Hari nie merupakan antara hari yang paling relax memandangkan aku tak perlu lagi pergi kerja di Damansara : sebabnya dah habis Jumaat lepas. Selain itu, aku turut akan balik ke kampung di Terengganu malam besok. Pergh!! Bestlah aku duk layan Bazaar Ramadhan di sana nanti. Papepon, aku plan nak pergi shopping di Masjid India jap selepas solat Zuhur nanti kut. Ada sesiapa yang nak ikut tak?! Mana tahu ada yang mahu join aku dan nak aku belanja ker. *muehehehe*
Bercakap pasal isu semasa, nampaknya memang hangat benar sekarang nie dengan isu hokum orang bukan Islam untuk masuk ke dalam masjid kan?! Aku sendiri sebenarnya memang kurang pasif bab-bab hukum nie. So, aku pun buatlah sedikit rujukan di Google. Pastu aku terjumpa sesuatu yang meyakinkan. Apa yang aku jumpa adalah statement khas yang diperolehi daripada buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Tak kisahlah ambil daripada negara Brunei pun kan sebab diorang pun negara Islam jugak kan?! So, jom baca ini :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28
Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram. Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub. Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )
Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.
Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) : “Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )
Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan. Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
So, itulah antara statement ataupun penerangan yang memang lagi terang dan bersuluh mengenai hukum membawa masuk orang bukan Islam ke dalam masjid. Kalau nak debate dengan aku pasal hukum-hakam nie, memang aku out sedikit ah. Papepon, aku nak share sikit satu benda dengan korang semua.
Semasa aku berada di UK, Islamic Society university aku (yang dianggotai oleh pelbagai muslim students dari SELURUH DUNIA) menganjurkan aktiviti Mosque Trip yang membolehkan non-muslim melawat masjid dan belajar lebih banyak mengenainya. Pada masa yang sama, mereka akan diperkenalkan dengan Islam. Kami sendiri (muslim dan bukan Islam) dilayan dengan amat baik oleh Imam Besar Masjid Covent Gardens (antara masjid terbesar di London). Tapi tak tahulah pulak, once balik ke Malaysia : hukum untuk orang bukan Islam masuk masjid terus jadi lain. *isyh2!!* -_-"
*Pendapat umum korang pulak camner mengenai isu nie?! Wajar atau tidak?!*
[Adoi..diorang tak habis lagi baiki rumah ker?! Aku nak pergi mandi pulak nie]
