Teehaaa!! Lama betul rasanya tak update blog. Dah hampir mencecah dua minggu aku tak sentuh langsung pasal blog : update blog, blogwalking, baca blog orang lain dan sewaktu dengannya. Dah masuk second year nie, aku kena kasi double focus ataupun triple focus kepada study aku. Tak boleh nak banyak main-main macam first year dulu. Oh ya, walaupun busy dengan study, sempat jugak aku pergi Brussels, Belgium last weekend. Tapi itu aku akan cerita kat korang semua kemudian yerk!! ^_^
Siapa yang kenal Roger Federer? Walaupun korang tak layan sangat tenis tapi aku yakin yang korang semua mesti kenal Roger Federer kan?! Roger Federer adalah legend dalam tenis dan antara pemain tenis terhebat sepanjang abad. Beliau merupakan pemenang gelaran Grand Slam terbanyak dalam sejarah setakat nie. So, apa kaitan Roger Federer dengan aku yerk. Last month aku berpeluang untuk menonton perlawanan tenis antara Roger Federer dan Robin Soderling di ATP World Tour Finals 2010 di O2 Arena, London, United Kingdom secara live. (^_^)/
Selalunya ticket untuk kejohanan antarabangsa di London boleh mencecah lebih daripada GBP 40.00 (RM200.00) tapi aku dan member berjaya mendapatkannya semurah GBP 10.00 (RM50.00). Kami berempat berpeluang untuk tengok dua match yakni Bryan Brothers (No. 01 untuk double men tenis) dan jugak Roger Federer vs Robin Soderling untuk ATP World Tour Finals 2010 tu. Memang puas hati betullah sebab dengan ticket semurah itu, kitorang dapat tengok Roger Federer dan Bryan Brothers bermain secara live. Memang best tul tengok Roger Federer dan Robin Soderling main depan mata sebab diorang give all out untuk game tu. Great games dan perasaan tengok game live tu memang berbeza 100% daripada tengok dalam tv. Untung gila aku rasa!! Wakakaka!!
Kalau tadi aku story serba sedikit mengenai aku pergi tengok match Roger Federer secara live. Sekarang aku nak story pasal aku pergi tengok match Arsenal secara live pulak. Lebih kurang dua minggu lepas, aku beli ticket untuk tengok match Arsenal lawan Wigan di Emirates Stadium di London. Orang cakap once dah sampai di London, kena buat dua benda yakni tengok match di stadium dan pergi theater. So, aku pun pergilah untuk tengok match Arsenal di Emirates Stadium bersama empat orang member aku yang lain. Oh ya, kalau korang semua nak tahu, harga ticketnya adalah GBP 20.00 per person yakni lebih kurang RM 100.00. Kira okaylah memandangkan peluang sekali seumur hidup maybe. Ahakz!!
Biasanya kalau tengok match bola, mestilah tengok di dalam stadium kan dan biasanya stadium adalah outdoor kan? So, dahla match tu waktu malam : terpaksalah menahan sejuk yang amat sangat. Kalau korang nak tahu jugak, masa tu salji dah mula turun semasa match. Salji dan waktu malam : memang boleh beku. Tapi aku semangat punya pasal dapat tengok match pasukan favret aku yakni Arsenal, maka kesejukan tu tak dapat menghalang aku. Namun member aku yang lain dah siap berkelubung menahan sejuk. Aku jer semangat lebih. *kuikuikui* Kuat tul aku berjalan-jalan kan?! Next week planning nak turun Germany pulak. Wakakaka!!
*Cuti sudahpun bermula : bolehlah aku meluangkan sedikit masa untuk berblog*
[Next week aku akan pergi ke Germany, Switzerland dan juga Paris : Doakan semuanya OK]







