Kecoh dunia blogger sekarang dengan masalah malware yang timbul daripada blog-blog beriklankan Innity yerk. Sekiranya korang ada linkkan any blog berInnity, korang akan turut menerima tempiasnya. Yang ajaibnya adalah blog aku terselamat walapun ada Innity. Kalau korang nak tahu, program Innity di Indonesia telah diserang malware dan ini menyebabkan Google memblacklist domain Innity.net secara seluruhnya. Sebab itulah publishers iklan Innity turut terkena kesannya. Isyh3!!
Papepon, problem tu kini dalam proses penyelesaian dan Google sudah pun memberi lampu hijau : jadi tak perlulah risau yerk!! ^_^ Sekarang : kita kembali ke topic asal!! Sebenarnya aku nak tulis entri lanjutan kepada Entri Generasi Aku & Generasi Adik Aku sebelum nie. Jadi, mari kita semua layan perbezaan lain antara dua generasi tersebut :
Generasi Aku : Masa kecil-kecil dahulu : bila cikgu tanya apakah cita-cita bila besar nanti, mesti kita semua dah boleh agak jawapannya kan. Ada yang nak jadi tentera, ada nak jadi doctor dan yang paling common adalah nak jadi cikgu. Kadang-kadang satu kelas nak jadi cikgu. Aku pun pernah terfikir nak jadi cikgu dulu. *kuikuikui*
Generasi Adik Aku : Kalau ditanya dengan budak-budak zaman sekarang mesti ramai pakat nak jadi macam Mawi dan Siti Nurhaliza. Apa kelas kalau jadi cikgu ataupun askar kan?! Kalau jadi artis ataupun pelakon, lagi cepat nak popular dan boleh masuk TV. Cuba tanya adik korang kalau tak caya!!
Generasi Aku : Kalau dapat sepasang baju baru setiap tahun pun dah cukup okay : tak kisahlah samada baju sekolah ataupun baju raya. Kadang-kadang pakai baju raya yang sama dengan tahun lepas pun tak kisah. Kasut pakai bertahun-tahun pun macho jer.
Generasi Adik Aku : Baju raya mestilah ada banyak pasang : kadang-kadang sampai tak terpakai langsung pun ada. Selepas tu, baju sekolah kalau boleh nak tukar setiap tahun sebab lasak sangat pakai. Kasut pulak nak kena brand up to date walaupun mahal. Aku tak camtu pun. TT__TT
Generasi Aku : Setiap buku-buku folio yang aku buat dulu, aku kena tulis tangan dan bahan-bahan rujukan ialah kertas-kertas surat khabar dan buku-buku di library. Kalau tak cukup, terpaksa pergi pinjam buku rujukan kawan dan photostat. Kepayahan untuk study tu jelas terasa!!
Generasi Adik Aku : Bak kata iklan popular : semuanya di jari anda. Bila aku tengok adik aku buat buku folio Geografi dia, semuanya dapat ditaip dengan mudah menggunakan komputer. Selain itu, segala bahan rujukan boleh di Google terus. Tapi tak siap gak sebab malas nak study kan?! *kehkehkeh*
Generasi Aku : Aku mengenali Friendster pada umur Tingkatan Empat
Generasi Adik Aku : Adik aku mengenali Facebook pada umur Darjah Enam.
Masa makin berlalu dan semua di generasi lalu mungkin makin dilupakan. Walaupun dulu tak seperfect dan secanggih sekarang tapi aku rasa aku lagi lepak, lagi bahagia dan lagi indah ketika di generasi aku dulu. Takda nak rushing-rushing kut. Korang pulak rasa camner?! Any perbezaan antara dua generasi yang mungkin aku tertinggal?! Sharelah dengan semua!!
*Semalam aku full scan laptop sebab banyak masuk website bermalware*
[Besok ada rumah terbuka di library : wajarlah aku datang lagi ke sini]
[Besok ada rumah terbuka di library : wajarlah aku datang lagi ke sini]






