My Followers Who Follow My Blog

Monday, July 26, 2010

Nisfu Syaaban

Aku yakin dan pasti bahawa ramai daripada korang tahu bahawa malam nie adalah malam Nisfu Syaaban. Eh jap, tahukah korang apakah itu Nisfu Syaaban?! Nisfu dalam bahasa arab adalah bererti setengah. Jadi, Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Dengan lagi tepatnya, malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban yakni siangnya ke-14 haribulan Syaaban. Faham tak semua?! Senang jer maksud Nisfu Syaaban daripada segi bahasa kan?! ^_^


Nisfu Syaaban>Malam nie adalah malam Nisfu Syaaban<


Nisfu Syaaban>Nie saja jer gambar sampingan : Tengah malam dah nie<


Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban - sebaik sahaja masuk Maghrib) Kiranya pada waktu Maghrib tadilah. Selain itu, Nisfu Syaaban juga bermaksud makin dekat kita menghampiri bulan Ramadhan yakni hanya 15 hari sahaja lagi dan segala preparation perlu dibuat. Ingat tau!! *muehehehe*

Kalau masyarakat kita di Malaysia nie kan, bila tibanya malam Nisfu Syaaban memang akan disambut dengan meriahnya. Maksud aku, kalau di masjid penuh dengan orang ramai. Antara ibadat yang dibuat adalah membaca Yassin tiga kali, solat sunat Nisfu Syaaban dan juga puasa pada kebesokan harinya. Aku sebenarnya tak tahu nak komen apa memandangkan aku try Google dan tak jumpa any hadith sahih mengenai ibadat-ibadat yang patut dibuat di malam Nisfu Syaaban. Tapi, antara hadis yang boleh dipegang untuk Nisfu Syaaban ialah :

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].


Nisfu Syaaban>Membaca Yassin tiga kali : Adat orang Melayu or ibadat orang Islam?!<


Nisfu Syaaban
>Kasar-kasar dalam dua minggu lagi nak Ramadhan<


Kalau dibandingkan antara malam Lailatul Qada’ dan malam Nisfu Syaaban, memang pahala yang diperolehi daripada malam Lailatul Qada’ adalah lagi banyak tetapi berapa ramai sangatlah yang nak mencari Lailatul Qada kan?! Tapi tu kita boleh bincang semasa bulan Ramadhan nanti. *hukhukhuk* Yang aku nak komen sekarang ialah ibadat-ibadat yang kita semangat nak buat nie. Sebenarnya, terpulang kepada individu nak buat ibadat apa-apa pun tapi jangan jadikan "adat" sebagai "ibadat". Faham tak maksud aku?! Macam aku cakap tadilah, tiada hadis sahih mengenai ibadat khusus yang perlu dibuat. So, tak semestinya kena baca Yassin tiga kali malam Nisfu Syaaban nie.

Kadang-kadang kan, bila aku ke masjid pada malam Nisfu Syaaban, jemaah mesti akan baca Yassin tiga kali dengan amat laju dan tajwid pun macam terabur sahaja. Sebenarnya nak membaca Yassin ataupun al-Quran, ada cara dan tertibnya yang betul. Tajwid kena betul sebab bahasa arab nie adalah bahasa yang mendalam. Kalau tersilap baca, boleh membawa kepada maksud yang lain. Niat di hati nak mengejar tiga Yassin sempena Nisfu Syaaban tapi hasilnya dapat dosa sebab baca al-Quran tak betul. Fikir-fikirkanlah dan renung-renungkanlah!!


Nisfu Syaaban>Banyakkan berdoa dan beribadat sunat walau bebila pun<


Nisfu Syaaban>Nisfu Syaaban mesti ramai orang : Harap Ramadhan pun camtu<


Ingin aku ingatkan lagi sekali bahawa tiada hadis sahih mengenai ibadat-ibadat yang wajar dilakukan di malam Nisfu Syaaban dan aku sudah bertanyakan kepada ustaz aku untuk double confirm. Jadi, janganlah terbawa-bawa sangat dengan adat orang Melayu sehingga menjadikan ia seolah-olah ibadat yang wajar dilakukan. Memang terlampau banyak adat yang dah sebati dalam kehidupan umat Islam di Malaysia dan kita sendiri menganggapnya as ibadat. Betul tak?! Papepon, kalau teringin beribadat sunat, jangan hadkan hanya di malam Nisfu Syaaban. Betul tak semua?!


*Perbetulkan aku sekiranya ada khilaf mengenai malam Nisfu Syaaban*
[Marilah memeriahkan Nisfu Syaaban dahulu dan Lailatul Qada' pula bulan depan]
    Related Posts with Thumbnails