“A nuclear power plant in Fukumi, Japan exploded at 4:30 AM today. If it rains tomorrow or later, don't go outside. If you are outside, be sure that you have rain protectors. It's acid rain. Don't let it touch you. You may burn your skin, lose your hair or have cancer. Please pass and spread the words!”
Aku yakin ramai antara korang pernah terbaca statement di atas samada di Twitter ataupun Facebook. Sebagai seorang yang prihatin, confirmlah kita akan mengambil tindakan pantas dengan turut menyebarkan status tersebut dan biarkan ia merebak seperti virus tanpa berfikir terlebih dahulu samada ia betul ataupun tidak. Aku sebenarnya tak terror sangat pasal chemistry nie memandangkan aku dalam bidang Accounting and Finance : maka aku pun turut menyebarkan status di atas sehinggalah ditegur oleh seorang member. Dia cakap : acid rain terjadi disebabkan oleh hasil gabungan air hujan dengan komponen-komponen tertentu seperti karbon dioksida, sulfur dioksida, nitrous oksida, hidrokarbon, arsenic, cadmium, plumbum, merkuri, nikel, zink dan logam toksid.
Maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa acid rain memang takkan terjadi angkara kesan radioaktif yang terbocor di Jepun. Lagipun jarak Malaysia dan Jepun yang amat jauh memustahilkan kesan radioaktif untuk sampai ke Malaysia. Ini adalah serba sedikit pertikan artikel Berita Harian. Namun ada yang berpendapat ini hanya cubaan kerajaan untuk mengelakkan daripada orang ramai panic. So, diorang cakap takda pape berlaku. Aku pun buat keputusan untuk buat research sendiri berdasarkan laporan daripada akhbar-akhbar tempatan di London, UK. Menurut laporan tersebut, kebocoran radioaktif ini akan memberi kesan kepada penduduk setempat seperti ancaman cancer. Namun buat masa sekarang negara-negara lain tidak lagi berisiko melainkan wujudnya major explosion. (^_^)/
Dijangkakan angka kematian kesan daripada tsunami dan gempa bumi di Jepun nie akan mencecah 10 000 orang dan hanya keajaiban dapat mengelakkan daripada ianya terjadi. Namun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak kerajaan Jepun dan juga komuniti antarabangsa untuk membantu Jepun sedaya upaya mungkin. Di Twitter dan di Facebook, pelbagai events, status, fan pages, videos dan pelbagai bahan lain dikongsi bersama supaya dijadikan iktibar. Selain itu gerakan meminta derma turut berleluasa secara meluas yang mana artis-artis antarabangsa dan orang ramai menderma semampu mereka. Aku di London pun ada banyak ternampak gerakan derma nie samada di university ataupun di jalanan. Bagus semua bagus. Support!!
Namun ada sesetangah manusia yang mempermainkan isu Jepun nie. Ada akhbar yang menyiarkan gambar ultraman berlari diserang tsunami seperti yang dilaporkan oleh BBC di sini, ada pulak yang lebih mementingkan Maria Ozawa ataupun Miyabi dan banyak lagi isu-isu perlekeh yang lain : aku rasa korang semua lagi tahu kan?! Mungkin golongan sebegini menganggap semua hanya for fun. Once menimpa mereka, barulah mereka sedar betapa tingginya langit nie! *bebel2* Aku pun taknak berceloteh panjang kerana di internet, ada banyak lagi sumber-sumber lain : video, artikel, gambar dab sebagainya. Hanya nasihat aku adalah doakan mereka di Jepun semoga diselamatkan dan situasi mereka tidak menjadi makin teruk. Oh ya, pastikan maklumat yang korang ada sah benar sebelum disebarkan dan berhentilah sebar benda yang salah ataupun sekadar propaganda. Aku benci betul golongan yang mencari publisiti murahan nie gak!! Last but not least : Antara 10 tanda kiamat ialah 3 kali gempa bumi; sekali di Timur, sekali di barat dan sekali di semenanjung Arab. (H.R. Muslim)
*Sekali timpa bencana : insaf kejap pastu alpa kembali : Jangan jadi macam tu tau!*
[Ini yang mampu aku kongsikan daripada research aku : Boleh rujuk BBC untuk update]







