My Followers Who Follow My Blog

Monday, August 16, 2010

Shopping Sakan Raya & Aku Keluar Harian Metro Pula!!

Last time, aku ada cerita dengan korang semua pasal ke"excitement"an aku bershopping di London kan?! Kalau sesiapa yang belum baca dan berminat, bolehlah rujuk dua entri aku di ruangan ini dan juga di ruangan ini. *kuikuikui* Sebenarnya aku nak kongsi dengan korang semua ke"excitement"an aku bershopping di Kuala Lumpur lak kali nie. Mesti ramai yang tahu kan bahawa SOGO sekarang tengah diskaun gila-gila. So, aku pun buatlah trip berduit ke sana semalam. Antara bebarang yang aku terbeli ialah :


sale shopping hari raya aidilfitri>Rasa macam nak shopping lagi tapi entah bila la pulak yerk<


sale shopping hari raya aidilfitri
>Antara pemandangan di Sogo : Meh ramai-ramai serbu<


Barangan terbeli : Dua helai t-shirt Cheetah
Harga : RM21.95 sehelai selepas diskaun (Dijangka RM54.99 sehelai sebelum diskaun)
Komen serba sedikit : Dua tahun berturut-turut raya sebelum nie, aku belikan kain pelikat sebagai hadiah hari raya kepada ayah dan atuk aku. So, tahun nie aku cuba untuk ubah style sedikit. Time aku pergi SOGO, aku tengok t-shirt Cheetah tengah diskaun dan memang aku minat style t-shirt sebegitu : kosong dan polo. Jadi, aku pun angkutlah dua helai untuk ayah dan atuk aku : sempena hari raya kan?! Kalau mampu, aku pun nak angkut sehelai untuk aku later on. ^_^

Barangan terbeli : Jeans Diesel
Harga : RM41.95 selepas diskaun (RM146.90 sebelum diskaun)
Komen serba sedikit : Setahun yang lepas, aku ada dalam 4-5 helai jeans dengan design yang agak skema. Tapi selepas setahun berlalu, aku mendapati jeans-jeans itu terlampau besar untuk aku sekarang. Ukuran pinggang pun dah menurun sebanyak 4 inch. Jadi, aku pun decide nak beli seluar jeans baru bersempena raya. Aku pun angkutlah sehelai jeans jenama Diesel berdesign stylo. Kalau sempat dan berkemampuan, sebelum balik Terengganu nanti : aku nak angkut sehelai lagi jeans. Mungkin jenama Milano pulak. Per pendapat korang?? Membazir ker?!


sale shopping hari raya aidilfitri>Nie seluar jeans Diesel yang aku angkut semalam : Jeles tak??<


sale shopping hari raya aidilfitri>Yang nie pulak hadiah raya untuk atuk dan ayah aku<


sale shopping hari raya aidilfitri>Tudung matahari untuk mak dan nenek aku : Sekadar termampu<


Barangan terbeli : Dua helai Tudung matahari
Harga : RM15.00 sehelai (Selalunya berharga dalam RM25.00 sehingga RM40.00)
Komen serba sedikit : Memandangkan aku dah belikan t-shirt untuk ayah dan atuk aku, maka untuk mak dan nenek aku, aku belikan diorang tudung matahari. Dua raya yang lepas, aku belikan diorang kain sepasang dan balik dari London hari tu pun, aku dah belikan diorang berdua beg kulit. Beg kulit asli lak tu. Maka, untuk raya nie aku kena kasi kurang sedikit ah budget. Aku beli tudung nie di Masjid India. Confirm korang semua tahu area tu kan?! Betul tak?!!


sale shopping hari raya aidilfitri>Inilah gambar aku di dalam ruangan Salam Perantau Harian Metro<


sale shopping hari raya aidilfitri>Kira okaylah jugak memandangkan gambar aku agak menyerlah<


sale shopping hari raya aidilfitri>Yang nie edisi web : sila tekan untuk lebih kejelasan<


Jadi, itulah tiga pembelian utama aku semalam. Memang plan nak shopping banyak lagi tapi kena tunggu beberapa hari sebelum balik Terengganu dululah memandangkan perbelanjaan kena budget bebetul. Kalau tak cukup duit nak makan, kan mampus aku nanti. *wakakaka*

Oh ya, dalam entri sebelum nie, aku ada story-morry dengan korang semua bahawa aku masuk ruangan “Salam Perantau” di Berita Harian kan?! Dijadikan ceritanya, hari Jumaat lepas, aku sekali lagi masuk akhbar : this time Harian Metro yakni sekali lagi di ruangan “Salam Perantau”. Yang speselnya this time ialah gambar aku sengsorang. Siap pakai baju sejuk tebal edisi beruang kutub dan berlatar-belakangkan UK. Memandangkan ramai yang baca Harian Metro, secara automatiknya terfames jap aku. Pastu, kalau tak silap aku, hari nie keluar gambar aku lagi dalam Harian Metro yakni yang sama macam dalam Berita Harian di entri yang lepas. Nanti aku update korang yerk. *walaweihahahaha*


*News Straits Time, Berita Harian dan Harian Metro dah ada gambar aku. Pasnie?!!*
[Ribuan trimas kepada Cik Asliza Ahmad kerana melayan karenah bershopping aku]
    Related Posts with Thumbnails