulis ialah 708 409 untuk satu dunia dan rank 4384 bagi satu Malaysia. Selain itu, berdasarkan traffic nuffnang, aku mendapat average dalam 2000 unik traffic setiap minggu. Unik traffic yerk, bukannya traffic yang biasa-biasa itu. Apa-apapun, aku rasa dengan RM10 memang berbaloi. Keputusan adalah di tangan anda. Fikir-fikirkan~!! Sebelum nak tutup bicara hari ini, just nak bagitahu yang sesiapa yang belum dapat poskad dari London tu, aku memang tak tahu lah mengapa : maybe ada prob somewhere. Tapi dah ada yang dapat poskad tu yerk. Jadi, tunggu sahajalah k~!!


*Masa untuk study dan berehat pada waktu yang sama*
[Rindu nak makan kebab : Dah berzaman rasanya tak makan kebab]

Pemikiran Muslim di Malaysia Terus Diserang

Sebenarnya ini merupakan kali kedua aku post entri untuk blog ini untuk hari ini memandangkan entri pertama yang aku taip beberapa jam lepas dah kena hack and dah terdelete. Adoi!! Dah la bersusah payah aku taip semua benda tu. Ingat senang ke? Tapi tak mengapa, aku tak kisah untuk taip pasal benda lain pula yang mugkin aku boleh share dengan semua orang. Yang penting, ada ilmu untuk dishare bersama-sama dengan semua orang dan semua orang mendapat manfaat daripadanya~!!


serangan pemikiran islam>Agak-agak di Malaysia ada tak macam nie?!<


serangan pemikiran islam>McD ini dari negara mana?!<


Sebelum ini aku sudahpun menulis pasal serangan pemikiran yang berlaku di Malaysia kan? Serangan pemikiran ini dilakukan oleh musuh-musuh Islam tanpa kita sedari dan kita pun terpengaruh dengannya. Kali ini, aku nak sambung entri aku yang sebelum nie tu dan ingin berkongsi 3 lagi cara or kaedah pemikiran muslim di Malaysia diserang. Tiga cara ini adalah lebih dikenali sebagai 3F. Apakah 3F itu? Fara, Faizal dan Fitri?! Bukan2!! Bukan itu yang dimaksudkan oleh 3F ini tetapi adalah seperti yang aku akan huraikan di bawah. Sila scroll down dei~!!

Serangan "F" Pertama : Food
Kaedah serangan?! : Kalau korang perasan, pemikiran muslim di Malaysia asyik duk fikir nak makan sahaja sehinggakan aku rasa kerja diorang menjadi tidak efisien langsung. Contohnya, dalam sehari ada lima kali waktu makan dan setiap kali waktu makan, mesti ambil masa yang lama dan secara tidak langsung, ini akan mengakibatkan kita kurang masa untuk bekerja ataupun beribadat. Kadang-kadang ada makanan yang diambil tanpa mengira samada halal ataupun tidak dan makanan ini menjadi darah daging kita dan membentuk diri kita. Selain daripada itu, kita langsung tidak berfikir apabila kita makan di kedai-kedai yang pemilik francaisnya adalah yahudi seperti McDonalds. Kita memberi sumber pendapatan kita untuk digunakan oleh pihak-pihak yahudi. Adakah kita sedar?! Nak tambah lagi : kalau semasa berbuka puasa, mesti penuh meja dengan makanan dan kadang-kadang tak habis pun. Ini mengakibatkan pembaziran yang merupakan amalan syaitan. Bila perut dah penuh yang melarat-larat, mulalah malas untuk terawih dan beribadat. Adoi2!! -_-"


serangan pemikiran islam>Makan dengan sewajarnya : Jangan berlebihan<


serangan pemikiran islam>Kerana fesyen : Pakai sahaja apa yang mungkin tak tahu<


Serangan "F" Kedua : Fun
Kaedah Serangan?! : Kalau aku sebut perkataan "Fun", apa yang korang ingat? Mesti "fun-fair", shopping, television dan banyak lagilah program lain yang memang fun betullah. Kadang-kadang kita terlalu asyik dengan fun duniawi sehingga terlupa dengan fun di akhirat nanti. Kita ambil contoh yang senang dan mudah. Biasanya majlis-majlis ataupun proram-program ataupun konsert-konsert akan bermula jam 8.30 malam. Kalau 8.30 malam bermula, pukul 7.30 dah nak kena ada di tempat program or anugerah tu. Kalau kul 7.30 malam dah kena ada di situ, agak-agak pukul berapa bertolak dari rumah? Nak tak nak, dalam pukul 6.00 petang ataupun 6.30 petang gak. Kalau difikirkan, bila sembahyang maghrib kalau macam tu gak?! Sebab fun punya pasal, sembahyang disisihkan tapi kita tak sedar dan anggap semua benda itu hanya biasa-biasa sahaja. Selain itu, kalau tengok program-program yang best cam kena undi guna SMS : memang sanggup untuk berhabis duit sebab fun dan gembira kan?! Tapi kalau nak sedekah ke masjid : fikir tak habis-habis kut.[o.O]

Serangan "F" Ketiga : Fesyen
Kaedah Serangan?! : Trend memakai tudung tapi macam tak pakai dan trend menutup aurat tapi cam tak tutup aurat memang popular sekarang ini. Aku taknak cakap panjang : korang boleh google sendiri apa akibat untuk girl yang menutup aurat tapi umpama bertelanjang. Boleh cuba untuk google sendiri hadis tu yerk! Tapi kalau korang tengok sekarang, demi fesyen, memang sanggup untuk berhabis duit walau sebanyak mana pun. Brand yang popular dikejar-kejar. Kalau murah tak per gak, nie lak mahal melambung. Baik bagi sedekah kat anak-anak yatim : dapat pahala free. Kita sekarang terikut-ikut dengan fesyen kelolaan orang barat. Kalau pakaian tu, penuh dengan corak-corak yang pemakai sendiri pun tak paham apa-apa. Kadang-kadang di baju tu, ada simbol bintang enam yang melambangkan freemason tapi kita pakai saja. Cakap rock kan!! Rock pekebendanya?! Kita seolah-olah pada masa yang sama menyebarkan fahaman yang memang salah ini. Nak nangis kecewa rasa T_____T

serangan pemikiran islam>The Arrivals : Pendedahan yang terbaik<


serangan pemikiran islam>Pentingkah? : Fesyen yang berlebih-lebihan<


serangan pemikiran islam>Fun-fair : sampai asyik dan tak ingat apa-apa<


Aku rasa itu sahaja sesi pengkongsian aku hari ini. Mungkin ada yang terasa dan mungkin ada yang tersilap. Jadi, aku minta maaf awal-awal dan harap di maafkan. Yang penting, kita kena sedar bahawa di dalam hidup kita ini, serangan-serangan pemikiran terhadap umat Islam ada di mana-mana sahaja. Terpulang kepada kita samada untuk buat-buat tak tahu ataupun untuk sedar terus. King Louis V (kalau tak silap la!!) pernah berkata : "Kita tidak boleh melawan muslim dengan perang kerana semangat jihad yang tinggi. Tapi kita boleh tewaskan mereka dengan melemahkan pemikiran mereka dan serang pemikiran mereka itu" Agak-agak korang, kena serang tak sekarang ini?! Aku share link di bawah untuk bagi lagi sedar~!!

    Related Posts with Thumbnails