Nampaknya cuaca agak mendung dan suram di luar. Hujan pun dah turun. Suhu pulak takdalah sejuk sangat berbanding beberapa hari lepas. Adakah ini bermakna aku akan membawa sinar kecerahan dengan kecemerlangan di dalam exam besok?! *muehehehe* Tidak sama sekali sebab bab-bab cuaca nie, Allah yang maha menentukan. Oh ya, untuk pengetahuan semua, besok aku akan mulakan exam besar aku. Final exam tahun pertama di London School of Economics (LSE) bermula pada jam 10.00 pagi besok. Cuak?! Rasa nak muntah?! Excited?! Pitam?!! Semuanya bercampur baur memandangkan dah lama aku tak menduduki exam : Tak kira exam kecil or besar. Menggigil nie tau. Ngeee~~
Adakah patut mamat bilik sebelah aku nie sibuk duduk tune dia punya gitar?! Aku tahulah yang dia punya exam dah separuh lepas. Bagilah chance kat aku yang baru nak berexam nie merasakan kecuakan exam. Kalau aku lekuk kepala mamak nie kan, ada dia punggah geng-geng dia. Takleh2!! Bahaya!! Besok dah nak exam. Jadi, kalau nak menduduki sebarang hari peperiksaan, kita kena tempuhi dulu sehari sebelum peperiksaan. *aku terpusing-pusing dengan ayat aku nie.* Jadi, apakah persediaan yang selalu aku buat sehari sebelum exam. Jom aku share dengan korang semua di bawah~!!
Kekemasan Diri : Biasanya sehari sebelum exam, aku akan kemaskan diri aku. Potong kuku yang panjang dan shave segala janggut dan misai. Nie pun baru siap shave dalam tengah hari tadi : kalau tak, macam orang baru keluar gua pun ada. Kalau di pagi hari exam, aku akan mandi lebih lama daripada biasa. Aku akan shampoo rambut dan berendam lama-lama. Lebih-lebih lagi kalau ada air panas. Bila dah bersih dan kemas diri, barulah rasa lagi tenang untuk menghadapi exam.^_^
Makanan dan Minuman : Memandangkan aku exam pukul 10.00 pagi besok, maka aku tak sempat nak masak ataupun sediakan apa-apa makanan. Jadi, tadi aku dah masak nasi putih banyak-banyak untuk makan besok juga. Cukuplah stock aku tu. Selain itu, aku juga dah beli roti, coklat Cadbury dan nescafe. Persediaan untuk kecerahan mata. Aku juga dah beli 6 botol kecil Luzorade yakni sejenis minuman energy. Satu botol untuk satu hari exam. Ini untuk memastikan bertenaga selalu. Harap menjadilah!!
Pakaian : Pada hari exam, biasanya aku akan pakai pakaian yang bersih dan belum dipakai. Maksud aku bukannya pakaian yang baru tetapi pakaian yang dah dibasuh siap semua. Selalunya aku akan pakai any pakaian yang memberi aku keselesaan. Kalau pakai baju besar sedikit pun tak mengapa. Senang untuk jawab exam. Aku akan sediakan segala macam pakaian ini by malam sebelum exam day.
Perkakasan : Benda wajib check dan sediakan sebelum hari exam. Menjadi kebiasaan untuk aku membawa tiga biji pen biru, sebatang pen hitam dan sebatang pensel mekanikal. Selain itu, aku turut bawak pembaris, pemadam dan pencil lead. Kalau exam yang memberi kebenaran untuk membawa kalkulator, aku akan bawak dua biji kalkulator : biasanya dua-dua elektronik or satu elektronik dan satu lagi yang biasa. Takut-takut kalau habis bateri semasa menjawab exam. Kan menyesal tak sudah!! -_-"
Tidur Yang Cukup : Sehari sebelum exam, kena dapatkan rehat yang mengcukupi dan tidur yang selesa. Kalau di London, Isyak masuk waktu dalam pukul 10.49 malam. Subuh pulak masuk jam 3.00 pagi dan pukul 5.00 pagi dah habis. Biasanya aku akan tunggu subuh baru tidur. Tetapi untuk malam exam, aku akan terus tidur selepas solat Subuh dan bangun dalam pukul 4.30 pagi untuk sembahyang Subuh. Pastu, boleh aku buat revision yang ringan-ringan. Sekadar termampu~!!
Revision or Study : Cikgu aku pernah pesan yang malam sebelum exam adalah hanya untuk rehat dan tak perlu lagi study. Aku dengan sepenuh hatinya bersetuju dengan apa yang dia katakan itu. Biasanya aku takkan study pada malam exam melainkan kalau subjek kebesokan hari itu amat payah. Kalau aku study pun, aku akan hanya baca nota-nota simple or small note yang aku buat. Sekadar termampu tanpa membebankan otak dan pemikiran aku. Ngeh3!!
Lain-Lain : Antara benda lain yang aku buat sehari sebelum exam adalah kal parents aku di Malaysia. Kena mintak maaf dan mintak restu daripada mereka. Barulah rasa tenang dan aman kalau nak pergi menghadapi exam. Selain daripada itu, minta maaf dengan kengkawan dan wish Gud Luck kepada sesiapa yang perlu. Aku juga akan pastikan aku okay fizikal dan mental : maka aku banyakkan amalan. InsyAllah.
Alright! Itulah serba sedikit mengenai gaya hidup aku sehari sebelum exam. Biasanya benda-benda nie confirm aku akan buat dan dah menjadi kebiasaan buat diriku. Bagi sesiapa yang terasa aku punya tips or gaya hidup nie bagus, silakan ambil untuk dijadikan pedoman. Lagipun otak aku akan menjadi lebih segar-bugar dengan mendapatkan rehat yang secukupnya untuk menjawab exam. Oh ya, sebelum ending, aku nak wish tahniah kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya menyapu Parlimen Sibu. Exam Besok : Korang bersedia?! Adakah aku bersedia?!!
*Besok Exam?! Ahakz!! Hahahahuhuhuwuwuwuuu TT___TT*
[Tiba masanya untuk menempuh sempadan : Aku yakin aku mampu sedayanya!!]




