Berjaya! Banzai! Aku berjaya menghabiskan 40 jam lecture statistics dalam masa 5 hari. Tetapi daripada 40 jam tu, hanya 30 jam yang boleh dikatakan aku faham dan hanya 20 jam yang aku betul-betul paham dan boleh praktiskan di atas kertas. Kira okaylah tu memandangkan sudah mencecah 50% daripada syllabus. Kira aku dah boleh pass la tu. Sekarang boleh aku fokus kepada past year exam papers dan modules lain pulak. Ngeh2!!
Nak dijadikan cerita, semalam aku check analysis nuffnang. Korang tahu kan yang nuffnang kan ada part analytics dan part keywords. Part keywords nie kalau tak silap aku menunjukkan keywords yang orang cari di enjin carian yang lead ke arah blog aku. Aku check details for this whole weeks. Antara keywords yang ada yang bawak ke blog aku ialah "Coretan Perantau" yakni yang paling tinggi. Selain itu, ada keywords "Coretan Perantau di London." Ada juga keywords jenama-jenama pakaian macam Ted Baker dan juga Zara. Ingat blog aku blog jual pakaian ker?! -_-"
Tetapi keywords yang paling mengejutkan aku dan merupakan yang kedua tertinggi ialah "Nombor Telefon Pelacur." Yang tak tahannya, bukannya sekali dua tetapi lima kali sepanjang minggu ini dan enam kali sepanjang bulan lepas. Mak ai~ Reputasi buruk jap blog aku nie. Ada ker patut dikaitkan dengan pelacur?! Ingat aku buat bisnes pelacur datang ke rumah ker : siap ada nombor-nombor telefon lagi nie?! Adoi2!! Kalau tak tahan sangat, cepat-cepat pergi kahwin. Boleh elakkan dosa kan?! Yang tak tahannya, dalam bahasa Melayu. Adakah pengguna keywords tu orang Melayu? Aku sendiri pun tiada jawapannya. Oh ya, kalau korang nak tengok keywords tu, aku dah print screen di bawah nie. Boleh tekan untuk pembesaran yerk!!
Sebenarnya tu sahaja yang aku teringin nak kongsi kali nie. Oh ya, sambil-sambil aku tulis entri nie, aku layan lagu Ramli Sarip yang bertajuk "Bukan Kerna Nama." Lirik dia menarik perhatian aku. Aku sertakan video youtube lagu tersebut bersama-sama dengan lirik lagu tu sekali untuk korang sama-sama renungkan. Layan di bawah nie erk~!!
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
1. Aku menulis bukan kerna nama : Aku menulis blog nie bukan kerna nama tetapi hanya ingin berkongsi secebis kehidupan aku di sini bersama-sama kawan-kawan di Malaysia yang mungkin tiada kesempatan ke luar negara.
2. Kita sama semuanya sama. Apa yang ada hanya kehidupan : Walaupun aku belajar di luar negara, aku hanya seorang rakyat Malaysia yang biasa dan tak ada apa-apa keistimewaan apa-apa pon. Hanya kehidupan aku yang sedikit berbeza yang aku kongsikan di sini.
3. Kerna sifat kasih. Pada sesama insan : Aku menulis kerna aku kasih sesama insan sebab aku ingin memberi harapan dan motivasi kepada ramai lagi rakyat Malaysia : terutamanya student Malaysia di luar sana.
4. Jangan kau dengar puisi dusta : Korang boleh nilai sendiri tujuan seseorang blogger itu menulis : samada hanya untuk popular ataupun untuk berkongsi ilmu dan apa-apa yang berguna. Korang dapat tahu melalui entri mereka sendiri.
5. Jangan kau alas hatimu itu dengan secebis warna kehitaman : Jangan sesekali kita buat benda yang boleh memberi ataupun meninggalkan kesan hitam di hati kita sebab hati ini yang mengawal kehidupan kita dan bukannya akal.

>Mengasihi sesama insan tanpa apa-apa sempadan<
Eh, camner leh terpanjang la pulak entri kali nie?! Aku hanya nak berkongsi keywords yang agak mencemar maruah blog aku tu dan juga lagu Ramli Sarip nie. Memang best lagu nie dan aku tujukan kepada semua blogger dan juga pembaca semua. Kepada blogger : kenapa kita menulis sebenarnya?! Atas nama dan kepopularan ataupun atas dasar kasih dan sayang?! Kepada pembaca : aku hadiahkan blog ini sebagai pemberi motivasi kepada korang semua untuk terus berusaha dalam apa sahaja yang korang buat dan aim. Perbetulkan niat sekiranya ada yang terpesong~!! ^_^
*Nanti pukul 6.30 petang ada majlis solat hajat dan yassin di MSD<
[Layan lagu Ramli Sarip yang nie memang best : Mari start study kuasa lima]



